Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Shah 10

. Ulangtahun kelahiran Noah Usaid yang pertama disambut meriah.
Lisa dan Shah berdiri di kiri dan kanan Noah sambal sama-sama memegang pisau untuk memotong pulut kuning.
Nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ berkumandang di ruang tamu rumah mereka.
Saat Ustaz Adib sedang membacakan doa selamat, Fikri datang menghampiri Shah dan membisikkan sesuatu.
Lisa perasan ada perubahan pada riak wajah Shah.
Kelihatannya seperti terkejut dan resah.
Mata mereka bersatu.
Shah melarikan matanya daripada terus bertentangan dengan mata Lisa.
Sepanjang majlis berlangsung, Shah tidak berenggang dengan Fikri.
Perbualan mereka cukup perlahan.
Seakan-akan tidak mahu orang lain mendengar intipati perbualan mereka.
Sebaik sahaja majlis hampir tamat pada jam 5.
30 petang, Shah datang menghampiri Lisa.
“Abang nak keluar sekejap, mungkin balik lewat.
Honey jangan tunggu abang ye.
” Lisa mengerutkan dahi.
“Ada apa bang, hari ni kan birthday Noah? Takkan abang nak pergi macam tu je? Mak dengan abah pun ada ni.
” “Ada problem sikit kat office, Fikri tak boleh nak handle.
” “Fikri tak boleh nak handle.
” Lisa mengulang ayat itu di dalam hati.
Degupan jantungnya seolah berhenti seketika.
Selama ini, apa sahaja masalah yang berlaku di pejabat dan gym, Fikri sentiasa berkebolehan untuk menyelesaikannya.
Sebab itulah Shah memberi sepenuh kepercayaan penuh kepada Fikri untuk menguruskan gym.
Sebut apa sahaja, Fikri akan menyelesaikan masalah itu dengan mudah.
Satu-satunya perkara yang Fikri tidak mampu handle ialah Hafiz.
Hafiz.
Lisa menekan dadanya.
Sakit.
Saat Shah menghulurkan tangan untuk bersalam, Lisa menggenggam erat tangan Shah, mencium seketika dan merenung mata Shah, tajam.
“Fikri tak boleh handle?” Tak berkedip matanya merenung Shah.
Suaminya itu kelihatan resah dan cuba melarikan pandangan.
“Honey, please…  Yes, Fikri tak boleh handle.
Now lepaskan tangan abang.
Lagi lambat abang pergi, lagi lambat abang balik.
Honey tak suka abang balik lambat kan?” Shah cuba merungkai pegangan tangannya dari genggaman Lisa.
“Jangan balik lewat, honey nak abang malam ni.
I’ll wait for you with my sexy French Maid Cosplay.
What do you want for supper? Yoghurt or vanilla ice cream? I’m ready to serve it on my whole body, abang.
” Dia menjengketkan kaki dan berbisik di telinga Shah.
Sengaja dia bersuara menggoda, dan mendesah manja sambil menghembuskan nafas ke telinga Shah menyebabkan wajah suaminya bertukar kemerahan.
“Nakal! Tunggu abang, okay?” Shah menjentik dahinya perlahan, kemudian menggosok-gosok bahagian yang dijentik itu dengan belakang tapak tangannya.
Akhir sekali dia menghadiahkan kucupan di dahi dan pipi Lisa.
Sebaik sahaja memastikan Noah sudah tidur lena, Lisa menutup pintu bilik perlahan-lahan dan menuju ke master bedroom.
Dia mengambil masa selama setengah jam untuk berendam di dalam tub dan kemudian bersiap-siap mengenakan pakaian yang dijanjikan kepada Shah petang tadi.
Lilin aromaterapi dihidupkan dan lampu bilik dimatikan.
Dalam samar-samar cahaya lilin, dia memandang jam di dinding.
Pukul sebelas setengah malam.
Shah hampir pulang.
Suhu penghawa dingin diturunkan kepada 16°c.
Hawa sejuk menggigit keseluruhan tubuhnya.
Segera dia masuk ke dalam duvet untuk mendapatkan sedikit haba panas.
Saat matanya hampir terpejam, pintu bilik dibuka.
Lebar senyumannya melihat tubuh Shah berjalan menghampiri katil.
“Tak tidur lagi?” Shah membuka pakaian pada tubuh dan melempar ke dalam laundry basket.
“Tunggu abang… Dah selesai masalah di office?” “Hmm…”Tuala dililit di pinggang dan kemudian Shah masuk ke dalam bilik air.
Lisa menunggu dengan sabar.
“Yoghurt or ice cream?” Dia berbisik saat Shah berbaring di sebelahnya.
“Honey, can we postpone? I’m a bit tired,now?” “Abang nak honey urut?” Lisa memanjat tubuh Shah, bercelapak di atas perut dan tangannya diletakkan di atas dada Shah bersedia untuk mengurut tubuh suaminya.
“Honey, turun please.
Berat la.
Sesak nafas abang.
” Shah mengerutkan dahi dan menolak tangan Lisa dari dadanya.
Lisa mendengus perlahan, turun dari perut Shah, dan seterusnya turun dari katil.
Kaki dihalakan ke almari baju.
Dia mencapai sehelai track suit dan baju lengan panjang.
Kakinya menapak ke bilik air.
Pakaian pada tubuh ditanggalkan dan dia menyarung pakaian yang diambil dari almari sebentar tadi.
Saat dia memanjat katil, Shah sudahpun terlena dengan dengkuran halusnya.
Sebal! Belum pernah Shah menolak ajakannya.
Dan seingatnya, sepanjang hampir dua tahun bergelar isteri Shah, belum pernah Shah tidak terliur dengan keseksian tubuhnya.
Pantang Lisa menyarung pakaian seksi, Shah akan menjadi tidak keruan.
Maka kedengaranlah suara desahan nikmat dari mereka berdua.
Basah cadar katil dek kerana rembesan cecair nikmat yang tidak dapat dikawal oleh keduanya.
Malam ini hatinya panas.
Penghawa dingin dengan suhu yang paling rendah pun tidak mampu menyejukkan hatinya.
Dia keluar dari bilik dan menjenguk Noah di bilik sebelah.
Kemudian menapak ke dapur, membuka peti ais dan menuang susu segar farm fresh ke dalam gelas.
Dia baru berura-ura mahu membuka televisyen apabila terdengar bunyi notifikasi dari telefon bimbit Shah yang terletak di atas coffee table.
Ada satu pesanan dari aplikasi whatsapp.
Dia menekan empat digit yang sudah lama dihafal.
12.
20 am Hafiz: Thank you for spending time with me tonight.
It is much appreciated.
Such a wonderful moment.
Mengigil tangannya saat membaca bait-bait ayat dari si pengirim.
Hafiz.
Akhirnya, lelaki itu muncul jua.
Lisa memejam mata perlahan.
Ada air jernih mengalir di pipi.
Dadanya sakit, nafasnya sesak.
Lama dia menarik nafas.
Saat nafas dihembus, dia dapat merasakan dadanya seolah-olah ditoreh dengan belati tajam.
“Vee…” Spontan nama itu terlafaz dari bibirnya.
“I’m hurt, sayang.
” Dia menangis teresak-esak.
Sungguh, dia rindukan Vee.
Vee yang sentiasa ada di sisi pada saat suka dan duka.
Vee yang tak pernah berbohong.
Vee yang tak pernah melukakan.
Vee yang tak pernah mengecewakannya.
Namun kini Vee tiada di sisi.
Jauh Vee pergi membawa diri ke bumi kangaroo.
Tempat di mana bersemi cinta di antara dua hati.

Sumber:Internet