. Sudah lebih sebulan Noreen tinggal bersama suaminya di rumah pak mertuanya ini, rumah kampung kecil yang hanya dibuat dari dinding separa bata dan papan ini sudah mula dapat dia biasakan dirinya.
Ruang tamunya pula yang terletak ditengah rumah itulah tempat mereka berkongsi ruang dapur dan juga tempat tidur mereka disebelah malam itu.
Namun hidupnya yang kelihatan serba kekurangan itu dia tak kisah sangat, sebab sekarang dia cukup gembira mempunyai suami yang amat menyayanginya dan juga mertuanya yang baik kepadanya.
Dia juga seperti sudah 'jatuh hati' dengan keadaan persekitaran disini yang damai dan tenang serta jauh dari kawasan persekitaran kampung berbanding dengan dia tinggal dirumah ibubapanya di pekan dulu yang sentiasa sibuk dengan orang ramai mencari kelengkapan. harian.
Setiap hari sebelum masuk waktu magrib, tanpa disuruh dia akan menyalakan pelita ayam yang diisi dengan minyak tanah di dapur dan rumah tamu itu bagi menyinari ruang dikawasan tersebut.
Suaminya Azhar dan mertuanya biasanya pula selepas mendengar azan magrib dilaungkan sayut-sayut dari surau kecil berdekatan dengan rumahnya ini, mereka akan bergegas mengenakan pakaian dan menaiki motorsikal ke surau segera selepas itu.
Selepas sembahyang isyak biasanya baru mereka pulang dan masa itu Noreen sudah siap memasak hidangan untuk makan malam bersama mereka.
Jarang Azhar dan ayahnya balik lambat dari surau itu kecuali ada penceramah jemputan yang datang dari luar kampung mereka ini.
Noreen biasanya akan meletakan makanan malam yang di masak di atas lantai kayu yang ditutup dengan saji mengkuang di ruang tamu itu.
Tak berapa lama selepas itu kedengaran bunyi motorsikal mereka sampai di perkarangan rumah itu.
Seketika kemudian kedengaran suara orang memberi salam di luar pintu itu.
Azhar : 'As abang dah balik ni'.
Azhar memberi salam di depan pintu itu.
Noreen : 'Waalikumus yer bang...Noreen nak buka selak pintu ini kejap'.
Noreen menjawab salam tadi sambil dia membuka daun pintu itu pelahan-lahan.
Azhar melihat di atas lantai ruang tamunya lauk makan malamnya sudah siap dihidang tertutup dengan saji.
Biasanya dia akan bertanya isterinya apa yang dia masak itu.
Azhar : 'Wah sedap bau awak masak sayang, awak masak apa malam ini ?' tanya Azhar, kelihatan pak Abu di belakangnya juga tersenyum melihat menantunya disebalik daun pintu itu.
Noreen : 'Masak gulai lemak ikan sungai dengan goreng ikan perkasam ayah buat itu aje bang'.
Jawab Noreen dengan suara yang lembut sekali pada suaminya.
'Abang ajak ayah tu sekali makan, Noreen nak hidangkan nasi dalam pinggan sekarang.
' Selesai menjamu selera itu, Pak Abu mengesotkan badannya sambil mencapai plastik yang berisi rokok daunnya yang di simpan di atas almari lama lalu dia duduk bersandar di dinding kayu rumah itu.
Kenyang benar rasa perutnya , dia makan banyak masakan yang menantu dia masak tadi.
Dia rasa bersyukur sejak kehadiran Noreen dalam rumah ini, makan minum mereka berdua bersama anaknya ini sekarang menjadi lebih terjaga dan teratur.
Dia kemudian membuka radio kecil lama berkuasa bateri itu sambil membuka pelahan tombol volume mendengar lagu-lagu lama di corong radio itu sambil menghembuskan rokok daunnya berkepul-kepul keudara berberapa kali itu.
Di dapur itu pula Azhar menolong isterinya mengemas sambil dia membasah pinggan mangkuk yang mereka makan tadi.
Selesai perkerjaan mereka di dapur itu, Noreen pergi ke ruang tamu pula memasang tirai kain untuk tempat mereka tidur yang membahagikan ruang tamu itu kepada dua dan dia seperti biasa mula mengemas tilam dan bantai untuk mereka tidur selepas itu.
Dia tersenyum melihat pak Abu yang sudah tersenguk-senguk mengantuk sambil menghabiskan rokok daun di tangannya sambil mendengar lagu lama di radionya itu.
Dia kemudian menegur pelahan bapa mertuanya.
Noreen :' Ayah, pergilah tidur, nampak dah mengantuk sangat dah dah hampar tilam kat ayah tu, nanti ayah jangan lupa matikan pelita ayam depan ayah ini dulu yer sebelum ayah tidur itu.
Noreen pun nak masuk tidur juga ni yer ayah'.
Pesan Noreen kepada mertuanya itu.
Sumber:Internet