. Laila tenggelam dengan dunianya sendiri.
Sudah lama dia tidak memaksa otaknya untuk berfikir.
Bila hari ini dia dapat menyentuh kalkulator, muncul perasaan rindu pada zaman sekolah dulu.
Baru dia sedar sudah lama dia tinggalkan bidang kira-kira yang pernah menjadi kesukaannya suatu masa dahulu.
Kerja Laila terganggu bila handphonenya berdendang minta diangkat.
Pensil diletakkan.
Cepat-cepat dia menyelongkar beg tangannya.
Risau jika bunyi handphone tersebut mengganggu Tuan Mizan.
Melihat nama yang tertera di skrin handphone membuatkan Laila bangun lalu melangkah ke sudut hujung bilik.
Dia cuba untuk berdiri sejauh yang mungkin dari Tuan Mizan.
"Lama Laila tak balik sini.
Sibuk sangat ke?"Laila menggigit bibir bawahnya.
"Maaf, mak.
Sekarang ni memang Laila sibuk sikit.
Mak sihat ke? Abah sihat?" bisiknya perlahan.
"Apa yang Laila buat sampai sibuk sangat?" soal Hajar tidak puas hati.
Soalan Laila tak dijawabnya.
"Laila ikut abang.
""Laila ikut dia pergi mana? Takkanlah sampai tak boleh nak balik rumah mak sendiri? Entah kami ni sihat ke tak, makan ke tak.
"Laila tersenyum kelat.
Badannya dipusing membelakangi Tuan Mizan.
"Laila minta maaf.
Nanti Laila cuba tanya dengan abang.
""Takkanlah laki kamu tu langsung tak ada hati perut kot.
Anak nak tengok mak, takkanlah dia nak halang.
Hari tu boleh je Laila datang sini selalu.
Kenapa sekarang dah susah sangat nk datang sini? Takkanlah dah senang, terus lupa kat kami yang miskin ni?"Tak selesa dengan nada suara Hajar, Laila mula melangkah keluar dari bilik pejabat Tuan Mizan.
Dia tidak mahu Tuan Mizan mendengar butir perbualannya dengan Hajar.
"Laila, kamu dengar tak mak cakap apa ni?""Laila dengar.
""Kamu biar mak cakap seorang diri ke?""Mak janganlah cakap macam tu.
Laila tak pernah pun terfikir macam tu.
Cuma sekarang ni Laila selalu ikut abang pergi kerja.
Itu yang tak sempat nak balik rumah mak.
""Kerja apa sangatlah yang kamu boleh buat kalau ikut laki tu? Tolong tabur baja ke?" Soalan Hajar kedengaran pedas di telinga Laila.
"Nanti Laila tanya abang dulu.
" Malas Laila mahu terangkan kepada Hajar.
"Mak ni bukan apa.
Dah lama sangat kamu tak datang sini.
Mak ni ada dua orang anak je.
Kalau dua-dua sibuk macam mana, dah macam kami ni tak ada anak pula.
""Kakak kan ada.
""Kakak kamu tu sibuk.
Nak kena focus belajar.
Asyik memerap dalam bilik je.
Mana ada nak tolong mak ni buat kerja.
""Baik mak.
Nanti Laila cakap dengan abang.
""Yelah.
Dah lama sangat Laila tak jenguk kami ni.
Itu je.
Mak tak naklah sampai kamu lupakan kami.
Carilah masa untuk balik sini.
Nanti kalu kami dah mati, tak perlu susah-sudah balik dah.
" Suara Hajar mula kendur.
"Laila faham mak.
Nanti Laila tanya dengan abang.
" Walaupun begitu, kata-kata Hajar langsung tidak memberi kesan pada Laila.
"Nanti sampaikan salam mak dekat laki kamu.
Assalamualaikum.
" Talian dimatikan.
Laila melepaskan keluhan perlahan.
Skrin handphone yang sudah gelap dipandang lama.
Kalau Hajar tidak hubungi dia, dia pun sudah lupa bila kali terakhir dia ke rumah orang tuanya.
Mungkin tiga minggu yang lalu.
