. Selesai sudah urusan kami di balai polis, dan betul jangkaan Inspektor Nora, bekas suami Cikgu Nabila tu acah-acah je, bila kena gertak terus menikus.
Harap-harap dia takkan ulang lagi apa yang dia lakukan pada Cikgu Nabila.
Kulihat riak wajah Cikgu Nabila ceria, dan terpancar aura seperti hilangnya satu bebanan yang besar di atas kepalanya.
Sebagai rakan sejawat, hanya itu sahaja yang aku boleh bantu, dan aku menjalankan tanggungjawab aku membantu kaum yang lemah.
Walau siapa lelaki pun yang berada di sutuasi begitu, haruskan melakukan sesuatu.
Jangan dibiarkan wanita yang tidak berdaya dibuli begitu.
Keceriaanya menyerlah sewaktu kami lepak minum bersama apabila selesai, bagi meraikan kejayaan, kononnya.
Aku ikutkan sahaja, kerana aku faham, perempuan ni kalau happy, kalau tak stress, mesti nak makan minum dan membawang.
Semasa di kafe itu, aku lebih banyak mendengar perbualan dan gossip mereka, sesekali aku sengih menyampuk yang mana boleh.
Biarlah mereka menikmati minuman dan suasana itu.
Kulihat kedua-dua wanita di hadapanku ini, manis dan ayu.
Seorang berstatus ibu tunggal, seorang isteri orang.
Keduanya ada kelebihan tersendiri.
Cikgu Siti dengan caranya yang begitu mencabar kejantananku, bermain tarik tali, membuatkan aku seperti cacing kepanasan.
Cikgu Nabila pula, aku tidak tahu bagaimana karektornya, dia seorang yang pendiam, jarang bergaul dengan kami semua di sekolah.
Dunianya hanya di Bilik Seni.
Aku hanya agak rapat dengannya setelah peristiwa 'serangan' suaminya itu, dan makin akrab apabila kami berbengkel bersama di PKG.
Jadi, aku tidak dapat meramal akan dirinya, emosinya dan juga nafsunya.
Yang aku tau, Cikgu Nabila memang sukar didekati.
"Jom la balik, lama dah ni, nak amik anak lagi" kata Cikgu Nabila setelah tiada lagi topik nak dibualkan.
Kami semua bersetuju.
"Bella, nanti drop aku kat umah aku dulu ya, sebab kita lalu situ dulu nanti" pinta Cikgu Siti.
"OK.." Cikgu Nabila angguk.
Semasa perjalanan menuju ke rumahnya, setelah menghantar Cikgu Siti, aku dan Cikgu Nabila berbual kosong mengenangkan peristiwa yang pernah berlaku, dan dia mengatakan bahawa kini dia rasa bebas sepenuhnya.
Dia berasa tenang apabila keluar dari balai polis tadi.
"Dia tak boleh nak kata apa dah" jawabnya tegas.
"Dia takda hak dah ke atas saya""Ermmm..." "Saya nak buat apa pun, dia tak boleh larang""Sabaq Bella..jangan emo sangat" balasku lembut.
"Saya bukan marah cikgu, saya geram apa yang jadi dulu tu" jelasnya mengenangkan peristiwa bekas suamiku itu mengamuk menyerang aku di sekolah dan mengupah orang memukulku.
"Yang lepas tu biarlah lepas, life must go on Bella"Cikgu Nabila diam.
Mungkin dia berfikir ada benarnya kata-kataku itu.
Walau apa jua yang terjadi, jangan sesekali berputus asa, berputus harapan.
Semua itu dugaan hidup, dan Tuhan tidak akan membebani hambanya sekiranya kita tidak boleh menanggung dugaan tersebut.
Hidup mesti diteruskan, tiada guna meratap mengenangkan perkara yang telah berlalu, biarlah ia menjadi lipatan sejarah dalam hidup kita.
Apa yang telah terjadi itu, moga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
Sumber:Internet