Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 20

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 20

. "Laila....."Dada terasa semakin sempit.
Udara yang dihirup terasa seperti tersekat-sekat.
Bayangan Tuan Mizan semakin kabur dari pandangan.
Laila rebah di atas lantai.
Merengkot memeluk tubuh bersama sendu yang semakin tidak terkawal.
Matanya dipejam rapat bagi mengusir rasa sakit.
Cuba dicari sisa kekuatan yang masih bersisa.
"Laila...."Baru kini dia rasa menyesal.
Menyesal kerana terlambat menghargai apa yang ada di depan mata.
Terlalu lambat untuk menunjukkan rasa hatinya.
Sayu hatinya mengenangkan kini Tuan Mizan semakin menjauh dari dirinya.
Apa yang harus dia lakukan?"Laila...."Laila membuka matanya.
Terasa ubun-ubunnya diusap perlahan.
  Suasana kelam.
Matanya memandang siling dalam kegelapan malam.
Air matanya masih laju turun membasahi muka bersama sendunya.
Sungguh Laila tak sangka dia akan sesakit ini.
Dia sangka dia hanya berkahwin atas desakan keluarga dan perkahwinan ini tidak melibatkan hati.
Dan dia seharusnya tidak kisah dengan apa yang akan Tuan Mizan lakukan.
Tapi sejak nama Cik Sue muncul, hatinya mula tidak senang.
Kedudukannya terasa tergugat.
Kerana dia sedar jurang perbezaan antara dia dengan Cik Sue.
Ditambahkan lagi dengan perangai manja Cik Sue membuatkan Laila naik meluat.
Tetapi tidak sangka akhirnya membinasakan hatinya jua.
"Laila mimpi buruk? Ni mesti tak basuh kaki sebelum tidur.
" Tuan Mizan mengiring ke arah Laila sambil menongkat badannya dengan siku.
Laila memandang Tuan Mizan di sebelah.
Air matanya semakin laju turun.
Degup jantungnya laju seperti baru lepas berlari.
Tanpa membalas soalan suaminya, Laila memeluk Tuan Mizan erat.
Mukanya disembam ke dada lelaki itu.
Hatinya bersyukur semua itu hanyalah mimpi tetapi peritnya masih terasa sehingga sekarang.
"Ssh Mimpi saja tu.
" Tuan Mizan membalas pelukan Laila.
Belakang Laila diusap perlahan cuba meredakan kesedihan isterinya itu.
Lama mereka berkeadaan begitu tanpa banyak bicara sehinggalah tangis Laila reda.
"Abang menyesal kahwin dengan Laila?" Tanya Laila tiba-tiba.
Tuan Mizan terdiam seketika.
Tangannya yang sedang membelai rambut Laila turut terhenti.
Pada asalnya, Laila bukanlah pilihan hatinya.
Niatnya ingin pinang anak dara yang sering menjadi perbualan orang kampung, Tiara.
Siapa yang tak tertarik dengan kecantikan gadis itu.
Tetapi lain pula yang dia dapat.
Terasa dipermainkan, dia terima Laila untuk membalas dendam.
Niatnya hanya ingin permainkan Laila.
Sebab itu dia tidak lepaskan peluang malam pertamanya dengan Laila.
Tetapi bila melihat Laila beria-ria merayu pada dirinya, hatinya menjadi cair.
Tidak tergamak dia ingin meneruskan niat jahatnya.
Niatnya yang dulu ingin membalas dendam, berubah menjadi belas.
Belas melihat kehidupan gadis itu.
Hatinya tersentuh melihat bagaimana Laila menguruskan keluarganya tanpa banyak bicara dan bagaimana Laila melayan dirinya sebaik mungkin.
Semakin dia mengenali gadis itu, semakin dia ingin mendalami hati gadis itu.
"Aku tak pernah menyesal kahwin dengan Laila.
" Balas Tuan Mizan.
Dahi Laila dikucup lembut.
"Abang sayang Laila?" Duga Laila perlahan.
Mukanya didongak memandang wajah Tuan Mizan.
Tuan Mizan memandang wajah Laila.
Pelik dengan soalan-soalan Laila malam ini.
Matanya memandang mata Laila yang tidak berkelip memandangnya.
  'Dia mimpi aku mati ke?'Tidak sedarkah Laila akan isi hatinya? Tidak nampakkah Laila dengan apa yang dia dah buat selama ini? Sehinggakan Hattan laki bini pun disuruhnya membantu membersihkan rumah Salem agar isterinya itu tidak perlu melakukan kerja-kerja berat.
Tetapi Laila fikir itu semua untuk Hajar.
Duit yang sering dia berikan kepada Laila, tak pernah dia tanya ke mana pergi duit itu kerana dia sudah tahu pastinya Laila berikan kepada keluarganya.
Hampir setiap hari dia menghantar Laila ke rumah orang tuanya bukan kerana dia tidak sukakan Laila tetapi dia risau Laila tinggal seorang diri di rumah dan dia juga tidak mahu Laila kebosanan.
Apa lagi yang harus dia lakukan untuk menunjukkan kasihnya kepada Laila?Tuan Mizan tidak salahkan Laila kerana dia tahu isterinya seorang yang lurus.
Itulah yang membuatkan hatinya tertarik kepada Laila.
Pipi Laila dielus lembut.
Satu ciuman diberikan di bibir Laila.
"Sayang.
" Bisiknya perlahan.
Dada Laila bergetar halus.
Tidak sangka dia akan mendengar perkataan itu dari mulut Tuan Mizan.
"Laila pun sayangkan abang.
Sayang sangat.
"Tuan Mizan memandang Laila seakan tidak percaya.
Anak mata Laila dicari dalam kegelapan, ingin memastikan gadis itu tidak bergurau.
Laila merapatkan mukanya pada Tuan Mizan.
Matanya dipejam.
Dia rela.
Rela hati dan badannya menjadi milik Tuan Mizan seorang.
Hanya satu yang belum Tuan Mizan tunaikan.
Bukan kerana tak suka.
Bukan kerana tidak sudi.
Bukan kerana tidak mampu.
Tetapi dia ingin memberi ruang kepada Laila.
Dia ingin Laila lebih bersedia dan rela hati menyerah kepada dirinya tanpa paksaan.
Kena update walaupun pendek.
Nanti hati masing-masing tak senang.
Untung la Tuan Mizan ada ramai yang minat.
Untung la Laila ada ramai yang back up dia.

Sumber:Internet