Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 33

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 33

. Kawasan sekitar Pantai Teluk Kemang dipenuhi dengan kereta-kereta yang parking di kiri kanan jalan.
Laila sendiri kagum dengan rakyat Malaysia yang sanggup bersusah payah mencari parking di sekitar kawasan itu kerana dia sendiri naik risau jika Tuan Mizan hilang sabar untuk mencari tempat letak kereta.
Hampir tiga puluh minit juga Tuan Mizan berpusing-pusing mencari parking.
Nasib mereka sangat baik bila ada satu parking kosong yang berdekatan dengan pintu masuk Pantai Teluk Kemang.
"Yeaaaa.... Dah sampai.
" Tasya melonjak turun dari kereta Tuan Mizan.
Perlahan-lahan Laila turun dari kereta Tuan Mizan.
Sedaya upaya dia cuba mengawal rasa terujanya agar tidak kelihatan.
Tidak mahu dikatakan jakun tidak pernah jumpa pantai.
Razlan menghampiri Tuan Mizan yang baru saja mengunci keretanya.
"Along dah sewa tempat.
Yang lain semuanya dah tunggu kat sana.
"Setiap ruang di tepi pantai penuh dengan payung yang dipacak.
Seakan tidak ada langsung ruang yang kosong.
Nasib baiklah mereka datang agak awal.
Senanglah Razlan menyewa dua tapak payung di situ.
Laila teruja.
Sudah lama dia tidak ke pantai.
Kalau tak silap, kali terakhir adalah sewaktu dia sekolah rendah.
Itu pun kerana Salem ingin meraikan kejayaan Tiara yang berjaya mendapatkan straight A dalam UPSR.
"Kami mandi dulu.
" Tasya awal-awal lagi sudah menarik anak-anak buahnya terjun ke lain turut sama turun ke pantai.
Hanya Ika sahaja yang tidak mandi kerana dia period.
Sedang leka Laila memerhati mereka bersorak riang, baru dia tersedar yang dia tidak nampak kelibat Tuan Mizan.
Mana lakinya itu pergi? Matanya melilau mencari sehinggalah dia melihat susuk tubuh Tuan Mizan yang sedang melangkah ke arahnya bersama satu tiub pelampung hitam.
"Jomlah turun mandi.
" Ujar Tuan Mizan.
"Abang mandi sekali?""Mestilah mandi sekali.
Rugilah kalau dah datang sini tapi tak mandi.
Ini aku sewakan pelampung ni untuk Laila.
" Tuan Mizan menghulurkan pelampung tersebut kepada Laila.
"Terima kasih.
" Laila pelik, kenapa mesti hitam? Bukankah pelampung selalunya berwarna-warni? Ini macam tayar lori je.
"Ini yang paling besar.
" Tuan Mizan seakan boleh membaca apa yang bermain di fikiran Laila.
Tanpa banyak soal, Laila mengikut langkah Tuan Mizan ke gigi air.
Sebaik sahaja kakinya disapa ombak kecil, senyumannya terukir lebar.
Gembira.
Dia mengikut Tuan Mizan menuju ke tempat yang lebih dalam sehingga air mencecah ke paras dadanya.
"Seronok?" Tanya Tuan Mizan.
"Seronok.
Seronok sangat.
Dah lama tak mandi pantai.
Dah terlupa air pantai ni rasa masin.
" Laila tersenyum menampakkan giginya.
"Yelah, aku pun tak pernah bawa Laila pergi bercuti.
""Tak apalah, abang.
Kita kan baru hidup berdua.
Ada banyak lagi masa untuk kita luang bersama.
Macam ni pun Laila dah bahagia sangat.
" Ujar Laila bersahaja.
Mungkin dia terlalu gembira sehingga dia tidak sedar apa yang dia baru katakan.
Semuanya lancar dari isi hati.
Tuan Mizan memandang wajah Laila lama.
"Abang janganlah pergi dalam-dalam sangat.
Laila tak pandai berenang.
" Ujar Laila jujur.
Susah jadi orang pendek ni.
"Sebab tu aku sewakan pelampung ni.
Pegang pelampung ni kuat-kuat.
" Tuan Mizan membantu Laila memakai pelampung tersebut.
"Abang tak nak guna pelampung ni ke?""Tak perlu.
Aku boleh berenang.
""Abang pandai berenang?" Tanya Laila seakan tidak percaya.
"Pandailah.
Aku ni dah tua.
Selalunya orang yang umur macam aku ni semuanya pandai berenang.
Cuma badan ni je yang dah tak kuat.
"
Sumber:Internet