Gelap

Sesudah Hujan 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sesudah Hujan 8

. Berberapa hari selepas itu, pak Abu hanya duduk berehat di rumahnya sahaja, hanya Azhar yang pergi ke ladang getah mereka menoreh seperti biasa, lagipun di rumah mereka sudah ada TV sekarang, hampir setiap hari juga ayahnya hanya duduk di ruang tamu itu menonton TV yang anaknya beli ini.
Macam anak-anak kecil yang baru dapat sepotong aiskrim lagaknya.
Noreen hanya melayan mertuanya macam biasa, kejadian tempoh hari  seperti di anggap perkara yang tidak pernah berlaku antara mereka.
Petang itu suaminya pulang dari menoreh itu, dia menyuarakan pada suaminya untuk mengikutinya pergi menoreh ke ladang getah bersama esoknya.
Mulanya Azhar agak keberatan untuk membenarkanya, namun Noreen berjanji untuk menyediakan kesemua keperluan makan minum bapa dan suaminya sebelum dia pergi menoreh dengan suaminya itu,  itu yang membuatkan hatinya lembut untuk memberikan isterinya menoreh bersamanya.
Namun hasrat terpaksa ditangguhkan dulu kerana musim menuai padi hampir tiba, Azhar dan ayahnya akan sibuk disawah menuai padi yang masak dan mejualnya hasil tuaian mereka nanti.
Azhar meminta isterinya menyediakan makanan dan minuman sahaja setiap petang itu semasa musim menuai ini untuk mereka berdua.
Hujung minggu itu, Azhar pergi melawat mertuanya di pekan.
Sudah hampir sebulan lebih Noreen tidak menjengguk ibubapanya ini.
Mak Minah gembira melihat anak dan menantunya balik kerumahnya ini untuk melihat keadaan mereka berdua.
Kebetulan kakak Noreen Hasmah juga balik bersama suami dan dua orang anaknya.
Maka riuhlah rumah Pak Amin dengan suara cucu-cucunya dan menantu.
 Selepas makan malam itu, Noreen berbual-bual bersama kakaknya dalam biliknya.
Azhar, Pak Amin dan abang iparnya pula leka menonton Tv di ruang tamu.
Mak Minah melayan cucunya di dalam biliknya, mereka berdua itu amat rapat dengan neneknya itu.
Bagi mak Minah cucu-cucu dia ini pengubat hatinya yang sunyi ini bila mereka datang itu.
Dalam bilik itu, kakaknya berbual dengan Noreen.
Hasmah : 'Noreen..akak nak tanya sikit kamu ini'.
Tetiba kakaknya bertanya pada Noreen yang sedang leka membaca majalah diatas katilnya.
Noreen : 'Apa dia kak?' jawapnya ringkas.
Hasmah : 'Akak tengok kamu ini dah lama khawin itu, rasa dah hampir dua tahun kan? kamu tak rasa lagi ke ada tanda-tanda nak mengandung ?' tanya kakaknya.
Noreen :' Hmm ..tak tahu lak kak, rasa Noreen dah malas nak pikir pasal itu, kalau ada..adalah.. abang Azhar  dengan Noreen pun dah sehabis usaha dah, siapa yang tak nak anak sendiri itu kan kak.
' Wajahnya sedikit muram macam terpaksa menjawab soalan kakaknya tadi.
Hasmah : 'Kamu ada merancang keluarga ke Noreen..mana tahu kamu makan ubat perancang ke apa? Azhar itu pulak dia sihat  luar dan dalam ke?'.
Hasmah bertanya lebih lanjut pada adiknya ini.
Noreen : 'Iskk ..akak ni, mengalahkan doktor kalau bertanya itu, mana ada makan ubat perancang macam itu, lagi pun abang Azhar itu masih kuat lah, dia normal macam abang Kassim akak itu.
Noreen nie pun subur tau kak'.
jawapan Noreen itu membuatkan mereka ketawa kecil.

Sumber:Internet