Gelap

Special Msdme 16

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Special Msdme 16

. Selamat menyambut malam lailatulqadar, semua!😄 💞💞💞💞 SALURAN Upin & Ipin yang bersiaran di televisyen kusyuk di pandang.
Sesekali mulut mengunyah kudap - kudapan yang berada di dalam mangkuk.
Tawa kecil mereka hanya kedengaran seketika sebelum fokus melihat cerita yang di paparkan.
"Deel, Deen...", Suara lembut si mama buat kembar itu serentak mengangkat wajah.
"Mama", Aydeel dan Aydeen tersenyum manis melihat wajah tenang mama mereka mendukung si kecil Ayeen.
Melihat wajah abang - abangnya, terus Ayeen memaling dan menyembamkan wajah ke leher si mama.
"Jagakan Ayeen sekejap.
Mama nak masak untuk iftar ni", Pinta Ayreena lembut.
"Tapi mama...", Aydeel sudah berwajah mendung.
Begitu juga Aydeen yang sudah tarik wajah masam.
Jaga Ayeen ibarat memusnahkan masa terluang mereka untuk bersantai! "Jagakanlah Ayeen sekejap.
Tak lama pun.
Tiga puluh minit lagi papa dah nak balik.
Nanti papa balik, suruhlah papa ambil Ayeen", Pujuk Ayreena lagi.
"Tiga puluh minit tu macam tiga puluh tahun mama.
Seksa lah tinggal dengan si kenit tu", Tukas Aydeen.
Bibir halusnya di muncungkan ke arah Ayeen yang berada di dalam dukungan si mama.
"Betul tu mama.
Lagipun, Ayeen tu bukan suka kami pun", Tambah Aydeel pula.
"Jangan banyak alasan boleh? Mama bukannya minta kamu pergi membunuh.
Mama cuma minta kamu berdua tolong jagakan Ayeen.
Takkan tu pun susah sangat? Ayeen pun adik kamu juga.
Dah, jaga Ayeen ni.
Mama nak masak", Tubuh Ayeen di letakkan lembut di atas permaidani tebal yang sudah di lapik kain.
"Tapi mama...", Aydeel masih cuba untuk merungut.
Bila wajah menyinga di tayang oleh si mama, terus kembar itu telan liur.
Gulp, pandang mereka macam nak membunuh.
"Jaga adik", Tegas suara si mama.
Kali ini bukannya permintaan.
Malah lebih kepada arahan.
Anak mata kembar itu mengekor saja langkah mama mereka hingga ke dapur.
Seusai menghilang, pandangan mereka mencari kelibat si kecil itu pula.
"Abang, mana kenit tu abang?" Gabra sudah Aydeen jadinya.
Kalut mereka berdua meloncat turun dari sofa.
Tertunduk - tunduk mencari si kecil Ayeen.
Haru sungguh lah adik mereka yang satu itu.
Buas bukan sebarang buas! "Jom cari cepat Deen.
Kalau jadi apa - apa kat dia, memang kita kena panggang dengan mama".
Aydeel telan liur yang terasa perit.
Boleh berpeluh dahinya apabila membayangkan perkara kejam yang akan di lakukan mama mereka jika sesuatu perkara terjadi pada Ayeen.
"Abang!" Tangan Aydeel di tariknya kuat.
Aydeel menoleh memandang wajah pucat si adik.
Mata adiknya jelas terbias rasa takut.
"Kenapa Deen?" Soal Aydeel, hairan.
"Tu budak kenit tu atas tangga!" Kata - kata Aydeen buat Aydeel terus menjatuhkan pandangannya ke arah Ayeen yang berada di tingkat dua.
Seriau dia jadinya.
Pelbagai jenis perkara buruk yang terbayang di mindanya.
"Macam mana dia boleh ada kat situ?!" Aydeel menjerit kuat.
Terus saja mereka berlari seperti tak cukup tanah semata - mata hanya kerana mahu mendapatkan Ayeen yang bermain di tangga.
"DUDUK diam - diam", Arah Aydeel sambil bercekak pinggang.
Dia berdiri tegak betul - betul di hadapan Ayeen.
Wajah serius di tayang.
Begitu juga Aydeen.

Sumber:Internet