. Tengahari itu cuaca panas terik.
Laila baru sudah menyidai kain bila dia melihat ada sebuah kereta memasuki pengkarangan rumah Tuan Mizan.
Kelihatan seorang lelaki turun dari tempat pemandu diikuti oleh seorang perempuan dan dua orang budak-budak kecil.
Kalut Laila masuk ke dalam rumah lalu mendapatkan Tuan Mizan yang sedang hisap rokok di ruang tamu.
"Abang, ada orang datang.
""Siapa?""Tak tahu.
Ramai.
Satu family kot.
Ada budak-budak lagi.
" Ujar Laila.
Entah saudara mana pula yang menyinggah kali ini.
Rokok ditangan dilumatkan ke bekas astray.
Tuan Mizan bingkas bangun ke hadapan rumah.
"Laaaa...." Dia memandang Laila dengan senyuman meleret.
"Laila, sini.
" Panggil Tuan Mizan.
Dengan penuh tanda tanya, Laila menghampiri Tuan Mizan yang berdiri di muka pintu rumah.
"Laila tak kenal?" Tanya Tuan Mizan kepada Laila.
Tangannya melingkari bahu Laila.
Mata mereka memandang ke tengah halaman rumah.
Laila menggelengkan kepalanya buntu.
"Itu Faizal la...."Dahi Laila sedikit berkerut.
Dia seperti pernah terdengar nama itu tetapi siapa? Laila memandang Tuan Mizan yang turut memandang ke arahnya.
Tuan Mizan ketawa kecil melihat muka Laila yang keliru.
"Assalamualaikum, ayah.
" Faizal memberi salam lalu menyalami tangan Tuan Mizan.
Laila di sebelah sedikit melopong mulutnya.
Macam mana dia tidak boleh perasan yang datang itu adalah anak Tuan Mizan? Malulah dia.
Serius dia memang tidak kenal langsung tadi Almaklumlah, baru jumpa sekali memanglah dia tak ingat rupa Faizal tu.
Dengan muka yang malu, Laila tersenyum dan bersalam dengan isteri Faizal.
Matanya sempat menjeling ke arah Tuan Mizan yang seperti ingin menyembunyikan senyuman geli hati.
Bibirnya dikertap geram.
Pandai Tuan Mizan kenakan dia hari ini.
"Kau tak cakap pun nak balik.
" Ujar Tuan Mizan bila anak menantunya sudah masuk ke dalam rumah.
"Kami tak rancang pun nak balik.
Kebetulan isnin ni cuti, tu yang Along ajak Ika dengan anak-anak balik kampung.
Dah lama tak jumpa ayah.
" Terang Faizal.
"Selalunya berbulan-bulan baru tahu nak jenguk.
" Perli Tuan Mizan bersahaja.
Perhatiannya jatuh pada kanak-kanak kecil di samping Faizal.
"Hai cucu atuk.
Lama tak jumpa.
Sekolah okey tak?" Tuan Mizan menyambut Alisha, anak sulung Faizal dengan senyuman lebar.
"Alisha tak suka pergi sekolah.
Cikgu garang.
" Adu Alisha.
"Kenapa cikgu garang? Ni mesti in Alisha tak siapkan kerja sekolah kan?" Tanya Tuan Mizan.
"Cikgu yang bagi homework banyak sangat.
" Alisha menarik muncung panjang.
"Tak apa.
Nanti atuk suruh daddy marah cikgu tu.
" Ujar Tuan Mizan seraya berpimpin tangan dengan Alisha duduk di sofa.
Iris yang baru berusia lima tahun terkedek-kedek berlari ingin duduk di sebelah Tuan Mizan juga.
Kedua-dua beradik itu berebut ingin mengambil perhatian Tuan Mizan.
"Kamu semua dah makan ke? Kalau belum, boleh la makan sekali.
Kami pun belum makan lagi.
" Ujar Tuan Mizan.
"A'a.
Sekejap saya masak dulu.
" Ujar Laila kekok.
Tak tahu ingin borak apa dengan mereka.
Masa inilah dia ambil peluang untuk larikan diri.
"Saya tolong mama.
" Ujar Ika seraya mengikut langkah Laila.
"Ika duduklah.
Mesti penat jalan jauh.
Saya boleh masak.
Duduklah.
" Ujar Laila.
Segan dia bila ada orang ingin menolong dia memasak.
Selama ini dia sudah biasa memasak seorang diri.
Lagi pun dia sedikit kekok ingin berborak.
Sumber:Internet