Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 46

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 46

. Pagi dan petang, Laila hanya berkepit dengan buku kurikulum pendidikan pemandu.
Dia hanya berhenti membaca bila perlu membuat kerja rumah sebab esok dia perlu menduduki peperiksaan berkomputer.
Dia harus buat yang terbaik.
"Pukul berapa ujian tu esok?" tanya Tuan Mizan yang sedang bermain dengan handphonenya.
"Pukul sembilan pagi.
" Pendek saja Laila menjawab.
Matanya masih pada helaian muka surat buku panduan.
"Senang je ujian komputer tu.
Tasya sekali jawab je dah lulus.
Bukan susah pun.
"Laila mengangkat wajahnya.
Betul ke senang? Boleh percaya ke? Tapi macam mana kalau dia gagal? Sudah la dia langsung tidak tahu apa pun  tentang undang-undang jalan raya.
Takkanlah dia mahu jawab ikut suka dia walaupun soalannya objective.
Kata-kata Tuan Mizan hanya menambahkan beban di hatinya.
Bukan dia yang ingin belajar memandu, tapi Tuan Mizan yang suruh.
Langsung tak boleh bawa bincang.
Muktamad.
"Esok pergi dengan cikgu ke?""A'a.
Ada beberapa student lain juga yang naik sekali pergi tempat ujian tu.
""Lepas habis jawab ujian pagi esok, ada aktiviti apa pula?"Hmmmm rasanya dah boleh balik rumah kot.
Laila pun tak pasti.
Kena tanya cikgu balik.
""Nak aku ambil Laila kat sana tak?""Eh, tak payahlah.
Cikgu boleh hantar ke rumah.
"Tuan Mizan diam.
Kembali membelek handphonenya.
*******************Laila sedang menunggu giliran dia untuk menjawab ujian komputer.
  Sebelumnya, ada beberapa remaja yang menduduki ujian dahulu.
Sementara masa masih ada, dia gunakan untuk membaca apa yang patut.
Resah Laila semakin bertambah bila pelajar sebelum dia mula keluar sambil membawa sehelai kertas di tangan.
"Bodoh betul.
Lagi satu je nak lulus.
" Rungut remaja lelaki tersebut dengan wajah sebal.
Laila menelan air liur.
Susah sangat ke nak lulus? Dia sudah bersungguh-sungguh ulang kaji tiga hari ni.
Risau jika dia gagal, nanti apa kata Tuan Mizan.
Takkanlah dia lagi bengap dari Tasya.
Orang tu dah sanggup nak tanggung kos dia belajar memandu, takkanlah dia nak hampakan.
Macam-macam yang bermain di fikiran Laila.
Gemuruh dia seperti ingin masuk ke dalam dewan SPM.
Usai dia menjawab ujian teori undang-undang komputer, Laila melangkah keluar dari pejabat kecil itu bersama sehelai kertas putih di tangan.
Senyumannya terukir lebar.
Tak sangka markahnya 49/50.
Tanda yang otaknya masih belum berkarat.
Tak adalah dia malu untuk memberitahu Tuan Mizan nanti.
"Laila.
"Laila berpaling ke arah suara yang memanggil namanya.
Kelihatan Tuan Mizan berdiri di hadapan keretanya.
"Apa abang buat dekat sini?" Kakinya melangkah menghampiri Tuan Miza.
Matanya melilau memandang sekeliling mencari seseorang.
"Saja aku datang sini.
Kebetulan ada lalu kawasan ni, aku singgahlah.
Macam mana dengan ujian? Lulus tak?"Semakin lebar senyuman Laila sambil menyerahkan kertas tersebut kepada Tuan Mizan.
Dengan wajah yang sedikit berkerut, Tuan Mizan membaca markah yang tertulis di situ.
Almaklumlah, rabun dekat, cemin mata pula tak bawa.
"Wow.
Tahniah.
Sebab tu study sampi tak pandang kiri kanan.
""Laila pun macam tak percaya boleh lulus.
Ingatkan gagal tadi.
" Tersengih Laila menayangkan giginya yang tersusun cantik.
"Kan bini aku ni pandai.
" Tuan Miza mengusap kepala Laila.
"Jom kita pergi makan untuk raikan hari ni.
"
Sumber:Internet