. Anak dalam kandungan Noreen sudah masuki bulan ke empat, sudah nampak di bawah pusat perutnya timbul kedepan anak dalam kandunganya itu.
Seminggu dua ini pula dia tak lalu hendak makan dan kalau makan pun akan muntah-muntah balik disebabkan loya orang mengandung itu.
Perkara itu sedikit sebanyak mengusarkan Azhar yang pertama kali menghadapi situasi ini, semua kerjanya di ladang getah juga tertangguh di sebabkan dia sentiasa berada bersama isterinya di rumah.
Pak Abu pula sibuk menguruskan sawahnya.
Ada kalanya dia ingin menolong menantunya itu di rumah namun dia tengok anaknya Azhar bergitu bersungguh-sungguh menjaga isterinya membuatkan niatnya itu tertangguh.
Selang seminggu selepas itu, seperti biasa mereka akan pergi ke klinik desa di pekan itu untuk membuat pemeriksaan bulanan ke atas kandungan Noreen, doktor Wan ada memberikan ubat tahan muntah kepada Noreen untuk mengurangkan loya semasa awal mengandungnya ini.
Selepas berberapa hari Noreen makan ubat itu barulah dia berenti rasa loya dan muntah.
Tekaknya juga terasa boleh menelan makan semula serta dia rasa bertenaga membuat kerja dirumahnya kembali.
Agak susah juga pada mulanya buat Noreen mengharungi pengalaman barunya ini, suami dan mertuanya juga belum pernah mempunyai pengalaman dalam menguruskan ‘hal’ orang mengandung ini walaupun ayah mertuanya pernah memelihara anak tunggalnya dulu selepas kematian isterinya.
Mungkin dulu ibu mertuanya yang banyak menjaga anaknya sehingga dia dewasa itu.
Apabila keadaan Noreen mula sihat, Azhar kembali pergi menguruskan ladang getahnya seperti biasa.
Cuma yang pelik dan merisaukan hati Noreen sekarang adalah berkenaan keadaan suaminya, dia semakin kerap lupa dengan apa yang dia telah buat, ada ketikanya dia juga susah hendak mengingati kembali barang atau benda yang baru dia letak dalam rumahnya itu.
Apabila Noreen bertanya kepadanya kenapa dia sering bergitu, Azhar akan berubah menjadi murung takda jawapan, ada kalanya dia cepat gelisah dan bertukar menjadi cepat terganggu emosinya sama ada dari segi percakapan atau tingkah laku apabila sering ditanya soalan sama.
Noreen ada juga sempat bertanya dengan doktor Wan berkenaan hal ini, apa yang doktor Wan cakap kepadanya kemungkinan suaminya Azhar mengalami penyakit ‘alzheimer dementia’ yang disebabkan oleh kecerderaan di kepalanya semasa kemalangan motorsikalnya tempohari.
Otaknya tidak boleh sentiasa stress, kurang tidur dan sebagainya menyebabkan dia senang lupa pada sesuatu.
Ada pernah satu ketikanya dia sudah berberapa kali sampai ke ladang getahnya untuk menoreh setiap hari,dia tiba-tiba pulang semula kerumahnya disebabkan lupa membawa pisau menoreh getahnya.
Walaupun disebalik kekurangan itu, dia tetap menyayangi suaminya itu sepenuh hatinya.
Hujung minggu itu, selepas selesai menjamu selera makan malam bersama bertiga dirumah itu, Azhar masuk awal kebiliknya malam ini untuk berbaring diatas katilnya.
Kepenatan kerjanya di ladang getah dan menjual getah sekerap pula dipekan itu membuatkan matanya mengantuk sangat selepas makan tadi.
Biasanya dia akan duduk sebentar dirumah tamu itu menonton tv.
Kelihatan pintu biliknya di biarkan terbuka membiarkan udara sejuk malam masuk dari luar.
Ayahnya seperti biasa duduk di ruang tamunya menghisap rokok daunnya sambil menonton rancangan kegemarannya.
Noreen pula menyelesaikan urusan di dapurnya sehingga semua kerja-kerja di dapurkan selesai dia duduk sekejap di ruang tamu menonton tv bersama ayahnya sambil menghilang penatnya.
Kandunganya yang masuk 4 bulan ini menyebabkan dia selalu kena ulang alik ke tandas hendak terkencing dan juga badannya juga cepat rasa penat apabila dia banyak bergerak itu.
Kelihatan kakinya juga mula bengkak-bengkak seperti orang lain yang mengandung.
Sambil mengambil minyak angin di ditepi dinding ruang tamu itu dia meletakan sedikit minyak angin tadi di kakinya lalu di urutnya pelahan-lahan menghilangkan lenguhnya.
Perutnya yang mula nampak sarat membataskan dia untuk bergerak banyak.
Bau minyak angin tadi pula membuatkan pak Abu berpaling kepadanya.
Pak Abu: ‘Noreen…boleh ayah nak tanya kamu sikit?….
Azhar tak pelik ke kamu tiba-tiba mengandung hari itu?’ Kata Pak Abu memulakan perbualannya, dia biasanya akan hanya menegur menantunya apabila keadaan ketika itu hanya mereka berdua sahaja ada.
Sumber:Internet