. Noreen keluar dari dalam rumah dan duduk di tepi suaminya di serambi itu.
Dia hanya tersenyum melihat mertuanya Pak Abu yang baru hendak menyalakan rokok daun di mulutnya.
Rokok daun dan mertuanya ini memang tidak boleh dipisahkan.
Noreen : 'Ayah apa khabar?' tanya Noreen ringkas kepada mertuanya.
Pak Abu : ' Noreen', dia tersenyum melihat menantunya menegurnya tadi.
'kamu biasakan lah diri kamu tu duduk dirumah ayah ini yer, rumah ini sebenarnya lama takda orang perempuan semenjak emak Azhar meninggal dunia itu, maaf lah kat ayah kalau kamu rasa ada sedikit kekurangan dirumah ayah ini berbanding dengan rumah kamu itu'.
Jawab Pak Abu sambil menghembuskan asap rokok daun di mulutnya berberapa kali, dia memandang jauh ke arah sawah padinya yang luas di depan rumahnya itu sambil bercakap dengan menantunya.
Noreen: 'Takpelah aya tak kisah pun semua ini, terima kasih juga pada ayah sebab terima Noreen sebagai menantu dirumah ini'.
Jawap Noreen jujur.
Angin segar pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa di serambi rumah itu menghilang peluh di badan Pak Abu yang baru balik menoreh tadi, masih 'gagah' lagi badan mertua ini walaupun usianya memasuki awal 50an itu.
Kedengaran juga 'suara' burung-burung kecil yang berkicauan dan berterbangan bebas ke sana sini, di depan mereka itu kelihatan pucuk-pucuk padi sudah mula menguning menandakan padi yang ditanam oleh Azhar dan ayahnya itu sudah hampir masak dan boleh dituai tak lama lagi.
Pemandangan itu sudah cukup indah bagi mereka yang sukakan kedamaian dan ketenangan seperti Pak Abu ini.
Azhar:' Aya lagi Pak Amin nak datang rumah kita, tadi masa kat rumah Noreen, Azhar tak boleh nak bawa semua pakaian kami ke sini dengan motor tadi.
Ayah Noreen yang pelawa nak bawakan kemudian dengan keretanya nanti'.
Tiba-tiba Azhar mencelah percakapan antara Noreen dan bapa mertuanya tadi.
Pak Abu :' Ohh yer ke...hmm kalau macam itu baguslah , boleh ayah pergi ke sungai hujung itu sekejap lagi, dua hari lepas ayah ada tahan bubu ikan kat sana.
Kalau ada rezeki ayah kamu Noreen boleh lah dia bawa ikan sungai balik nanti.
nanti kamu tengok juga bekas plastik besar yang ada kat bawah dapur itu, semalam ayah ada buat ikan perkasam sikit, nanti boleh lah kamu goreng untuk mertua kamu itu sekali yer Azhar.
Kita makan tengahari sama-sama nanti, Pak Abu : 'Okay lah ...... ayah nak pergi ke sungai dulu cari ikan'.
Setelah dia habis menghisap sebatang rokok itu, Pak Abu kemudian turun dari serambi itu dan menaiki basikal tua tadi pergi ke hulu sungai tidak jauh dari rumahnya ini.
Gembira hati Pak Abu melihat anak dan menantunya balik dan duduk dirumahnya ini.
Azhar : ' masak untuk bapak dan mak nanti yer ikan perkasam yang ayah cakap dalam bekas kat bawah dapur itu, sayang turun kat tangga belakang kat pintu belakang itu, sayang boleh jumpa banyak sayur kangkung kat tepi telaga itu, sayang petik sikit bolehlah goreng belacan sikit nanti bersama ulam-ulam lain.
Abang nak turun bawah jap nak bawa masuk getah sekerap ayah bawa balik tadi'.
Sumber:Internet