Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 48

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 48

. Walaupun penat setiap hari mengikut Tuan Mizn berkerja, tetapi Laila berpuas hati.
Banyak perkara yang dia dapat timba.
Tuan Mizan pula melayan dan berikan tunjuk ajar dengan baik.
Dalam menimba ilmu baru setiap hari, Laila sering terganggu dengan panggilan dari Hajar.
Ada saja permintaan Hajar padanya.
Kali ni Hajar cakap yang dia teringin hendak makan kek batik.
Tidak mahu yang beli di kedai, tak sedap katanya.
Dia mahukan yang Laila buat.
Laila melepaskan keluhan perlahan.
Membuat kek batik bukanlah susah mana.
Sepuluh minit pun dah boleh siap.
Tapi dia tahu nanti bukan setakat kek batik saja yang dia perlu buat, ada banyak lagi kerja yang menanti dia di rumah itu.
Tuan Mizan bukan tidak perasan dengan wajah tidak seronok Laila.
Tapi dia hanyalah orang luar untuk masuk campur.
Laila tidak berniat untuk lupa budi or lupa diri bila sudah berkahwin, tapi sejak akhir-akhir ni dia memang malas hendak menapak ke rumah Hajar.
Kalau di rumah Tuan Mizan, dia hanya perlu melayan kerenah Tuan Mizan seorang saja.
Tapi kalau dia ke rumah Hajar, dia perlu melayan kerenah tiga orang walaupun Salem bukanlah jenis yang suka mengarah tetapi sebagai anak, dia perlu buat.
Mungkin kerana dia sering dimanjakan oleh Tuanย  Mizan sehingga dia tidak betah untuk melayan kerenah Hajar dan Tiara lagi.
Ingatkan hujung minggu dapatlah dia bersantai di rumah dan merehatkan diri.
"Laila ada berjanji dengan mak nak datang pukul berapa ke?" tanya Tuan Mizan.
"Tak ada.
Cuma Laila cakap akan datang hari ni.
Mak nak makan kek batik.
""Bahan dah buat kek batik tu mak dah beli ke atau pun kita nak kena beli?""Entah.
Laila tak tanya pula.
Mungkin mak dah beli kot.
" Acuh tak acuh saja Laila menjawab.
Dia tidak kisah.
Kalau bahan-bahan belum beli, lagi mudah untuk dia.
Tak perlulah dia masak nanti.
Tuan Mizan merenung ke wajah Laila dalam-dalam.
Lain perangai isterinya hari itu.
"Kita pergi lepas zohorlah.
Tengahari ni kita makan dekat luar.
Laila nak makan apa?"Laila mengangkat wajahnya untuk berfikir seketika.
"Tak kisah.
Laila ikut abang je.
""Laila ni asyik ikut orang lain punya selera.
Tak ada benda yang Laila teringin nak makan ke?"Laila terjeda.
Perlahan-lahan kepalanya digeleng.
Memang buat masa ni dia tidak terasa hendak makan apa-apa.
Perutnya pun masih kenyang dengan bihun goreng pagi tadi.
"Nak pergi makan asam pedas?""Boleh.
"*************************Di kedai makan, Tuan Mizan memerhati Laila yang menyuap nasi perlahan-lahan.
"Kenapa ambil nasi separuh je? Tak sedap ke asam pedas kat sini?""Sedap.
Ikan ni sedap.
Cuma Laila kenyang.
"Dahi Tuan Mizan berkerut tidak percaya.
"Laila masih fikir pasal kereta tu ke?"Terhenti suapan Laila.
Baru je dia ingin lupakan perihal dia calarkan kereta Tuan Mizan tetapi boleh pula lakinya itu bangkitkan kembali.
"Laila tak perlulah rasa bersalah sangat.
Tasya dulu lagi teruk.
Masa dia mula-mula dapat lesen kereta, dia langgar lori jiran yang parking kat tepi jalan.
Lama jugalah kereta tu tersadai kat bengkel.
""Tasya tak serik ke?" tanya Laila penuh minat.
"Serik? Tak cukup satu kes, yang kali kedua, dia reverse langgar dinding rumah dengan kereta Axia dia tu la.
""Abang tak marah ke?" Ternganga Laila mendengar cerita Tuan Mizan.
Tetapi dia tengok Tasya tu macam hebat dalam memandu.
Setakat nak drive ulang alik dari UiTM Shah Alam ke Bukit Gambir, kacang je bagi gadis itu.
"Nak marah macam mana.
Tak ada sesiapa pun minta untuk langgar atau rosakkan kereta.