Perlahan-lahan Laila menolak pintu bilik Tuan Mizan.
Matanya mengitai suaminya itu yang masih duduk ditempatnya.
Pintu ditutup rapat.
Dengan wajah serba salah, Laila duduk di hadapan Tuan Mizan.
"Siapa yang call?""Mak," jawab Laila pendek.
Suasana menjadi hening seketika.
Kedua-dua kembali tunduk mengadap kerja masing-masing.
Tetapi Laila tidak tidak dapat focus pada kertasnya.
Kata-kata Hajar masih tergiang di telinganya.
Otaknya berfikir bagaimana dia ingin utarakan persoalan mak kepada Tuan Mizan.
Sesekali hujung pensil diketuk pada permukaan kertas.
"Kenapa?"Laila sedikit tersentak.
Matanya bertentang dengan mata Tuan Mizan yang sedang merenung ke arahnya.
Kenapa dia tidak perasan? "Mak call kenapa?""Mak tanya bila nak datang jenguk diorang," ujar Laila perlahan.
Serba salah dia ingin bercakap.
"Laila nak pergi?"Laila tunduk memandang pensil di tangannya.
Kalau ikutkan hatinya, memang dia tak nak pergi rumah Hajar.
Tetapi pelik pula tiba-tiba saja dia tak nak pergi sana.
Apa alasan nak diberikan nanti?"Kalau macam tu, petang nanti boleh pergi.
""Ha?" Muka Laila sedikit terkejut.
Tuan Mizan memandang jam di pergelangan tangannya.
"Lagi lima belas minit, kita balik.
Terus pergi rumah mak.
""Tapi kan masih waktu kerja.
" Laila memandang jam di skrin handphone yang baru menunjukkan pukul empat petang.
"Kan Laila dah tolong aku buat kerja hari ni.
Banyak kerja yang dah siap.
Tak ada masalah nak balik awal sikit hari ni.
" Tuan Mizan menepuk-nepuk tangan Laila di atas meja perlahan bagi mengusir rasa gusar.
"Nanti kita beli pisang goreng.
"Laila tersenyum tawar.
"Terima kasih.
""Tak payahlah nak berterima kasih.
ย Upah kerja separuh masa hari ni.
" Tuan Mizan tersenyum mengusik.
"Eh, Laila boleh dapat upah ke?""Mestilah dapat.
Mana ada orang kerja free kat dunia ni? Nak masuk toilet pun kena bayar.
Kenapa, Laila tak nak ke?""Laila tak pernah terfikir nak upah," ujar Laila jujur.
Tuan Mizan meletakkan pen di atas meja.
Wajah Laila ditenung lama.
"Hari ni Laila buat kerja bagus.
Laila dah tunjukkan kebolehan Laila.
Laila kena ingat, kalau Laila tak bersusah payah belajar dulu, boleh ke Laila nak buat benda ni semua? Inilah penat jerih Laila menuntut ilmu.
Semuanya ada bayaran.
""Tapi Laila nak tolong abang je.
""Larat ke nak tolong hari-hari dengan percuma?" Tuan Mizan mengangkat keningnya.
"Sampai bila nak tolong free?"Laila terdiam.
"Anggaplah ini kerja part time Laila.
Lagi pun otak aku ni dah penat nak tengok akaun ni.
Kalau ada orang yang boleh uruskan, senanglah sikit.
""Abang percaya dengan Laila?""Percaya.
Aku dah tengok hasil kerja Laila.
Okey, cuma ada sikit perlu dibetulkan dan dibaiki.
Yang lain dah okey sangat.
Belajar lagi, lama-lama pandailah.
"Laila tersenyum lebar bila dipuji begitu.
"Ini baru satu hari.
Esok kita tengok macam mana.
Kalau dah salah, aku marah je.
Salah satu nombor kosong pun dah jauh lari.
Jadi, jangan nak seronok sangat.
"Terus mati senyuman Laila.
Tuan Mizan tersenyum senget.
Seronok dapat mengusik Laila.
Thanks untuk votes yang letup2 tu.
Buat sis serba salah kalau lambat update ๐Sis cuba update sekerap yang boleh.
Sumber:Internet