Gelap

Secawan Teh Strawberi 10

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Secawan Teh Strawberi 10

. Malam itu, Datin Marissa menjemput semua anak menantunya untuk datang makan malam di villanya.
Bila semua, pastilah menantunya Zikry dijemput sekali.
Kalau tak dijemput sekali, apa pula kata menantu yang lain.
Tak pasal-pasal dicop sebagai mertua pilih kasih.
Tapi memang betul pun, kan? Di meja makan, masing-masing senyap membisu.
Etika orang have-have katakan.
Mestilah senyap sahaja ketika menjamu selera.
Kalau tak, bising nanti, terganggu pula selera makan Datin Marissa dan Dato' Syarifuddin itu.
Cucu-cucu pun semua behave sahaja dibuatnya.
"Bila Danial ni nak dapat adik, Jasmine?" Tiba-tiba Datin Marissa bertanyakan soalan.
Jasmine yang sedang menyuap makanan ke mulutnya hampir tersedak.
"Takde rezeki lagi, mama.
Nanti kalau ada, Jasmine bagitaulah.
" "Dah tujuh tahun umur anak kamu ni.
Jangan sampai dah besar sangat baru nak ada adik nanti.
Tak pasal manja terlebih nanti.
" "Takpelah pun kalau manja.
Manja dengan kitorang jugak kan.
" Jasmine menjawab kenyataan mamanya itu.
Betul juga.
Anak dia sendiri tahulah macam mana dia nak jaga.
"Tengok tu.
Kalau mama cakap ada je yang nak menjawab.
" Jasmine menjeling ke arah suaminya.
Suaminya nampaknya tidak memberi apa-apa respon.
Melihatkan semua orang yang berada di meja tersebut, suaminya seorang sahaja yang makan menggunakan tangan.
Walaupun sudah banyak kali diajar, suaminya tetap selesa makan menggunakan tangan.
Demikian begitu, Jasmine tidak malu dengan suaminya.
"Dengar kata Zikry sekarang dah bawak bas?" Dato' Sharifuddin bertanya pada menantunya seraya menyuap salad ke dalam mulutnya.
"Err, betul, pa.
" Zikry menjawab tapi dengan nada takut.
Mana tak takutnya.
Kedua-dua birasnya yang ada di situ semuanya mempunyai kerjaya yang jauh lebih baik darinya.
"So sekarang kerja kat mana?" Tengku Ashraff, suami kepada Juliana pula bertanya.
Tapi gaya tanyanya itu sebenarnya lebih kepada menyindir sebenarnya.
Maklumlah, dari keturunan beraja macam tu memanglah kan.
"Oh, jadi driver Datin Amelia.
Boss Jasmine.
" "Wait, is this Datin Amelia Ilyani?" Datin Marissa hampir tersedak lemonadenya.
"Mama kenal dia ke?" Jasmine kehairanan.
Tapi memandangkan mamanya itu memang seorang yang agak sosial, tak hairanlah sangat.
Cuma, Datin Amelia itu muda lagi kut.
"Why wouldn't I don't? She's a regular at Dolly's Spa.
Baru tiga hari lepas mama jumpa dia kat sana.
Dia tak cerita pulak she got a new driver.
" Dalam hati Jasmine, timbul rasa menyesal sedikit.
Kalau betullah Amelia itu kawan mamanya, memang lagi teruklah impresi mamanya kepada Zikry nanti.
Tapi, macam tak biasa pula dipandang sebegitu.
Lagi-lagi daripada abang iparnya itu.
"Jangan cakap kat dia pulak yang kau tu menantu Datin Marissa Chan.
Nanti apa pulak dia kata kat mama nanti.
" Tengku Ashraff cuba bermain api.
"Ha'ah betul tu.
Eh, kejap.
Macam mana dia boleh kerja dengan Amelia tu, Jasmine?" Datin Marissa menyetujui apa yang dikatakan oleh menantu kesayangannya itu.
Memang jarang sangatlah apa yang dikatakan oleh Tengku Ashraff tidak dipersetujui olehnya.
"Oh, dia cakap kat Jas yang dia nak pakai driver.
Alang-alang, Abang Zikry pun memang tengah cari kerja lain.
Jas pun tak sangka yang Abang Zikry nak terima kerja tu.
" "Tak kisahlah kerja apa pun.
Janji duit gaji tu halal.
Kan, Bang Zikry?" Mujurlah Johan cuba menenangkan keadaan.
Bukan boleh dibiarkan mamanya dan abang iparnya yang seorang itu.
Makin teruk dihinanya nanti suami kakaknya itu.
"Duit banyak, hati tak tenang buat apa.
"
Sumber:Internet