Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 41

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 41

. Jakun Laila melihat pelbagai barang yang tersusun kemas di dalam rak.
Dia jadi semakin rambang mata bila semua barang tersebut hanyalah RM2.
20.
Sesekali Laila mengintai Tuan Mizan yang berjalan di sebelahnya.
Risau jika Tuan Mizan ketawakan perangainya ketika itu.
Sehabis daya dia berusaha untuk berlagak biasa walaupun hatinya melonjak teruja.
Sampai sahaja bahagian stationary, mulut Laila ternganga.
Langkahnya terhenti.
Kenapalah zaman dia sekolah dulu, kedai ni belum dibuka? Kalau tak, macam-macam yang dia boleh beli.
Tangan Laila membelek satu persatu.
Dari alat tulis sehinggalah ke buku nota.
'Ah, semuanya comel-comel.
' Gumam Laila di dalam hati.
"Ambillah bakul ni.
" Tuan Mizan menghulurkan bakul kuning kepada Laila.
Terperanjat Laila.
Masa bila pula Tuan Mizan ambil bakul tu? Bukankah mereka masuk dengan melenggang? Sebab Laila tak terfikir pun untuk membeli apa-apa.
Niatnya hanya untuk mencuci mata.
"Ada apa-apa yang Laila teringin ke?""Tak ada.
Saja tengok-tengok.
" Teringin.
Tetapi apa guna dia membeli alat tulis lagi kalau dia sudah habis sekolah.
Bakul kuning itu diambilnya.
"Janganlah tengok saja.
Kalau ada yang berkenan, ambillah.
Nanti aku bayar.
""Kali ni, boleh tak abang bagi Laila bayar sendiri?" Ujar Laila dengan kepalanya sedikit dilentokkan.
Tuan Mizan tersenyum melihat kecomelan Laila.
"Kita tengoklah nanti.
""Ala...." Laila sudah menarik muka kecewa.
"Yelah... cepat jalan tengok apa yang berkenan.
" Tuan Mizan cuba menyembunyikan senyumannya.
"Lepas ni kita pergi makan KFC pula.
"********************Laila memandang Tuan Mizan yang menghentikan keretanya di hadapan Family mart.
"Kita bukan nak balik rumah ke?""Kita singgah la sini dulu.
Beli ais krim.
" Ujar Tuan Mizan sebaik sahaja dia mematikan enjin kereta.
"Jomlah turun.
Tengok apa yang sedap untuk dimakan.
"Masuk saja ke dalam Family Mart, Laila melihat satu persatu.
Semuanya makanan yang dia tidak pernah makan tetapi mengiurkan.
"Puding ni sedap.
" Tuan Mizan mengambil satu bekas puding lalu diberikan kepada Laila.
Dia tahu puding tu sedap kerana Tasya pernah membelinya.
"Macam puding caramel.
""Laila nak apa?""Semua nampak sedap tapi Laila dah kenyang la.
Beli ais krim jela.
""Okey.
Ais krim kena order dekat kaunter.
" Tuan Mizan mengeluarkan dompetnya.
"Eh, tak apa.
Laila ada duit.
"Berkerut dahi Tuan Mizan.
"Simpanlah duit tu.
Yang ini biarlah aku yang bayar.
""Hari tu dekat Watson, abang dah bayar.
Yang beli kerongsang tu pun abang dah bayar.
Makan-makan kat PD dan KL pun abang dah bayar.
Dah banyak sangat abang keluar duit.
Yang ini biarlah Laila pula yang bayar.
""Tak apalah.
Laila kan isteri aku.
Biarlah aku bayar.
""Sikit je barang ni.
Biarlah Laila bayar.
" Laila tetap berkeras.
Tuan Mizan terdiam seketika.
"Kalau macam tu, Laila belanja aku air, boleh?""Boleh.
" Dengan senyuman lebar, Laila menganggukkan kepalanya laju.
"Abang nak air apa?""Aku nak kopi tapi sebab dah malam, aku nak Matcha Latte.
Yang besar tau.
""Ai ai kapten.
" Laju saja kaki Laila melangkah beratur di kaunter.

Sumber:Internet