Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 10

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 10

. Selepas sahaja solat zohor, Tasya sudah memandu sendiri pulang ke kolej.
Untung menjadi anak bongsu kerana dimanjakan dengan kereta sendiri walaupun kereta itu hanyalah Axia.
Laila menelan air liurnya kelat.
Kini tinggal dia berdua dengan Tuan Mizan di rumah itu.
Terasa kekok.
Dadanya mula terasa berdebar-debar.
Mulutnya terasa berat untuk memulakan perbualan.
Tambahan pula dia tidak tahu apa yang boleh dibualkan dengan Tuan Mizan.
Takkanlah nak krik krik saja? Masing-masing menjadi cengkerik.
"Laila okay duduk di sini?" Tanya Tuan Mizan memecah kesunyian.
"Er.. okay.
" Laila yang terkejut bila terdengar suara Tuan Mizan.
Ah, otaknya terlalu stress memikirkan apa yang dia perlu lakukan di situ.
Semuanya jadi serba tidak kena.
"Lepas asar nanti aku kena keluar balik.
Laila nak balik rumah mak ke?""Ha?" Terpinga-pinga Laila dengan soalan Tuan Mizan.
"Aku tau Laila tak biasa dekat sini.
Laila boleh je balik rumah mak.
Aku sibuk dua hari ni, banyak benda nak kena uruskan kat ladang tu.
Takut Laila bosan duduk rumah seorang diri.
"  Jarang sekali Tuan Mizan bercakap banyak.
"Laila boleh balik rumah mak?" Mata Laila bersinar bulat "Lepas asar nanti aku hantar.
" Tuan Mizan menganggukkan kepalanya.
Dalam hati, Laila bersorak riang.
Wajahnya jelas memaparkan perasaan gembiranya.
Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia bertepuk girang.
Tapi tingkah lakunya harus dijaga.
Cukuplah dengan senyuman yang menampakkan giginya.
"Nanti pergi rumah mak, pakai la baju yang beli semalam.
"Fikiran Laila terbayangan baju yang dibeli oleh Tuan Mizan.
Memang dia sangat berkenan dengan baju tu tetapi takkanlah nak melawa sakan balik rumah mak? Bukannya nak pergi jalan.
Kepalanya digaru perlahan.
"Kenapa? Laila tak suka baju tu ke?" Tanya Tuan Mizan.
"Eh, bukan.
Laila suka baju tu.
Suka sangat.
Tapi Laila segan nak pakai baju tu balik rumah mak.
""Pakai sajalah.
Dah jadi bini orang, mestilah laki belikan baju.
"Walaupun kata-kata Tuan Mizan hanya bersahaja, cukup membuatkan Laila tertunduk malu.
Dia masih belum biasa dengan gelaran isteri.
Semuanya terasa bagaikan mimpi.
***********************Berkali-kali Laila berpusing di hadapan cermin memastikan penampilannya okey.
Bawal putih di kepala dibetulkan beberapa kali.
Dia tidak yakin pakaian itu sesuai dengan dirinya.
"Dah siap?" Tanya Tuan Mizan yang tiba-tiba membuka pintu bilik.
"Dah.
" Jawab Laila pantas seraya berpaling menghadap Tuan Mizan sambil membetulkan kemeja kotaknya kekok.
Tuan Mizan memandang Laila atas bawah.
Hidungnya digaru.
"Jom gerak sekarang.
" Ujarnya seraya berlalu.
Kalut Laila mencapai handbag lalu berlari anak mengejar Tuan Mizan.
Sampai di pekarangan rumah Salem, Laila sudah tersenyum lebar.
Walaupun dia baru tinggalkan rumah itu beberapa hari, tapi hatinya sudah tersangat rindu.
Dengan rasa gembira dia menapak memanjat tangga rumah seraya memberi salam.
"Assalamualaikum.
"Siapa yang tidak seronok balik rumah ibu bapa sendiri? Laila memandang ke arah Tuan Mizan yang baru menutup pintu kereta.
Tanpa menunggu suaminya, dia menghilang ke dalam rumah.
"Laila.
" Salem yang duduk di ruang tamu jelas terkejut dengan kehadiran Laila.
Hajar yang mendengar kekecohan di ruang tamu, munculkan diri dari dapur.
Wajahnya juga terkejut melihat Laila.

Sumber:Internet