Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Special Msdme 15

. Salam Ramadhan al - Mubarak๐Ÿ˜„...... BERKERUT dahi Harraz apabila terasa wajahnya basah dengan sesuatu.
Badannya juga turut ditindih.
Sebelah mata dibuka mengintai apa yang ada di tubuhnya.
"Hur.. Pipi Harraz dicium Ayeen dengan air liur melejeh.
"Jangan lah buat macam tu Ayeen", "Kotorlah", Kali ini Aydeen pula menambah apabila si abang memarahi Ayeen.
Bibir Ayeen sudah tersebik - sebik ingin menangis.
Tubir matanya sudah bertakung.
Tunggu masa aje nak hujan.
"Dia buat dah...", Kata Aydeel sambil tayang muka pasrah.
Kedua - dua kembar itu pantas menekup telinga.
Kalau Ayeen menangis, boleh pekak rasanya.
"Hey, sayang papa".
Harraz membetulkan postur tubuhnya.
Rambutnya serabai dek terjaga dari tidur.
Sengaja dia mahu melihat keletah tiga anak - anaknya ini.
Tubuh kecil Ayeen dipangku ke dada.
Mengekek tawa Ayeen apabila bibir Harraz hinggap pada seluruh wajahnya.
"Kenapa buli adik ni?" Soal Harraz sambil membetulkan tubuh anak bongsunya.
Matanya tak lepas memandang kembar nakalnya yang semakin hari semakin membesar.
Cepat aje masa berlalu.
Anak kembarnya yang kecil sudah berusia lima tahun.
"Hur paaa", Kata Ayeen sambil ketawa.
Jari halusnya dimelekapkan pada bibir Harraz.
Harraz tersengih.
"Ayeen gerak papa sahur? Baiknya dia...", Pipi tembam Ayeen dikucup Harraz bertalu - talu penuh kasih.
Aydeel dan Aydeen menjuih bibir.
Menyampah.
"Deel dan Deen masih tak jawab lagi soalan papa.
Kenapa buli adik?" Soal Harraz lembut.
Tubuh Aydeen diletakkan di atas peha kanannya.
"Ayeen ni cium - cium papa.
Air liur meleleh - leleh lagi.
Pengotor", Adu Aydeel sambil memeluk tubuh.
Aydeen yang berada di sisi abang terangguk - angguk bersetuju.
Harraz tahan senyum.
Lucu.
Ingat kan lepas jadi abang, kembar nakal ini jadi lebih matang.
Rupanya silap.
Ada aje benda yang nak dicari masalah dengan Ayeen.
"Meh duduk sini", Peha kiri di tepuk lalu dia menggamit anak kembarnya menuju ke arahnya.
Lain diajak, lain pula bertandang.
Tiba - tiba saja Ayeen melunjurkan tubuh kecilnya pada peha kiri dan kanan Harraz.
Terkebil - kebil si ayah dan abang kembarnya dibuatnya.
"Yeen nya...", Bersama senyuman comel bibir halus itu bertutur.
Harraz tersenyum.
Lembut wajah masam anak kembarnya dipandang.
"Deen dan Deel kan besar.
Ayeen ni kecil lagi.
Mengalahlah dengan dia", Pujuk Harraz lembut.
"Papa dulu beritahu kami.
Papa akan sayang kami sama rata.
Tapi sekarang semua Ayeen, Ayeen, Ayeen".
Protes Aydeel.
"Betul tu.
Balik kerja papa cari Ayeen.
Malam pula papa peluk Ayeen.
Papa dah tak sayang kami! Papa tak adil!" Tambah Aydeen mula.
Harraz mengurut pelipisnya perlahan.
Pening, pening.
Ini rasa agaknya kalau berkahwin banyak.
Bini ni protes, bini ni mengamuk, bini mengada... nasiblah bini ada satu aje.
Anak pulak ramai! Banyak ragam.
Itupun ada hati nak tambah lagi!! "Papa sayang semua anak - anak papa", Pujuk Harraz lembut.
Pipi Aydeel dan Aydeel diusapnya lembut.
Kalut Ayeen menarik tangan si ayah lalu diletak pada pipi kecilnya.
Harraz tersengih.
Yang ini pun, sama naik!
Sumber:Internet