. Panggilannya tidak berjawab lagi.
Malas hendak menambah kemarahan dalam diri, Jasmine terus menyimpan semula handphonenya ke dalam beg.
Dia memandang ke luar semula.
Suasana di perkarangan sekolah rendah itu semakin lama semakin ramai dengan ibubapa.
Termasuk jugalah dengan Jasmine yang setia menunggu di situ.
Di seberang jalan sana, Jasmine melihat ada sebuah Maserati merah garang terparkir elok di situ.
Ketika tingkap kereta itu diturunkan sebentar, Jasmine melihat didalamnya seorang wanita berambut blonde berkaca mata hitam sedang menambah makeupnya.
Terpegun seketika Jasmine melihat wanita itu.
Nampaknya kaya, cantik dan berkerjaya.
Untunglah, bisik hatinya.
Telefonnya berdering semula.
Suaminya yang sudah ditelefon lima kali tadi rupanya.
Pantas dia menjawabnya.
"Awak nak apa?!" "Saya saja je telefon abang.
Nak check.
" "Aduh! Tak percaya lagi ke kat abang awak ni?!" "Lima kali telefon tak angkat, memanglah saya menyirap.
" "Dah saya tengah bawak bas! Bukannya kerja macam awak tu senang-senang je ada masa nak telefon orang semua.
Dah ambik anak belum?!" "Saya kat depan sekolah dia dah ni.
Tak payahlah nak marah beriya.
Saya tanya je kan.
" "Yalah tu! Ni ada apa-apa lagi tak ni? Kalau tak, abang nak letak dah.
Nak bawak bas dah ni.
" "Takde.
Abang balik pukul berapa agak-agaknya?" "Malam yang pasti.
Bye!" Belum sempat Jasmine hendak berkata apa-apa, suaminya sudah mematikan panggilan.
Jasmine menahan geram dengan mengetap bibir.
Mujurlah belum sempat dia menghamburkan sebarang makian tak langsung, anaknya sudah mengetuk pintu kereta.
Dia sendiri tidak sedar bilanya loceng tamat persekolahan dibunyikan.
Kunci dibuka dan pantas anaknya masuk ke dalam kereta.
Jasmine memandang semula ke luar.
Kereta Maserati tadi sudah tiada.
Sudah pergi agaknya, getus hatinya lagi.
Suasana diam sehinggalah Jasmine tiba di rumah Murni, rakan sekolejnya yang kini turut menetap di kawasan perumahan yang sama dengannya.
Murnilah yang diharapkan oleh Jasmine untuk menjaga anaknya sejak mereka berpindah ke bandar itu beberapa bulan lepas.
Mereka berpindah ke situ pun, juga ada sebabnya.
"Kalau kau balik lambat ke apa, takyahlah rushing.
Aku boleh je jagakan anak kau ni sampai malam.
" "Tak payahlah nak menyusahkan bagai.
Kesian kau nanti.
" "Dah tu kau tu penat nak rushing.
Zikry tu, memang sampai ke malam ke shif dia?" Jasmine mendiamkan diri lagi.
Kalau ikutkan, jadual suaminya sebagai pemandu bas di universiti berbanding sebagai pemandu bas sekolah dulu agak berbeza.
Kalau dulunya, pukul lima petang begitu, suaminya sudah berada di rumah tapi kini, sepuluh malam belum tentu nampak batang hidungnya.
Tapi Jasmine tak boleh berkata apa-apa kerana berpindah itu adalah ideanya dan bukanlah idea Zikry.
Mujurlah ketika itu kontrak Zikry bersama syarikat bas itu sudah tamat.
"Yalah kut.
Tengoklah apa-apa aku call kau nanti.
" "Hati-hati drive tu, Jas.
" Ketika memandu semula ke pejabat, Jasmine memikirkan kesilapan apa yang sudah dilakukan olehnya beberapa bulan lepas.
Semuanya berlaku kerana dia mendapat gambar-gambar suaminya bersama perempuan lain daripada rakan setamannya.
Daripada awal lagi, memang Jasmine tahu bahawa ada sedikit iri dalam hati Zikry mengenai pekerjaannya.
Jasmine merupakan seorang pegawai perhubungan korporat dan Zikry pula hanyalah seorang pemandu bas.
Gaji Jasmine ada kalanya mencecah lima angka manakala Zikry hanyalah jumlah pendapatan minima individu sahaja.
Walaupun Jasmine tidak pernah menyuarakan apa-apa, suaminya sendiri yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Ketika punch card semula untuk kembali bekerja, Jasmine melihat wanita Maserati tadi turut berada di pejabat tersebut.
