Gelap

Sesudah Hujan 17

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sesudah Hujan 17

. Seminggu selepas itu, Azhar membawa isterinya pergi ke klinik desa di pekan berdekatan dengan rumahnya itu.
Noreen ingin membuka buku 'merah' bagi pemeriksaan kandungannya setiap bulan disini.
Motorsikal buruk yang di naiki oleh sepasang suami isteri itu menyusuri pelahan jalan kampung yang lengang diwaktu pagi itu.
Tak banyak lagi kenderaan yang lalu lalang di waktu pagi ini dan dalam setengah jam mereka akhirnya sampai ke Klinik desa di kampung itu yang didirikan oleh kerajaan pusat untuk kemudahan kesihatan penduduk disini.
Kelihatan klinik desa disini lengang seperti biasa, persepsi dan metaliti orang kampung disini masih lagi mempercayai perubatan 'alternative' daripada perubatan moden ini walupun berbagai usaha promosi oleh kerajaan dilakukan.
Didalam klinik itu ada seorang jururawat dan juga seorang doktor yang di kenali disini dengan nama doktor Wan sedang bertugas seperti biasa itu.
Biasanya doktor Wan ini akan bergilir bertugas untuk satu lagi klinik desa yang berdekatan dengan pekan ini.
Ada juga kadang kadang dia mengambil inisiatif pergi ke rumah pesakit sendiri untuk membuat pemeriksaan lanjut jika pesakitnya tak mampu untuk ke kliniknya.
Sebab itu doktor Wan ini dikenali ramai dan dihormati oleh penduduk kampung ini.
Azhar melangkah masuk ke dalam klinik desa itu bersama isterinya.
Kelihatan doktor Wan tersenyum melihat mereka dari mejanya dalam bilik merawat pesakitnya.
Setelah selesai pendaftaran di buat di meja jururawat tadi, mereka kemudian melangkah masuk ke bilik doktor Wan.
Doktor Wan: ' Hah Az dah macam mana sekarang.
Dah betul-betul sihat ke? Tanya doktor Wan sambil Azhar menghulukan tangannya bersalam dengannya.
Azhar: 'Saya dah makin sihat dah doktor walau tidak sepenuhnya lagi, cuma kadang-kadang saya asyik terlupa dengan apa yang saya nak buat dan susah nak mengingat sesuatu itu, terima kasih juga kat doktor sebab rawat saya tempoh hari.
Saya sebenarnya datang jumpa doktor hari ini sebab teman isteri saya ini buat pemeriksaan untuk kandungannya.
Terang Azhar.
Doktor Wan: ' macam itu saya akan bagi ubat saraf lain untuk pulihkan ingatan awak itu dan otak awak juga kena banyak kurang berfikir benda-benda yang boleh buat awak isteri awak mengandung...yer ke Azhar? Ini berita baik...tahniah Azhar sebab akan jadi seorang bapa selepas ini.. ini kandungan awak yang pertama kan?.
Tanya doktor Wan kepada Noreen pula yang duduk ditepi suaminya.
Noreen: 'Iyer doktor'.
Jawab Noreen ringkas.
Doktor Wan : 'Hmm kalau macam itu selepas ini puan, saya akan membuat pemeriksaan tekanan darah dan juga jantung untuk mengesan jika ada sebarang masalah kesihatan yang boleh menganggu kandungan puan kelak.
Selepas itu nanti saya minta jururawat saya bawa puan ke bilik sebelah untuk ambil sempel ujian air kencing puan dan pemeriksaan darah untuk melihat kandungan gula dan sel darah merah puan.
Saya juga akan membuat pemeriksaan fizikal sedikit untuk melihat keadaan kandungan puan dah masuk bulan ke berapa itu'.
Terang doktor Wan panjang lebar kepada mereka berdua.
Azhar hanya ternganga dengan apa yang diperkatakan oleh doktor Wan tadi, baginya ujian-ujian tadi dirasakan amat asing sekali bagi dirinya yang tidak berpelajaran ini walaupun pemeriksaan ini sebenarnya dibuat untuk isterinya.
Namun jauh dilubuk hatinya dia lebih mempercayai perubatan moden ini dari bomoh-bomoh yang ada dikampungnya itu.
Selesai semua ujian dan pemeriksaan itu selesai dibuat, doktor wan memberitahunya isterinya keadaan kesihatannya sekarang sihat dan kandungannya juga sudah memasuki 2 bulan lebih sekarang ini .
Tersenyum gembira Azhar mendengar berita itu sambil tangannya memegang kemas jari isterinya didepan doktor itu.
Noreen membalas senyuman kepada suaminya dan mengucapkan terima kasih kepada doktor Wan yang merawatnya tadi.
Balik dari klinik desa itu, mereka singgah di rumah ibubapa Noreen.
Sudah agak lama Azhar tidak pergi melawat kerumah mertuanya ini sejak dia terlantar sakit itu.
Mereka memutuskan untuk tinggal disini dua tiga hari itu.
Mak Minah dan pak Amin orang paling gembira mendengar berita anak mereka Noreen dah mengandung itu.
Bermacam-macam petua di berikan oleh mak Noreen untuk dia menjaga kandunganya itu.

Sumber:Internet