Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 11

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 11

. Tiara memandang Laila dengan ekor mata.
Dari petang tadi lagi dia seperti tidak puas hati dengan Laila.
Segala gerak geri Laila di perhatikan sehinggalah ke malam hari.
Laila yang tidak menyedari dia diperhatikan, kusyuk membaca novel yang dipinjamnya dari Tasya.
Tiara bertukar pandang dengan Hajar.
Masing-masing memberi insyarat mata.
Apalah yang mereka berdua sedang rancangkan.
Dari satu muka surat kepada muka surat seterusnya.
Laila langsung tidak sedar Tiara yang tidak senang duduk di kerusi sebelah sana.
manakala Hajar duduk di sebelah Tiara.
Memang mereka berdua selalu berkepit bersama, sebab itu Laila tidak hiraukan mereka.
Tambahan pula penulis Norhayati Ibrahim memang penulis kegemarannya.
Sudah lama dia tidak membaca novel sejak di bangku sekolah.
Semuanya dia pinjam dari kawan kerana Salem dan Hajar tak pernah benarkan dia membeli novel sendiri.
Membazir kata mereka.
Manakala Tiara pula tidak minat membaca novel.
"Laila, macam mana duduk sana? Okey ke?" Akhirnya Tiara bersuara.
Laila yang mendengar namanya disebut, mengangkat mukanya.
"Kakak bercakap dengan Laila?"Kelihatan Tiara mengertap giginya.
"Kau duduk sana okey ke?" Dia mengulangi soalannya.
Laila terdiam seketika sebelum dia menjawab.
"Okey.
""Anak-anak dia okey dengan kau?" Geram pula Tiara mendengar jawapan sepatah Laila.
Wajah anak-anak Tuan Mizan terbayang difikiran Laila.
Walaupun anak sulung Tuan Mizan kelihatan agak dingin dengannya, tetapi dia tidak pernah berkasar.
Manakala yang lain melayannya sangat baik terutama sekali Tasya.
"Alhamdulillah, okey.
""Macam mana kehidupan dah jadi isteri orang?" Hajar pula mencelah.
Soalan Hajar membuatkan Laila menutup novelnya.
Baru beberapa hari dia bergelar seorang isteri.
Bagaimana dia mahu menjawab? Terlalu baru sangat untuk dia membuat rumusan.
"Biasa saja.
Anak-anak dia layan Laila baik.
Dia pun layan Laila baik.
""Tuan Mizan layan kau baik?" Tanya Tiara tidak percaya.
"Kenapa kau kata dia baik?""Er... Laila tak banyak sembang dengan abang.
Abang pun tak ada cakap kasar dengan Laila.
" Hanya itu yang Laila boleh cakapkan tentang Tuan Mizan.
Sesungguhnya dia juga belum betul-betul kenal Tuan Mizan.
Lagi pun rutin kehidupan dia tidak jauh berubah.
Dia hanya perlu membuat kerja rumah, memasak dan mengemas.
Cuma di rumah Tuan Mizan, dia tidak tahu mahu mulakan kerja dari mana kerana masih terasa asing.
"Kenapa dia tak tidur sini? Tak selesa ke duduk rumah kita ni?" Soal Tiara menduga.
Laila terdiam seketika.
Mungkinkah benar Tuan Mizan tidak selesa tidur di rumah Salem? Maklumlah rumah mereka tidak ada aircond seperti rumah Tuan Mizan.
"Atau pun dia sengaja hantar kau kat sini sebab dia tak suka dengan kau?" Tiara sengaja ingin menyakitkan hati Laila.
"Kau ada buat dia marah ke?"Hajar menampar peha Tiara perlahan.
Mukanya sedikit berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tiara.
"Dia ada call Laila tak?" Tanya Hajar lembut.
Soalan Hajar menambahkan kelu di bibir Laila.
Hajar yang tersedar kesalahannya pantas cuba menyedapkan hati Laila.
"Mungkin lewat sikit dia akan call.
Busy sangat tu.
"Tiara tersenyum sinis melihat Laila yang hilang kata.
Sejak dia melihat Laila di rumah itu, dengan berpakaian baru dan cantik, entah kenapa hatinya terasa sakit.
Selama ini Laila tidak pernah lebih dari dirinya.
Dari segi apa-apa pun, Tiara sentiasa dapat lebih dan lebih.
Tapi buat pertama kali dia melihat Laila, hatinya cemburu.

Sumber:Internet