Dia nampaknya sedang rancak berborak dengan salah seorang pegawai yang Jasmine sendiri masih belum berapa kenal dengannya.
Malas hendak ambil port, Jasmine terus menuju ke biliknya.
Dengan kelulusan dan pengalaman kerja yang ada, ianya agak mudah bagi Jasmine mendapatkan kerja di syarikat itu.
Dia hanya pergi ke walk-in interview dan kebetulannya, jawatan setinggi itu terdapat kekosongan.
"Hai, Puan Jasmine," sapa Shiqah, salah seorang staf di situ ketika Jasmine baru hendak masuk ke pejabatnya.
" err Shiqah kan?" "Ha'ah.
Alah Puan Jasmine nama saya pun tak ingat.
" "Sorry, Shiqah.
Ramai sangat staf kat sini.
Jenuh saya nak ingat satu-satu nama.
Tapi saya ingatlah awak.
" Shiqah hanya tersenyum.
Tapi senyumannya bertukar menjadi cemas sambil matanya memandang ke belakang Jasmine.
Jasmine kehairanan.
Rasa hairan itu bertukar cemas apabila bahu Jasmine ditepuk oleh seseorang.
"Rashiqah, apa khabar?" Wanita Maserati tadi bertanya khabar kepada Syiqah.
Wanita yang sama jugalah telah menyentuh bahu Jasmine tadi.
"Khabar baik, Datin.
Maafkan saya.
Saya berbual saja dengan Puan Jasmine tadi.
" "It's okay..." Wanita tersebut hanya memandangnya lama-lama sehinggalah Shiqah itu sendiri yang meminta diri.
"And you are?" "Jasmine.
Saya PRO baru.
" "Oh, Jasmine.
I think I saw you at my son's school few times.
Couldn't believe you work here.
" "Couldn't believe?" "That's not what I really meant, darling.
Oh well, I'm Amelia.
Datin Amelia.
I rasa kita belum pernah jumpa lagi kan?" "Maafkan saya, Datin.
Memang saya terlupa untuk kenalkan Puan Jasmine dengan Datin.
" Pegawai atasan Jasmine yang bernama Encik Hamid itu kesal atas dirinya sendiri.
"You ni, Hamid.
Apa benda je yang I bagi yang you boleh buat eh?" Wanita itu memarahi pekerjanya itu tapi masih dalam nada biasa.
Walaupun dalam nada sebegitu, Jasmine masih dapat merasakan amarahnya itu.
"Maafkan saya sekali lagi, Datin Amelia.
" "Yalah tu.
By the way, Jasmine right? Do you know who am I? Has anyone tell you about me before?" Jasmine menggeleng perlahan-lahan.
Satu pejabat yang selama ini selalunya bising diam bagai dilanggar garuda.
Amelia hanya tersenyum sahaja melihat perkara itu berlaku.
Matanya kemudian menjeling ke arah Encik Hamid.
"Mid..." "Saya minta maaf sangat, Datin Amelia.
" "Nasib baik mood saya baik hari ni.
" Kemudiannya dia berpaling ke arah Jasmine.
Jasmine masih berdiri dengan perasaan yang masih takut-takut.
"Datin Amelia, company MD.
" Hampir tercengang Jasmine apabila perempuan di hadapannya ini mengakui bahawa dia adalah MD syarikat.
Nampaknya muda lagi.
Tapi memikirkan title nama dia adalah Datin, mungkin ianya milik suaminya.
"You must be thinking why I became the MD at such a young age, kan? I tahu muka I nampak muda.
My husband which is this dude's brother is the director previously.
He died few years ago.
" Jasmine hanya mengangguk-angguk.
Amelia masih lagi tersenyum ramah kepadanya.
Jasmine hanya mampu memandangnya dengan err kagum? "I like your skirt anyway.
Maybe because I simply love the colour red.
" Jasmine melihat skirtnya.
Ya, skirt merah berjalur.
Skirt yang diwarisi daripada ibunya dahulu.
Baginya, skirtnya itu teramatlah buruk untuk dipuji oleh orang yang pakai dress warna krim mengalahkan nak pergi majlis tari-menari di hadapannya ini.
"Just, what's happened with the top? Baju pinjam ke? You looked like budak sekolah tau.
" Baju Jasmine adalah turtleneck blouse berwarna ungu.
Ya, memang baju itu sedikit ketat dan tidak sesuai untuk dipakai oleh seorang wanita beranak satu sepertinya.
Kan malu kena tegur bos sendiri.
"Whatever, I pergi dulu ya.
Suit yourself!" "Baik, Datin.
"
Sumber:Internet