Gelap

S U N D A L 22

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

S U N D A L 22

. Hari cutiku datang lagi.
Aku segera membersihkan diri, lalu mengisi perutku yang kosong.
Aku duduk di sofa.
Merenung kosong siling rumah sewa ku.
Selalunya saat begini aku dah segera pulang ke rumah ibu dan ayahku untuk melihat Qayyum.
Air mataku mengalir lagi.
Ah! Sukar untuk aku lupakan arwah anak aku.
Kehadirannya membuat aku tak memerlukan siapa-siapa lagi dalam hidup ini.
Perginya dia seperti separuh jiwaku hilang.
Semangat aku hilang bersama peremergian Qayyum.
"Kau kena reda Medina.
Qayyum dah bergembira kat sana.
Kau kena kotakan janji kau dekat Qayyum.
Jangan ulang lagi kerja kotor kau," aku bermonolog sendiri.
Aku membuat tekad kali kedua.
Aku bangun, mengambil kunci kereta ku dan beg tangan.
Aku nak mencuci mata hari ini.
Duit yang Mog,Ben dan Yen bagi aku belum gunakannya.
Setelah Qayyum pergi, mereka telah berhenti memberi duit.
Aku pun tak kisah, aku tak memerlukan pun duit mereka.
Aku berjalan-jalan di shopping complex sekitar rumah sewa ku.
Mata aku asyik tertarik untuk melihat baju-baju bayi.
Namun aku cepat-cepat menghalang hasrat itu.
Aku datang sini untuk hilangkan kesedihan, kalau aku melihat baju-baju itu, mesti aku lagi sedih! "Hai awak," sapa seseorang.
Aku menoleh.
"Hai, Elhan," jawabku.
"Sorang?" tanya Elhan.
"Yes," "Boleh saya teman?" "Tak ada masalah," Aku berjalan seiring dengannya.
"Buat apa kat sini? Awak tak ada beli apa pun?" tanya Elhan "Saje.
Nak hilangkan sedih time cuti ni," jawabku sambil tersenyum.
"Faham, kita pergi makan.
Nak?" pinta dia.
Aku mengangguk.
Kami bergerak ke outlet KFC yang terletak di tengah bangunan pasaraya besar ini.
"Awak nak makan apa?" tanya Elhan.
"Snacker box, cheesy wedges dan air milo," pesanku tanpa malu-malu.
Soal makanan, semua onsss! Elhan mengangguk, dia berdiri menunggu untuk membuat pesanan, sedangkan aku mencari meja untuk di nikmati makanan sebentar lagi.
Aku memilih meja yang berada dihujung, yang kurang menjadi tumpuan orang ramai.
Makanan diletakkan perlahan.
"Terima kasih," ujarku tersenyum manis.
Kami menikmati makanan, tidak berak and.
Elhan mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu mengambil gambarku.
"Kenapa?" soalku.
"Saje, nak buat wallpaper handphone," jawabnya selamba sambil menunjukkan latar belakang telefonnya.
Terletak elok mukaku yang sedang ternganga ketika menikmati makananan tadi.
"Buruk lah, nak ambik tu ambik betul-betul," seloroh aku.
"Boleh ke? okay lagi sekali," Aku melayankan sahaja, aku tersenyum menampakkan gigi sambil memegang kentang wedges yang tinggal separuh.
"Comelnya," Elhan memuji.
"Mengarut," sepatah jawapanku.
Elhan tergelak.
Kami berbual kosong sehingga kami berpisah di kawasan letak kereta.
"Terima kasih teman cuci mata," ucapku.
"Tak ada apa lah, saya pun tiba-tiba tergerak hati nak jalan sini harini," jawab dia.
Aku mengangguk.
"Take care," ujarku.
"Take care too honey," jawabnya.
Aku tersenyum kambing.
Berbunga hati! Tanpa sedar, ada sepasang memerhati dari jauh.

Sumber:Internet