. Suasana kerja di kilang berjalan seperti biasa.
Bahagian production seperti yang kita sedia maklum, terlalu sibuk dalam mengejar output dengan mengerah segala tenaga.
Aku pula di bahagian storage, turut sama sibuk untuk menyimpan output yang dihasilkan.
Tapi production teruk lagi la, supervisor takkan bagi peluang untuk depa berehat.
Nak pergi tandas pon set masa tau.
Haha.
Bahagian aku okay lagi.
Boleh curi tidur kalau pandai.
Bahagian tempat kerja aku memang jauh dari bahagian Zati, tapi dekat dengan tempat Ina.
Memandangkan Ina tak dapat hadir atas nafsu nafsu yang tak dapat dielakkan, ketua department Ina mengarahkan Zati untuk menggantikan tempat si Ina.
Sebelum ni tempat Zati buat kerja dekat dengan bahagian meja enggineering, sebab itu lah Zati boleh sangkut dengan enggineer handsome bernama Jai.
Kisah percintaan mereka bermula di situ.
Haha memandai je aku.
Aku yang tengah fokus buat kerja memang langsung tak perasan yang Zati menggantikan tempat Ina.
Cuma tiba-tiba mata aku terjeling kat tempat Ina, biasa la mungkin habit kot,bukan aku je tau,semua lelaki dalam tu sekali termasuk boss boss dalam tu.
Haha.
Mata mesti nak jeling jeling kat tempat Ina.
Jeling je mata kacukan perak kedah aku ini,terus aku ehhhhhhh ehh ehh brekkkk Jackpot untuk aku ni..haha.
Dalam masa yang sama mata Zati turut sama menoleh memandang dan terkena panahan arjuna anak mata kedah perak aku ini.
Sepantas kilat menyambar, Aku dengan spontannya terus melahirkan satu senyuman yang manis ke arah Zati dan zati dengan pantas hanya mengangkat keningnya dan menyambung kerjanya semula.
Wah boleh main mata ni.
Detik ku di sudut hati.
Aku mula mencuri pandang ke arah Zati untuk mengamati gerak gerinya, riak mukanya dan yess ofcourse bentuk tubuhnya.
Bila dah tengok lama lama macam ni, aku akui Zati boleh dimasukkkan di dalam top 10 list gadis cantik dalam hidup aku.
Bagi aku cantik ni bukan bab muka je, ia meliputi bab bab gaya bahasa, riak wajah, cara bercakap, bau tubuh tahap pemalu diri dan renungan mata.
Dan ya, Zati ada dalam senarai tu dalam aku punya top 10 girl of the year.
Jangan main main tau dengan Zati.
Haaa.
Hahahaha.
Jai pulak mula kerap meronda ronda di bahagian Zati sebab berselebahan Zati ada dua tiga orang lagi lelaki yang buat kerja bersama dia.
Yela takut orang mengorat tunang dia.
Tapi bebudak ni bukan berani nak melawak dengan Zati.
Tunang orang kan.
Jai pulak tu.
Enggineer katakan.
Aku tengok bebudak laki tu curi curi sembang je dengan zati.
Kalau Jai lalu terus menikuskan diri.
Haha.
Tapi mata aku lebih banyak melihat satu pemandangan baru iaitu Kak Iza dan Abang Rosli.
Kak Iza ni bahagian qc, jadi dia banyak la kena follow up dengan Abang Rosli sebab Abang Rosli ketua supervisor situ.
Sekarang aku perasan yang Kak Iza dengan Abang Rosli ini mesra lain macam.
Cara gelak ketawa pon bernada lain.
Abang Rosli ni dah la bermuka garang, muka dah macam cikgu silat, bermisai tebal dan berbadan yang agak sado.
Tubuh dia juga tinggi, ala jenis badan orang tua lama ni.
Tambahan pulak dengan title ketua sv situ, bebudak dia memang takut bergetar lutut dengan Abang Rosli ni.
Sekali Abang Rosli ni tempik, anjing luar kilang pon melompat lari.
Dia tempik memang satu line production dengar.
Boss cina pon takut dengan Abang Rosli ni.
Yela meeting pon hentak tangan atas meja tau.
Mau bergegar bilik tu.
Sebab tu la aku panggil dia ayahanda mahaguru silat.
Haha nostalgia la.
Aku pulak memang jarang menyembang dengan Abang Rosli ni.
Yela takkan nak menyembang,silap cakap kang makan penampaq , memang lena la aku kat kilang dua hari.
Haha.
Mungkin sebab aku bukan bahagian production, aku jarang la nak berurusan dengan dia.
Aku berurusan dengan anak buah dia je.
Abang rosli ni pulak duda, dengar cerita sebab dia kalah lawan silat dengan bekas isterinya,terus diceraikan bini dia.
Haha.
Takdela,ni bebudak kilang la dok membahan mengutuk Abang Rosli di belakang.
Kak Iza pula berwajah suci dan memancarkan pesona wajah ibu ibu.
Dengan baju yang tak ketat dan kesopanan serta kesusilaannya, aku memang hormat dekat Kak Iza ni.
Cantik tapi bukan untuk aku fikir yang bukan bukan.
Yela muka ibu-ibu kot.
Suami Kak Iza pulak kerja di sebelah kilang kami, so hari hari depa datang sekali la ke tempat kerja.
Jadi pemandangan aku tertarik la dengan situasi di depan aku ni, Kak Iza dengan Abang rosli mesra lain macam.
Nampak rapat menyembang.
Aku pon tak sempat menyembang dengan Kak Iza.
Yela ashik Abang Rosli je datang menyembang,konon bab kerja la.
Takkan aku nak menyampuk, Abang rosli Jegil mata pon dah pecah tau gelas air.
Tapi aku enjoy sebab dapat tengok muka Abang Rosli senyum dan gelak, susah tau nak tengok dia senyum, muka mesti askar je hari hari.
Tak askar, mahaguru silat.
Dua tu je.
Sebab tu aku rasa lain macam.
Haha.
" Haih Kak Iza, gelak best je dengan abang Rosli,apa yang lawak?" tegur aku dekat Kak Iza bila aku dapat mengambil kesempatan menyembang dengan dia.
"Haha tak ada apala Wan, Cik lee buat lawak kosong,akak gelak je la" balas Kak Iza.
Kak Iza panggil Abang rosli sebagai cik lee.
" Yela akak,apa yang lawak,nak jugak tau,muka Abang Rosli bukan jenis lawak, muka askar hutan tu akak" balas aku kepada kepada Kak Iza sambil memerhatikan sekeliling.
Aku turut mendongak ke atas,mana tau kalau Abang Rosli tengah terapung atas kepala aku, dok curi dengar aku kutuk dia,mampus aku.
"Askar hutan? Haha sebab tu la lawak" balas Kak Iza sambil gelak ibu- ibu.
Menutup mulut sopan.
"Akak tak tanya ke cik lee kenapa muka dia macam askar hutan?" Berlawak bodoh aku kepada Kak Iza.
" Akak tanya dah" balas Kak Iza bersahaja.
" Hahahahha serious ke akak tanya?" Tergelak aku dengan jawapan Kak Iza.
" Yee.. cik Lee cakap sebab moyang,atuk dan ayah dia dulu askar,haha " balas Kak Iza sambil berlalu pergi.
Uish hahaha.
Pandai melawak eh Kak Iza.
Sampai ke moyang eh kemesraan Kak Iza dan Abang Rosli ni a.
k.
a Cik Lee.
Jadi aku mengambil keputusan nak tau hubungan mereka.
Nak ikut?
Sumber:Internet