Gelap

Siapa Sangka 18

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Siapa Sangka 18

. Fuh jejak je kaki aku kat tapak lincin court futsal ni, terasa lain,rasa macam segala memory berfutsal datang.
Aku tengok atas, ternampak seakan akan bayangan ronaldinho dan messi datang perlahan-lahan meresap kat badan aku.
Haha.
Kat luar pulak ramai la bersorak sorak.
Aku dapat rasakan semua mata memandang aku.
Yela first time datang futsal.
Jarang jarang berlaku ni.
Siap ada pengadil tau.
Pengadil ambik dari budak kilang jugak la,dari team yang tak main lagi.
Seorang je pengadil untuk tengok masa dan tiup wisel.
"Wan kau boleh keper dulu tak,second game nanti aku pulak" tanya azim kat aku.
Aku tahu kalau team random ni memang akan ada masaalah penjaga goal.
Tapi aku on je,lagi bagus.
Aku dulu main rugby kot.
Apalah sangat.
So team aku vs team Jai dan Zam.
Seorang hero kepada Zati dan seorang lagi dekat Ina.
Then aku ambik posisi penjaga goal,satu posisi yang boleh aku tengok reaksi penonton di luar.
Dari hujung mata aku, aku perasan zati tengah tengok aku,so aku berlagak lagak control handsome sambil buat muka paling rilek dalam court.
Ina memang macam lupa kat aku sebab ramai tengah menyembang dengan dia.
Azim jugak kelihatan buat handsome dengan berlagak kapten dan mengambil posisi striker.
Ya aku faham,malam ni mesti azim nak buktikan dan tunjuk kebolehannya kat Ina.
Then aku perasan Kak Iza tengah rancak berbual sambil bergelak ketawa dengan Abang Rosli,berusia dalam 45 tahun,berpangkat ketua supervisor kilang aku.
Memiliki senjata tajam iaitu misai lebat kehitaman dan nampaklah ciri ciri muka gatal melalui reaksi wajahnya.
Haha.
Terserlah juga kemanisan kak iza yang berkaca mata ketika ketawa sambil menutup mulut menggunakan tangan kanan.
Soooo sopannnnn kak iza ni.
Tapi Ish gatal jugak orang tua ni mengusik ek,padahal suami kak iza tengah fokus nak menggelecek bola,memang abg rosli tak lepaskan peluang ni lah.
"Hang boleh ke ni wan keper" tanya azim kepada aku.
Aku hanya mengangguk senyum sambil membuat isyarat ibu tangan kepada wan.
Preeeetttttttt! Wisel dibunyikan.
Perlawanan dimulakan.
Team aku memulakan sepakan bola dulu.
Dengan tangkas azim menghantar leret bola ke arah teammate aku yang lain iaitu Mie,fuad dan ramlee.
So aku hanya tengok je sebab aku penjaga goal kan.
So aku observe corak permainan dari jauh.
Sebab dulu masa zaman kegemilangan aku,aku selalu ikut coach aku analisis taktikal futsal di stadium panasonic shah alam.
Kebanyakannya international friendly macam malaysia vs arab,or vs thailand then macam macam lagi.
Then coach aku ada offer aku untuk jadi asistant dia tapi aku tolak sebab nak balik penang.
Aku dah penat la kat luar.
Teringat kat mak dah.
Nak dok kampung halaman yang lebih aman.
Ya sayang DAP.
Hahaha.
Tampak pasukan tunang zati,Jai lebih menguasai perlawanan.
Sebab aku tengok azim dan mie ni try hard sangat.
Dapat bola je ashik nak bertukar jadi cristiano ronaldo,nak cuba menggelecek seorang dan menunjukkan skill kepada geng geng pom pom girl di luar.
Lepastu bola kena rampas.
Lepastu kejar bola dengan bersungguh then kena buli.
Satu show yang geli hati bagi aku.
Haha kesian pon ada.
Team team yang kat luar memang bising bersorak,gelak sambil membahan team kami.
Haha.
Pasukan Jai mula serious dan bergerak melakukan serangan.
Dengan satu team berbaju merah,memang nampak garang dan sangat laju menuju ke arah benteng pertahanan terakhir iaitu fuad.
Terkial kial fuad cuba menahan dan menghalang tapi Jai berjaya menggelecek dengan pantas.
Aku tengok mata Jai mula menoleh ke arah ku.
Dari situ aku tahu Jai nak melakukan rembatan padu ke arah ku.
Sekilas pandang ternampak Zati seakan hendak melompat melihat tunang kesayangannya one by one dengan aku.
Pangggggggg!!!Terkejut dan terkelip kelip mata aku.
Terasa bergegar tempat tapak kaki aku berpijak.
Bola terkena palang dan melibas keluar menjadikan sepakan sudut.
Tercengang aku.
Bola betul betul laju wei.
Bahaya gila.
Aku ingat Jai tak shoot lagi hahaha dan aku tak sangka dia betul betul punya rembat walaupon one by one.
Nampak aku seakan noob dan dibuli di situ.
Selamat tak kena muka kalau tidak bertambah handsome aku.
haha.
Terdengar ketawa dan tepukan gemuruh dari luar court hasil rembatan kencang itu.
Fuh dalam hati aku terasa agak lega, selamat tak goal.
huhu.
Jai memandang aku sambil tersengih belagak poyo umpama seorang star di kilang tu.
Dia kelihatan puas dapat shoot ke arah aku.
