Gelap

Special Msdme 14

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Special Msdme 14

. Day 7 SEAWAL empat setengah pagi, Ayreena pulang ke rumahnya.
Pintu bilik tidur anaknya dikuak perlahan.
Dia tahu perangai mengada Harraz.
Kalau tidak dipeluk, mana boleh terlelap.
Ayreena tahan senyum sambil berdiri statik di daun pintu apabila matanya melihat Harraz dan anak kembarnya terlena dengan berpelukan.
Langkah dibuka mendekati katil yang dihuni tiga beranak itu.
Ayreena melabuhkan punggung disisi katil bersebelahan Harraz.
Pipi suaminya dicuit lembut, sengaja mahu mengganggu tidur.
"Lima minit", Balas Harraz mamai.
Tubuh dipusing berpaling ke arah Ayreena.
Mata Harraz masih terpejam rapat.
Ayreena mencubit perlahan batang hidung Harraz buat suaminya itu merengek kecil.
Tergagau - gagau tangan mencari bantal apabila Ayreena dengan kejamnya merampas bantal Harraz.
"Ihhh, dia tidur atas peha kita pula".
Omel Ayreena sendiri apabila Harraz yang masih tak sedar akan kehadiran dirinya dengan selamba melabuhkan kepala di atas pehanya.
Rambut Harraz yang terjuntai di dahi diraup Ayreena lembut.
Bibir halusnya tersenyum manis apabila melihat gelagat suaminya.
Lembut kepala Harraz diusapnya apabila pucuk hidung Harraz bersentuhan dengan perut nipisnya.
"Emmm, wanginya".
Komen Harraz dengan mata yang terpejam.
"Wangilah, isteri abang yang jadi bantal".
Balas Ayreena pula dalam nada perlahan.
Suara Harraz tidak kedengaran selepas itu.
Mungkin tidur "Sayang?!" Drastik, Harraz bangun dari ribaan Ayreena.
"Kenapa tayang muka macam tu?" Soal Ayreena sambil menahan tawa apabila melihat wajah teruja suaminya.
"Auwwhhh, I miss you!" Tubuh Ayreena ditarik ke dalam pelukan.
Wajahnya disembam pada leher Ayreena.
"Suka hati aje peluk.
Tak fikir ni mimpi ke?" Soal Ayreena sambil tersengih.
Harraz terkebil - kebil lalu menggeleng.
"Sayang wangi.
Kalau mimpi, abang takkan dapat bau wangian sayang".
Balas Harraz sambil mengusap lembut bibir nipis Ayreena.
Ayreena mencebik.
Senang betul jawapan.
"Abang rindu sayang sangat - sangat.
Tak ada orang nak peluk abang bila malam.
Sebab tu abang tidur dengan anak - anak", Terang Harraz tanpa rasa bersalah.
Ayreena tergelak kecil.
Dia tahu dah perangai Harraz.
Terlalu masak dengan sikap manja suaminya.
"Baby.... baby rindu papa tak?" Mata Harraz tertumpu pula pada perut nipis Ayreena.
Terus kepala dilabuhkan pada paha isterinya.
Pucuk hidungnya sengaja dicantumkan dengan perut nipis Ayreena.
"Mestilah rindu", Balas Ayreena sambil tersenyum kecil.
Tangan kekar Harraz dilekap pada perut nipisnya.
"Mama dia... rindu papa tak?" Soal Harraz sambil tersengih.
Wajah cantik isterinya direnung lama.
"Rindu? Hmmm, bolehlah.
Sipi - sipi", Mudah saja jawapan Ayreena.
Harraz mencebik.
"Elele, tipulah.
Abang tahu, sayang rindu abang.
Kalau tak, macam manalah sayang boleh sesat masuk sini kan?" Soal Harraz.
Serkap jarang.
"Sa.. sayang datang tengok anak - anak.
Abang tolong jangan perasan ea", Nafi Ayreena.
Harraz tersenyum senget.

Sumber:Internet