Gelap

S U N D A L 25

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

S U N D A L 25

. Aku melangkah perlahan-lahan memasuki ruang rumah yang sudah berberapa bulan aku tidak menjejakkan kaki.
Rindunya! Suasana rumah yang dulu nya riuh kini bertukar sunyi.
"Ibu, ayah, adik balik sekejap," ucap aku perlahan.
Sebak mula menguasai diri.
"Qayyum, mama datang," air mata mula jatuh.
Aku menangis sendiri.
Aku masuk ke dalam bilik aku.
Bilik aku yang kecil dipenuhi barang-barang Qayyum.
Aku duduk di birai katil.
Mengambil satu persatu baju, seluar, bedung, tuala dan selimut lalu dimasukkan dalam plastik.
Hari itu aku tak sampai hati untuk mengemas semuanya.
Hari ini aku kuatkan juga diri untuk mengemas semua ini, aku perlu terima dengan semua ni.
Anak aku dah gembira di sana.
Siap mengemas, aku bawa keluar 2 plastik besar bersama katil milik Qayyum.
Barang-barang ini akan aku sedekahkan kepada orang yang memerlukan.
"Adik, bila sampai?" aku menoleh, kakakku Maria melangkah masuk ke rumah.
"Lama juga la," jawabku perlahan.
"Kemas barang Qayyum?" tanya dia.
Aku mengangguk.
"Baguslah, jangan dikenang lagi.
Dia dah bahagia dekat sana dengan arwah ibu ayah," aku tersenyum kelat mendengar ucapan Maria.
"Aku pun dah berapa hari kat sini, kemas barang arwah ibu ayah.
Tinggalkan satu dua baju je untuk lepaskan rindu, selebihnya nak sedekah," sambung dia lagi.
"Ada lagi tak yang belum kemas? Kalau ada, kita kemas sama-sama," aku menawarkan diri.
"Boleh juga," Maria tersenyum.
Sejujurnya aku memang tak pernah rasa kasih sayang dari adik-beradik aku.
Dari kecil lagi aku memang bersendirian, mungkin jarak umur kami yang menjadi jurang kepada kami.
Umur aku dengan Manja jarak 6 tahun, manakala dengan Maria pula 10 tahun.
"Manja minta maaf pasal tempoh hari," Maria memecah kesunyian.
"Tak apa, adik dah lupakan dah pun," jawabku.
Tanganku ligat mengemas bilik arwah ibu dan ayahku.
Aku mengambil satu album gambar yang semakin pudar warnanya.
Aku selak satu persatu, kegembiraan di wajah kami sekeluarga menjelaskan betapa bahagianya kami waktu dulu sehingga lah Maria dan Manja berkahwin, manakala aku keluar berdikari sendiri di bandar.
Semakin lama aku menyelak, semakin sebak yang aku rasakan.
Cepat-cepat aku tutup album tersebut, lalu memasukkan didalam kotak.
"Album tu jangan buang.
Kenangan kita tu," ujar Maria.
Aku mengangguk.
Mana boleh buang! Ini kenangan paling berharga yang boleh aku hargai sekarang.
Selesai mengemas, aku pulang ke rumah sewa ku.
Hati-hati adik.
Jangan bawa laju-laju.
Ingat, kita cuma tinggal 3 orang je.
Kita kena sentiasa bersama.
Kami berdua sayang kau, ingat! Kata-kata Maria menerjah di fikiranku.
Perlu ke aku rasa terharu? Entahlah.
Aku sampai di rumah sudah lewat malam.
Aku yang mengantuk cuba untuk cepat-cepat masuk dalam rumah.
Tiba-tiba ada seorang lelaki bertopeng hitam menghalangi aku.
"Kau siapa?" tanyaku malas.
Dia yang tidak mendahkan aku, menarik aku masuk kereta"Lepaslah," aku meninggikan suara.
Mereka menutup mata dan mulut aku serentak.
"Diam atau mati," aku merasakan ada benda tajam dicucuk di pinggangku.
aku yang ketakutan campur mengantuk cuma menuruti.

Sumber:Internet