Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 37

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 37

. Laila mengusap perutnya yang terasa penuh.
Hampir semuan orang menyuruh dia menjamah makanan mereka bagi merasa yang mana paling sedap.
Kek juga dia makan lebih dari tiga jenis.
Tong perutnya memang sudah penuh, seperti menunggu masa untuk meledak keluar saja.
Kaki pun terasa berat untuk melangkah.
Selalunya orang didera dengan tidak diberi makan, tapi dia sudah terbalik.
Dia didera denganย  menyumbat pelbagai jenis makanan.
Macam manalah berat badannya tidak naik.
Mabuk.
"Tak nak pergi Watson ke?" Tanya Tuan Mizan sebaik saja mereka melangkah keluar dari pintu Secret Recipe.
Laila memandang Tuan Mizan pelik.
"Ada apa dekat Watson?""Laila tak perlu beli pad ke?" Suara Tuan Mizan sedikit perlahan.
Hidungnya digaru beberapa kali.
"Yalah.
Laila terlupa.
" Nampak tak bertapa lembabnya otak Laila berjalan.
Matanya memandang kedai Watson yang terletak selang satu pintu dari Secret Recipe.
"Sekejap, Laila pergi sekejap je.
" Laju kakinya melangkah.
"Mama nak pergi Watson? Nak ikut!" Laung Tasya yang sudah berdiri berdekatan dengan kereta.
ย  Laju kakinya berlari anak mengejar Laila.
"Mama nak beli apa ni?" Tanya Tasya bersama mata yang bersinar.
ย  Watson memang tempat kegemarannya.
Pantang dia masuk, nanti tak jumpa jalan keluar.
"Pad.
" Bisik Laila perlahan.
Laju saja kakinya melangkah ke bahagian tuala wanita.
Tidak sampai seminit, dia sudah jumpa apa yang dia mahu.
Baru dia ingin berlalu untuk bayar, tangannya ditarik oleh Tasya.
"Mama, sinilah sekejap.
" Tasya tersengih nakal.
Laila yang sedikit terpinga-pinga, mengorak juga langkah bagi mengikuti Tasya.
Matanya memandang produk-produk skin care yang disusun kemas di hadapannya.
"Mama pakai skin care apa?""Tak pakai.
""Ha? Mama tak pakai apa-apa skin care?" Tanya Tasya agak terkejut.
Laila menggelengkan kepalanya.
"Pelembap pun tak ada?"Laila menggelengkan kepalanya lagi sekali.
"Takkanlah mama tak pakai apa-apa? Pencuci muka pakai tak?""Pencuci muka tu pakailah.
Tapi itu je.
Yang lain tak pakai.
" Ujar Laila jujur.
Memang selama ini kalau dia keluar rumah, dia hanya menempek bedak baby ke wajahnya.
Itu pun sudah cukup.
"Ish mama ni.
Tak boleh macam ni.
Kulit muka ni kita nak kena jaga.
Masa nilah kita kena start jaga.
Nanti bila dah tua baru nak jaga, dah terlambat.
" Bebel Tasya sambil matanya melilau memandang satu persatu brand di situ.
Laila menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Skin care semuanya mahal, dari dia habiskan duit untuk beli skin care, baik dia gunakan duit untuk membeli makanan.
"Mama try la yang ini.
" Tasya menunjukkan skin care jenama Bio-essence.
Tangannya mencapai pelembap brand tersebut.
Bulat mata Laila sebaik saja dia memandang tanda harga untuk pelembap tersebut.
"Tak apalah, Tasya.
Lain kali saja.
""Tak boleh la, mama.
Mama kena la jaga kulit tu.
Pencuci muka saja tak cukup.
At least kena la ada toner dan pelembap.
" Tanya mengambil pelembap dan toner lalu dia berjalan ke rak yang lain.
"Dan yang paling penting kena ada sunscreen.
"Laila sedang mengira jari jemarinya seraya mengikut langkah Tasya.
Harga barang-barang tersebut dicongaknya di dalam kepala.
Dalam dompetnya hanya ada enam puluh ringgit saja.
Itu pun duit lebihan yang Tuan Mizan beri beberapa hari yang lalu.
Mana cukup duit dia ingin membayar semua itu.

Sumber:Internet