Seakan salam perkenalan dari Jai dalam bidang futsal kepada ku.
Oooo dia ni serious nak main ek.
Aku tengok zati dari luar memandang aku sambil membuat tanda good luck.
Fuh terasa tenang di hati.
Aku tak tahu dia perli ke atau memang nak bagi semangat.
Hmmm.
"Azim,hang dok atas tengah line futsal,stg hang tengok aku dapat bola, hang lari" arah aku serious kat azim sebelum sepakan sudut di ambil oleh Jai.
Azim agak terkejut dan terus mengikut arahan aku apabila melihat aku yang berkarektar leadership secara tiba tiba.
Sebab aku rasa geram pulak dia rembat aku macam tu.
Serious.
Dia ni sengaja mengejutkan harimau yang sedang tidur yiiilekkk di dalam gua dan tetiba dikuis oleh tikus yang sedang bercanda.
Tendangan sudut diambil oleh suami kak Iza dan bola menuju ke arah Jai.
Aku dah dapat baca pattern ni,so dengan tangkas aku berlari laju ke arah jai dan merampas bola menggunakan kaki ku,yela mesti depa terkejut sebab aku mengguna kan kaki untuk merampas bola, bukan menggunakan tangan.
Suasana menjadi kalut apabila zam turut datang menerpa apabila melihat aku laju ke arah Jai.
Saat kaki ku menyentuh bola,terasa elektron dan segala memori berfutsal kembali meresap dan mengalir ke dalam badan ku.
Dengan sepantas kilat,aku meleretkan bola laju terus ke arah azim yang mula berlari apabila melihat aku mendapat bola.
Aku tahu kalau aku guna tangan bagi bola atas dia akan terkial kial nak sambut.
Berdasarkan analisis aku,ke empat empat player dari team jai berada di atas dan tidak perasan yang azim dah mula memulakan langkah larian yang comel.
Bola yang dihantar oleh aku terus meleret ke arah azim yang sudah mula memecut laju untuk mengambil umpanan cantik ku huhu, semua pemain dan penonton menoleh ke arah azim yang berseorangan,sebab situasi sudah bertukar seratus peratus,iaitu hanya azim dan penjaga goal dari opponent,iaitu team jahat(team merah).
Sorakan bergemuruh kedengaran dan tiba tiba aku rasa team aku ni mempunyai ramai penyokong.
Ramai menjerit suruh azim melakukan shooting.
Mungkin ada yang muak dengan team merah ni,ashik sama je orang tiap minggu,lepastu ashik menang je.
Haha dan aku yakin azim boleh score sebab dia tengah dalam mood nak menunjuk kat Ina.
Dan dengan gaya poyo seakan juara,dengan mudah azim menewaskan penjaga goal dan menjaringkan goal pertama perlawanan itu.
Sorakan gemuruh bergema dari luar menaikkan azim meluru ke arah aku laju dan menyuakan tangan untuk menampar tangan aku macam kami dah menang(give 5),yela sebab macam tak dijangka kan kami boleh score.
Aku tengok azim senyum sambil meng control handsome bermain mata dengan ina.
Aku pula memandang zati, dan ya zati memandang aku tergamam sembil tersenyum sedikit.
Seakan akan dia turut bergembira dengan jaringan itu.
Dalam hati aku,baru hang tau sapa aku za Aku tak perasan dah kalau ada perempuan lain yang ushar aku,sebab aku rasa nak tengok zati je, mungkin sebab tengah berentap dengan team tunang dia ni.
Jai,zam juga bertepuk tangan,tapi dengan gaya perli,iaitu tepuk tangan sambil tangan kat atas dan menjerit memberikan semangat kepada team depa.
Seolah tak terkesan sangat dengan goal tu,sebab depa rasa depa akan score dengan lebih banyak selepas ini.
Zam pulak menjerit "rilek,rilek,tunggu korang" dalam nada marah.
Sangat berubah karakter nya di dalam futsal,dari muka library terus jadi seperti gangster ,ala ni semua mesti sebab pom pom girl,malu la team kami ni score.
Hahahaha.
Aku dengan muka serius "fuad hang mai keper sat" Fuad tergamam.
Dia tak tahu nak cakap apa sebab aku adalah punca kami mendapat goal tadi.
Aku memilih fuad sebab aku nampak fuad ni agak sedikit kaki bangku,so better jadi keper la kan.
Buat terrer apa lagi.
Fuad cuba menolak " aaa.. aku...aku.. aku..." Tapi aku pantas membisikkan kepadanya " Sebelum depa nak rembat bola kat hang,depa kena langkah mayat aku dulu" dengan keras aku memandang fuad.
Fuad memandang aku dan aku memberikan panahan arjuna mata ku ke dalam bebola mata fuad.
Seakan dihembus jampi, terus fuad berlari laju menuju ke posisi penjaga goal.
Penonton di luar sudah mula bersorak melihat aku menukar posisi.
Jai dan zam pula memandang aku sinis dan Ya, kali ni aku serious nak beraksi.
Memory futsal sudah mula menerjah,sudah mula terusik.
Sudah terasa bahang bahangnya, kaki sudah mula menggeletar.
Kosong tak dijaga jangan datang sampai tiga naga.
Mari aku persembahkan salam perkenalan ku pulak hehehe grrrrrrr......
Sumber:Internet