. Siti Haida (Haida) seorang aktivis masyarakat sejak muda dan mula berjinak dalam awal 40 tahun berkahwin kali kedua dengan seorang dengan Zainal ,duda berusia lewat 50an seorang pesara pegawai kerajaan yang kematian is agak pendiam berbanding dgn si Haida .
Anak masing masing telah pun berkeluarga dan mereka hanya tinggal bersama ibu mertua Haida yang berusia hampir 70 tahun.
Pasangan ini dianggap dua sejoli yang romantik keana saling berdua duan kemana sahaja mereka pergi.
Keramahan dan kemesraan Haida membuatkan dia di kenali dan disenangi ramai terutama di kalangan aktivis masyarakat dan politik bak kata pepatah 'langit tidak selalu cerah' begitu juga lah kehidupan yang di lalui oleh pasangan ini.
Bagi Zainal,dia berkahwinlagi lebih kerana suami mahukan isteri nya untuk menjaga ibu nya setelah beberapa kali bertukar pembantu rumah warga asing yang tidak serasi atau disenangi oleh ibu nya.
Walau pada awal nya si Haida tahu dan bersedia memikul tugas tersebut,tapi pada nya itu merupakan pelan jangka pendek atau sederhana sementara mendapat pembantu yang sebenar.
Setelah hampir enam bulan berlalu,masih belum dapat lagi pembantu yang sebenar,maka berlaku lah konflik rumahtangga bila Haida terpaksa meninggalkan urusan ibu mertua kerana menghadiri urusan dan program parti atau NGO yang di anggotai menyebabkan suami nya Zainal mula mengambil tindakan dengan melarang. haida untuk terus aktif .
Haida yang sedang mencipta nama dan profile di dalam parti dan NGO terus memberontak dan tidak mengindahkan langsung larangan dan arahan yangdi buat oleh suaminya itu.
Pada mulanya aku bagai tidak percaya bila rakan rakan haida mau pun Zainal bercakap mengenai perkara tersebut sehinggalah aku sendiri bertemu dengan Haida ketika menghadiri satu program anjuran NGO nya di. sebuah dewan orang ramai di pekan tamat program ku lihat Haida duduk berseorangan di luar dewan membawa sebuah sling bag dengan wajah yang agak sugul .
Dia agak terkejut bila tiba tiba aku muncul dan menegurnya.
" Eh you pun join program ini ke, tak nampak pun tadi" ujar Haida sambil tersenyum walau pun nampak hambar.
" eh dari awal I ada tadi,tapi u sibuk dan asyik termenung ,mana lah nak nampak kita ni"balas ku menguji Haida.
"Sorry lah I tak sangka U nak datang ,kalu tahu mesti I cari U tadi"balas nya .
Sebenarnya aku banyak membantu Haida di peringkat awal penubuhan NGO tersebut termasuk mendapatkan penaja dan sumbangan bagi aktiviti yang di jalankan dan membantu serta mempromosi kannya untuk menjadi AJK utama NGO berkenaan.
sebab itulah mereka tidak akan lupamenjemput ku pada setiap program yang di jalankan.
" U nak kemana dengan bawa beg bagai ni" tanya ku .
" I nak pergi rumah anak I ,ni tengah tunggu dia orang datang ambil" balas Haida .
" lama lagi lah tu,asekarangbaru pukul 3.
jom ikut I pergi ngeteh dulu dan berihat,kat sini panas dan orang pun sibuk nak berkemas " ujar ku memujuk.
Walau pun agak keberatan dan cuba menolak ,tapi bila dia melihat orang yang lain pun memandang nya dengan rasa kehairanan maka dia pun akhirnya bangkit dan mengikut ku.
Aku bawa Haida ke sebuah restoren yang agak jauh dari lokasi majlis agar lebih privacy dan jauh dari kenalan dia yang hadir pada majlis menanti makanan dan minuman yang di pesan ,aku pun memulakan edisi siasat ku.
" u ni macam nak lari dari rumah jer,bawa kain baju bagai " ujar ku.
" Tak delah,I nak pi tidoq kat rumah anak I "balas nya.
" Ngapa tak suruh Encik Abang menghantar ?"ujar ku lagi.
"Eh,mana dia boleh tinggalkan emak kesayangan nya tu,biarlah dia jaga" jawab Haida dengan wajah selanjutnya mengesahkan dia sengaja 'keluar rumah sementara'samada pergi ke rumah anak anak atau melepak di rumah kawan kawan sebagai tanda protes atau tunjuk perasaan kepada suami yang padanya tidak. ambil berat akan isu yang dibangkitkanmengenai urusan penjagaan ibu mertua menurut perancangan awal sebelum mereka bernikah.
Sumber:Internet