Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 29

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 29

. "Mama tengoklah ni.
Ada banyak lagi warna lain.
Yang hitam pun lawa juga.
" Tasya menunjukkan gambar-gambar lingerie dan baju tidur yang seksi di dalam handphonennya.
"Tasya janganlah buat benda yang pelik-pelik, nanti ayah marah.
" Tegur Laila risau.
Cuak juga dia bila melihat wajah Tuan Mizan yang diam seribu bahasa siang tadi.
"Ayah tak marah la mama.
Tasya tahulah itu ayah Tasya.
Don't worry.
Kalau ayah marah mama, mama bagitahu je dekat Tasya, pandai la Tasya luku kepala ayah tu.
" Yakin sekali Tasya berbicara.
"Tak naklah.
" Tolak Laila lembut.
Tambahan pula, dia tidak sanggup untuk pakai baju yang begitu menjolok mata.
Boleh buta Tuan Mizan nanti.
"Mama tak tahu ke kalau ayah tu dah tergaru-garu hidung dia tu tandanya dia malu? Malu tandanya mahu.
" Tasya ketawa mengekek.
"Yeke?" Laila menggelengkan kepalanya seakan tidak percaya.
Kenapalah dia tidak pernah perasan pun sebelum ni? Tapi boleh pakai ke tip Tasya ni? Macam mana kalau Tasya ni buat cerita saja?Berbualan antara Laila dan Tasya terbantut apabila Tuan Mizan melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan mereka.
Hal perempuan, mana boleh borak di hadapan lelaki.
"Ayah, esok pagi kita pergi Melaka, boleh tak?""Nak buat apa pergi Melaka?" Tanya Tuan Mizan pendek.
"Ayah ni, takkanlah nak duduk kampung je.
Mama pun mesti bosan duduk terperap kat dalam rumah ni.
Dah alang-alang hujung minggu ni, kita pergilah jalan-jalan kat Melaka.
Betul tak mama?"Tuan Mizan hanya diam tidak menjawab.
Matanya tumpu pada berita tv3.
Berkerut dahi Laila bila namanya dipetik.
Dia yang nak pergi berjalan, nama orang lain pulak yang diseru.
"Ayah dengar tak ni?" Nada Tasya seakan merajuk.
"Aku dengar.
Tapi hari tu kan dah pergi.
""Itu hari tu.
Takkan la setahun sekali baru nak pergi Melaka.
Tasya nak cari sport shoes.
Yang lama ni tapak dia dah haus.
""Tengoklah esok macam mana.
"****************"Mama, tengok tu.
" Tasya menarik tangan Laila seraya dia menunjukkan kedai lingerie yang menjual pelbagai jenis baju tidur yang seksi.
Bulat mata Laila melihat kedai tersebut.
Kedai pakaian dalam yang biasa pun dia dah segan nak masuk.
Ini kan pula kedai yang khas menjual pakaian tidur yang tak cukup kain.
Sesak nafasnya.
"Jomlah.
" Tasya laju melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.
Laila menggelengkan kepalanya tidak mahu.
Sengaja dia mengelak dari mengikuti langkah Tasya.
Kelibat Tuan Mizan yang berjalan jauh di belakang, dipandang.
Takkanlah nak ajak Tuan Mizan masuk ke kedai yang macam ni?
Sumber:Internet