"Laila dah boleh agak jawapan Tuan Mizan kerana sepanjang dia hidup bersama Tuan Mizan, dia tidak pernah melihat suaminya itu marahkan Tasya.
Berbeza sekali layanan Tuan Mizan pada anak daranya berbanding dengan anak lelaki.
"Tasya tu nampak je okey tapi dulu dia pun tak berapa nak betul juga.
Masa test JPJ pun kena mengulang.
""Abang kata Tasya lulus dengan sekali ujian je.
""Itu ujian teori.
Praktikal gagal.
""Abang, Laila nak tanya sikit, boleh?""Tanyalah.
" Tuan Mizan mengasingkan tulang ikan lalu diletakkan isi ikan tersebut ke dalam pinggan Laila.
"Kenapa abang layan Tasya tu baik sangat?" Berhati-hati Laila cuba untuk menyusun ayat agar tidak timbul salah faham.
"Baik? Baik macam mana tu? Apa maksud Laila?"Laila menelan air liur.
Dia tersalah cakap ke? "Laila bukan nak tegur atau nak pertikaikan cara abang layan Tasya, cuma Laila teringin nak tahu.
Betul ke anak perempun ni sentiasa akan jadi princess ayah dia sampai bila-bila?"Tuan Mizan tersenyum kecil.
"Princess? Aku tak terfikir pula macam tu.
Cuma aku memang layan Tasya baik supaya nanti bila dia nak cari suami, pastikan dia cari suami yang boleh layan dia lebih baik dari aku layan dia.
Lelaki tu mesti lebih bagus dari aku.
"Lebih baik dari Tuan Mizan? Bagi Laila, Tuan Mizan itu sudah cukup baik.
Adakah lelaki yang lebih baik dari Tuan Mizan?"Nak tambah nasi lagi?""Tak nak.
Laila dah penuh.
""Betul ni?""Betul.
Memang Laila dah kenyang.
""Tapi ikan ni banyak lagi ni.
Rugi tak habiskan.
"******************Laila memotong kek batik yang sudah sejuk ke dalam piring.
Lalu dihidangkan di ruang tamu untuk makan petang sambil bersantai.
Walaupun kek batik itu dia sendiri yang buat tapi dia tidak terasa untuk makan.
Tuan Mizan yang tidak gemarkan makanan manis turut mengambil sepotong kek batik bagi menghargai sang isteri.
Laila sekadar menghirup tea o panas yang dibancuh oleh Hajar.
Haus tekaknya dengan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini.
Tiara pula hanya memerap di dalam bilik.
Langsung tidak keluar untuk bertegur sapa.
Laila tidak kisah.
Biarlah Tiara macam tu dari asyik meminta duit darinya.
Bukannya dia ingin berkira tetapi dia sendiri malu dengan Tuan Mizan bila duitnya cepat saja habis.
"Habis satu daerah ni buat penanaman semula pokok pisang.
Memang bukan kawasan kita je yang kena serang dengan penyakit.
Saya dengar negeri lain pun kena benda yang sama.
" Salem berbual dengan Tuan Mizan.
"Betul.
Pendek kata, memang semenanjung sekarang ni kekurangan pisang.
Sebab tu pisang naik harga sekarang," terang Tuan Mizan.
Walaupun banyak lagi kerja lain yang perlu dilakukan, Laila tetap duduk di ruang tamu.
Sekurang-kurangnya dia sudah membuat kek batik untuk Hajar.
Kerja lain, sekejap lagilah dia buat.
Dia mahu duduk seketika.
"Oo... Patutlah harga pisang mahal sekarang.
" Sampuk Hajar.
Laila menelan air liurnya beberapa kali bila tekaknya terasa payau selepas minum air teh o yang dibuat oleh Hajar.
Mungkin Hajar terlebih rendam uncang teh membuatkan air menjadi kelat.
Sepotong kek batik diambil lalu disuapkan ke dalam mulut bagi menghilangkan rasa payau di tekak.
Tapi rasa manis kek tersebut membuatkan tekaknya semakin tidak selesa.
Dengan wajah yang sedikit berkerut, Laila bangun menuju ke dapur.
ย  Segelas air kosong diteguk rakus.
Lehernya diurut perlahan.
Pelik dengan dirinya yang terasa lain hari tu.
Ehem ehem ehem ๐Ÿ™ˆCepatlah vote.
Baru semangat nak update lagiBtw sis terhibur baca pengalaman masing2 masa mula2 dapat lesen.
๐Ÿ˜˜
Sumber:Internet