Gelap

Sesudah Hujan 1

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sesudah Hujan 1

. Pengenalan: Pak Abu dan anaknya Azhar Pak Abu tinggal di sebuah kampung perdalaman yang terletak di selatan tanah air, lelaki yang masih tegap berumur 45 tahun ini mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Azhar hasil dari perkhawinanya dengan gadis kampung ini yang bernama Rosnah pada 25 tahun lalu.
Pak Abu sebenarnya berasal dari Teluk Intan Perak namun kerjanya sebagai pemandu lori pada masa mudanya membuatkan dia merantau menghantar barang ke merata tempat.
Perkerjaannya itu juga membawa dia bertemu jodoh dengan isterinya dikampung ini dan seterusnya dia mengambil keputusan untuk terus menetap disini.
Namun kebahagian yang dikecapi bersama isterinya itu tidak lama, 5 tahun lepas isteri telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung secara tiba-tiba sebaik sahaja balik berjalan bersamanya dari surau selepas sembahyang subuh.
Semenjak hari itu dia nekad membesarkan anaknya seorang diri tanpa bantuan dari sesiapa.
Hatinya pula sudah tertutup untuk berkhawin lain disebabkan dia terlalu menumpukan perhatian membesarkan anak tunggalnya ini, tambahan lagi hatinya masih kuat teringat kenangan bersama isterinya dulu.
Sekarang anaknya Azhar sudah berumur 25 tahun dan telah dewasa, dia amat rajin membanting tulang menolong ayahnya mengerjakan sawah padi pada tanah peninggalan pusaka ibunya di kampung mereka tinggal itu.
Selain itu mereka mempunyai sebuah kebun buah-buahan dan juga ladang getah untuk menampung hidup mereka berdua yang terletak tidak jauh dari rumah kecil yang mereka tinggal ini.
Kampung yang mereka tinggal ini bukanlah kampung yang besar seperti kampung-kampung yang lain di malaysia, disini hanya ada lebih kurang 10 ke 20 keluarga yang tinggal berselerak di seluruh kawasan ini.
Kampung ini agak kedalam dan perdalaman sedikit.
Ada sesetengah tempat sekitar kawasan kampung ini masih lagi belum diterokai dan di kelilingi oleh hutan belantara dan gunung ganang yang luas bersambung dengan Taman Negara Rompin itu.
Jarak antara rumah ke satu rumah pula agak jauh antara satu sama lain namun ia masih dihubungkan dengan jalan kecil antara satu sama lain.
Amat jarang untuk berjumpa dan berselisih sesama penduduk di sini.
Biasanya pada hujung minggu, penduduk disini akan turun berkumpul di pekan kecil yang terletak 15 kilometer dari dari kampung ini untuk menjual berbagai hasil hasil tanaman yang mereka usahakan kepada peraih yang datang untuk membelinya dipekan itu.
Itulah tempat mereka bertegur sapa dan aktiviti berkumpul di pekan itu, ia sudah menjadi acara wajib setiap minggu disini.
Ada juga di berberapa tempat di sekitar kampung ini penduduknya masih lagi mengunakan lampu pelita untuk menerangi cahaya di rumah mereka sebelah malam itu termasuklah rumah Pak Abu.
Satu petang setelah selepas Pak Abu dan anaknya balik dari menoreh, dia bersama anaknya Azhar duduk berehat di serambi rumahnya sambil berbual-bual menghirup kopi panas yang di buat oleh Azhar.
Banyak perkara yang dua beranak ini bualkan termasuk duit hasil padi dan juga getah semakin bertambah disebabkan tanaman padi yang agak menjadi tahun ini.
Pak Abu amat bangga melihat anaknya Azhar sudah mampu berdikari sendiri sekarang dan dia boleh diharapkan untuk mengantikan tempat beliau apabila Pak Abu tiada lagi satu hari nanti.
Sambil menghirup kopi panas di cawannya, Pak Abu kemudian bertanya kepada Azhar.

Sumber:Internet