Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 12

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 12

. Awal pagi lagi Laila sudah bangun menyediakan sarapan pagi.
Sambil menyanyi perlahan, dia memasak mee goreng.
Hajar dan Salem awal-awal lagi sudah keluar ke pasar.
Lauk mentah semakin berkurang di dalam peti ais dan harus dicari.
Nanti nak masak, apa pun dah tak ada.
Nasib baik Laila ada, tugas memasak boleh dilepaskan kepadanya.
Baru beberapa hari Laila tidak ada, Hajar mula terasa penat kerana selama ini kebanyakan kerja rumah dibuat oleh Laila.
Bila Laila tidak ada, tidak ada yang boleh membantunya membuat kerja rumah.
Nak diharapkan Tiara, gadis itu sibuk dengan pelajarannya.
Tersenyum Laila meletakkan mee goreng yang sudah siap di masak di atas meja.
Bau mee goreng itu membuka seleranya.
Memang kegemarannya adalah mee goreng.
Tapi sebelum itu dia perlu membuat teh o panas.
Baru sedap untuk di makan dengan mee goreng.
Sedang Laila ralit mengacau tea o di dalam teko, dia terkejut bila tiba-tiba ada suara lelaki memberi salam dari luar pintu dapur.
Tangan Laila terhenti.
Matanya memandang tepat ke arah lelaki yang tegak berdiri di muka pintu.
Tidak pasti sama ada matanya yang salah tengok atau pun memang betul apa yang dia lihat sekarang.
"Boleh aku masuk?" Tanya lelaki itu memecahkan lamunan Laila.
"Bole Boleh.
" Laila kelihatan sedikit tersentak.
"Aku ada bagi salam kat depan tadi tapi tak ada orang jawab.
Tu yang aku datang kat belakang ni.
" Tuan Mizan melangkah masuk ke dalam ruang dapur.
"Sunyi rumah, semua orang keluar ke?""Mak dengan abah keluar.
Kak Tiara ada dalam bilik.
Abang tak cakap pun nak datang pagi ni.
Terkejut Laila.
" Laila teragak-agak menghampiri Tuan Mizan.
Mungkin masih terkejut dengan kemunculan lelaki itu awal pagi.
Macam chipsmore.
sekejap ada, sekejap tak ada.
Tangan Tuan Mizan dicapainya lalu ditunduk salam.
"Aku saja menyinggah.
" Selalunya setiap pagi Tuan Mizan akan pergi ke Kedai Makan Cik Sue untuk bersarapan.
Tetapi dari dia menyinggah sana, lebih baik dia menyinggah di sini.
Usai bersalam, tangan Laila tidak dilepaskan malah Tuan Mizan menarik Laila rapat kepadanya.
Satu ciuman diberikan di ubun-ubun Laila.
Laila hanya tertunduk malu.
Dadanya terasa berbunga-bunga.
"Abang dah sarapan ke? Laila ada masak mee goreng.
Abang duduklah makan.
""Laila dah makan ke?" Tuan Mizan membalas soalan Laila dengan soalan seraya duduk di atas kerusi.
"Belum.
Laila baru je siap masak.
Ni tengah buat tea o panas.
Abang nak kopi ke? Laila boleh buatkan.
" "Tak payah.
Aku boleh minum tea o ni.
""Okey sekejap Laila ambilkan pinggan.
" Dengan senyuman lebar Laila menghidangkan mee goreng di hadapan Tuan Mizan.
Dia gembira dengan kedatangan Tuan Mizan, sekurang-kurangnya dia tahu yang Tuan Mizan belum membuang dirinya.

Sumber:Internet