Gelap

S U N D A L 18

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

S U N D A L 18

. Dari jauh aku menguntum senyum.
Satu minggu lebih aku tak berjumpa dia.
Rindu yang mencengkam bakal menghilang.
Aku melihat seorang anak kecil diagah oleh lelaki yang semakin putih rambutnya.
"Assalamualaikum," ujarku.
Salamku dijawab lantang.
Aku menyalami ayahku, lalu bergerak di tempat pembaringan Qayyyum.
"Anak mama, sayang," ujarku lembut.
Rindunya! Wajah Qayyum yang putih, mata sepet ala cina, bibirnya yang terbelah.
Cukup untuk aku rindukannya saban hari.
"Adik, bila sampai?" soal ibu.
"Baru je bu," jawabku.
"Ibu ada masak ayam masak kari dengan sayur kangkung belacan.
Nanti makan," pesan ibu.
Aku mengangguk faham.
Aku memeluk, mencium Qayyum sepuas hati.
Entah, hatiku merasa lain kali ini.
Seperti taknak tingal anakku.
Sehari suntuk aku memangku Qayyum, makan juga aku mengendong anakku.
Telefon bimbitku juga dipenuhi dengan telatah dan senyuman Qayyum.
"Adik tidur sini ke?" soal ayah.
"Haah," jawabku sepatah.
"Esok tak kerja ke nak tidur sini?" soal ayah lagi.
"Kerja.
Tak tahu la, tiba-tiba rasa nak tidur sini.
Nak tidur dengan Qayyum," ujarku.
Ayahku mengangguk lalu keluar ke beranda untuk menghisap rokok.
Seawal jam 9 aku dan Qayyum sudah tidur.
Aku memeluk Qayyum seeratnya, seperti tiada hari esok.
................. "Kenapa lambat?" soal Mog.
"Sorry, I dari rumah ayah I," balasku.
Benar, aku terlambat satu jam bukan kerana aku lambat bangun.
Aku menguruskan Qayyum mandi, memberi susu dan bermain sebentar dengannya.
"You tak pernah macam ni tau," ujar Mog.
"Yes, I mintak maaf.
I rindu sangat dekat anak I," jawabku perlahan.
"Anak you dah berapa bulan?" soal Mog.
"Lima bulan," aku tersenyum menjawab.
"Duit setiap bulan kita orang bagi cukup ke?" soal Mog.
Aku mengangguk.
RM1500 setiap bulan aku dapat, semestinya cukup.
Tapi aku tak pernah guna untuk belikan sebarang keperluan anakku.
Aku was-was dengan hasil duit itu.
Segala keperluan Qayyum aku beli hasil gajiku.
Pemberian mereka, aku habiskan membeli barang selain makanan.
Kami bekerja seperti biasa.
Hal hari itu, hari yang sepatutnya aku bersama Ben, Mog dan Keith sudah aku terangkan kepada mereka.
Aku memberitahu aku ada hal lain hari itu.
"Medina, bila nak repeat?" soal Mog.
Mendekatkan mukanya di mukaku.
"Hmm, nanti lah Mog.
I balik rumah ayah I lagi hari ini," aku memberi alasan.
Aku tiba-tiba rasa tak mahu dengan mereka.
Mungkin aku lebih memikirkan Qayyum dan Elhan.
Eh?"Nanti esok you lambat lagi," ujar Mog tak puas hati.
"Janji tak.
I rindu dengan anak I berapa hari ni," aku membalas.
"Kalau you lambat, you kena denda okay?" ujar Mog mengenyitkan mata.
Aku tersenyum tawar.
Habis kerja aku memandu pulang ke rumah ayahku.
Perjalanan yang memakan masa satu jam setengah membuat aku sangat keletihan.
Tapi demi Qayyum, aku kuatkan badan.
Aku melihat Qayyum sudah tidur di ruang tamu rumah.
Aku bergegas membersihkan diri, tak sabar nak peluk cium Qayyum.
"Jangan dipangku saje dik.
Nanti sampai besar nak kena dukung," pesan ibu.
"Sekejap je bu.
Adik rindu," jawabku.
"Mana sekejap, semalam sehari suntuk gendong budak tu.
Dia tidur pun kau sibuk gendong," ujar ibu lagi.
Aku terdiam.
Aku membawa masuk Qayyum ke dalam bilik.
Aku memeluknya erat.
"Qayyum, bagi mama masa.
Mama janji akan berubah.
Mama nak jaga Qayyum sendiri, dengan kudrat mama sendiri," aku memberi pesan.
Aku mengenggam jari kecilnya.
Perasaan aku berkecamuk hari ini.
Aku tak nak buat kerja kotor lagi.
Aku nak jadi mak yang terbaik untuk Qayyum.
Aku nak berubah! Tekadku sebelum aku terlena.

Sumber:Internet