. Malam itu, Hajar tak ada semangat untuk memasak.
Nasib baiklah Salem boleh boleh bungkus nasi luar sahaja.
Selera makannya pun dah hilang.
Sejak maghrib, Hajar asyik mundar-mandir di dalam bilik tidurnya.
Nak duduk pun serba tak kena.
"Cubalah awak bawak duduk diam-diam.
Makin serabut kepala saya tengok awak kiri kanan kiri kanan macam ni.
" Tegur Salem.
"Nak duduk macam mana.
Otak saya ni dah serabut duk fikirkan hal Tiara.
""Kita gunalah idea Tiara.
""Tukarkan Tiara dengan Laila?" Hajar menghenyakkan punggungnya di atas katil.
"Saya takutlah.
Nanti apa kata Tuan Mizan.
""Lagi pun Tuan Mizan tak ada pulak mention nama anak kita.
Tak ada pun dia cakap nak Tiara atau Laila.
Lagi pun Tiara tu masih belajar.
Takkan nak kahwinkan.
" Ujar Salem.
"Mahu ke Tuan Mizan tu dengan Laila?" Tanya Hajar gusar.
"Belum cuba belum tahu.
Lebih baik kita tawarkan Laila dari kita tolak lamaran tu.
Lagi susah nanti.
"******************************Laila mengertap bibir.
Tidak sangka drama kakaknya kini bertukar menjadi drama dirinya.
"Mak tak minta banyak dari Laila.
Ini saja yang mak minta.
" Pujuk Hajar.
Laila mengerling ke arah Tiara yang sedang menggigit kuku.
"Sepanjang mak lahirkan Laila, dari kecil sampai sekarang, tak pernah mak minta apa-apa dari Laila.
Ini saja permintaan mak.
Kamu tunaikanlah permintaan mak ni.
Anggap saja ini cara Laila balas budi mak lahirkan Laila.
"Walaupun Hajar berkata lembut, tapi kata-katanya menusuk kalbu.
Kenapa?Memang Hajar tidak pernah minta apa-apa dari Laila, tidak pernah menyuruhnya belajar rajin-rajin, tak pernah menyuruhnya berkerja mencari duit untuk berikan duit kepadanya setiap bulan.
Tak ada berkasar dengan dirinya.
Tapi kenapa sekarang?Sedangkan selama ini, Hajar tak pernah pedulikan Laila.
Kenapa sekarang ini dia perlu menggantikan tempat kakaknya.
"Mak tak boleh biarkan Tiara kahwin sebab Tiara masih belajar.
Rugi kalau pelajaran Tiara terjejas sebab berkahwin.
Kalau Tiara tak dapat kerja yang bagus nanti, siapa yang nak sara mak dan ayah tua-tua nanti?"Laila masih diam.
"Kalau Laila kahwin sekarang, sekurang-kurangnya Laila dah ada suami tempat Laila bergantung.
Laila dah tak perlu fikir pasal duit.
Suami Laila nanti boleh bagi Laila duit.
" Tambah Hajar.
"Tapi Laila tak nak kahwin dengan orang tua, mak.
" Akhirnya Laila bersuara juga.
Ketiga-tiga pasang mata tertumpu pada wajah Laila.
Suasana menjadi tegang.
"Laila, laki kau tu nanti banyak duit.
Kaya.
Rugi kalau kau tak kahwin.
Tuah jangan ditolak.
" Ujar Tiara.
"Ta "Laila jangan la fikir lagi.
Mak dengan ayah dah fikir apa yang terbaik untuk kita semua.
" Hajar menggenggam tangan Laila mengharapkan pengertian dari anaknya itu.
"Ayah tak boleh tolak lamaran ni.
Apa nanti orang kampung cakap.
Tuan Mizan tu orang besar kampung.
Ramai penyokong dia.
Laila tak kesian dekat kami ke?" tambah Salem sayu.
"Tapi ini soal kahwin," ucap Laila perlahan.
"Laila tak suka dia.
""Rasa suka boleh dipupuk selepas kahwin.
" Jawab Hajar.
"Tak nak.
Laila takut.
" Air mata mula bergenang di kelopak mata.
Terbayang wajah lelaki tua itu.
Sungguh dia tak sanggup untuk hidup serumah dengan lelaki itu, apatah lagi sekatil.
"Ish, apa yang kau nak takutkan? Tuan Mizan tu tak makan orang la.
" Tiara sudah hilang sabar.
"Kau tak susahlah kahwin dengan dia.
Dia tu dah tua, main pun dah tak larat.
Bila-bila masa boleh mati.
Nanti kau jugak yang jadi janda kaya.
"Terkedu semua orang mendengar kata-kata Tiara.
"Apa? Salah ke Tiara cakap? Memang dia dah tua la.
" Tiara menayang muka tak bersalah.
"Berapa umur dia, ayah?""Dalam 54 tahun rasanya.
" Jawab Salem.
" Dah 54 tahun.
Nak berjalan pun dah tak larat sangat.
Kau tak payah risau la.
Nanti kau hanya perlu masak untuk dia je.
Tak adanya dia nak ngap kau macam buaya bujang senang kat luar sana.
Kau patut bersyukur.
Entah-entah nanti kau bukan setakat jadi janda kaya, kot-kot jadi janda berhias kaya.
Masa tu ramai lelaki beratur nak kahwin dengan kau.
" Tambah Tiara bersungguh-sungguh.
Suasana menjadi sunyi beberapa saat.
Semuanya terkelu lidah.
Mati akal dengan kata-kata Tiara.
"Laila tak nak....." Laila mula teresak-esak.
Tidak adakah yang bersimpati kepadanya?Korang tengah tunggu apa sebenarnya? 🤪
Sumber:Internet