. Kelihatan wajah Tuan Mizan berubah tegang.
Rahangnya bergerak-gerak dan kedua-dua belah tangannya dikepal.
"Ayah dah janji yang ayah takkan marah.
" Cuak Tasya melihat perubahan wajah Tuan Mizan.
Tuan Mizan meraup wajahnya kasar.
Nafasnya dihela.
Matanya melilau memandang sekeliling sebelum matanya jatuh pada wajah Tasya.
"Kenapa baru sekarang nak cerita?" "Tasya takut.
Tasya serba salah.
Ini abang, ini mama.
Tasya tersepit.
Lagi pun Tasya takut ayah marah.
""Habis tu kalau tak cerita, aku tak marah? Tasya boleh diam je selama ni?" Tuan Mizan merengus marah.
Memikirkan kini meraka di hospital, sedaya upaya Tuan Mizan mengawal nada suaranya.
"Ayah dah janji ayah takkan marah.
""Orang gila saja yang tak marah kalau dengar cerita macam ni.
Aku nak balik.
" Tuan Mizan sudah berpusing untuk keluar dari ruang tersebut.
"Ayah, takkan ayah nak tinggal mama dekat sini? Kesian kat mama.
" Tasya cuba menahan Tuan Mizan.
Langkah Tuan Mizan terhenti.
Dia kembali berpusing memandang Laila yang masih terbaring di katilnya.
"Mesti mama belum makan apa lagi tu.
Tasya pergi cari air dengan makanan sekejap, ayah temanlah mama dulu.
"Tuan Mizan menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.
Cuba menenangkan amarah di dada.
Tanpa memandang Tasya, Tuan Mizan menghampiri katil Laila.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di sebelah katil Laila.
Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menyoal semuanya pada Laila tapi disabarkan hatinya memandangkan keadaan Laila yang masih belum stabil.
"Tasya pergi beli air dengan nasi kat cafe dulu," ujar Tasya seraya kakinya melangkah keluar dari ruang kecemasan.
Pada masa yang sama, kalut Tasya mengeluarkan handphone dari poketnya lalu menghubungi seseorang.
Panggilan pertama tidak berjawab.
Tasya cuba lagi sekali sehingga orang sana menjawab panggilannya.
"Angah, Angah kena balik rumah ayah sekarang.
" Tanpa memberi salam, Tasya terus menggesa Razlan.
"Eh, eh.
Apa ni? Tiba-tiba nak suruh Angah balik rumah ayah kenapa? Ayah sakit ke?""Bukan ayah yang sakit.
Tapi lebih teruk dari tu.
Angah kena balik sekarang juga.
""Yelah, tapi kenapa? Angah tengah kerja ni.
""Tasya takut ayah gaduh dengan Along nanti.
Angah balik la.
""Laa.. kenapa pula ayah nak gaduh dengan Along pula?""Angah ni banyak soalan la.
Angah balik jela.
Sekarang!" Tasya semakin tidak senang.
"Dah tua-tua macam ni nak gaduh apa lagi? Angah tak faham la.
""Ya Allah, Angah ni.
Balik jela.
Nanti Tasya cerita dengan Angah.
Tasya kat sini dah risau.
Kalau ayah dengan Along gaduh nanti, Tasya nak buat apa? Takkan nak call polis? Angah balik la.
""Jap, Tasya kat mana ni? Ayah tengah buat apa? Along pula buat apa?""Tasya kat hospital.
Ayah..." Belum sempat Tasya menghabiskan ayatnya, Razlan sudah memotong.
"Siapa yang masuk hospital? Ayah gaduh dengan Along sampai masuk hospital ke?" Suara Razlan mula risau.
"Belum lagi.
Diorang belum gaduh sampai masuk hospital.
Tapi Angah nak ke diorang masuk hospital?" Suara Tasya mula meninggi.
Geram dengan Razlan.
"Ish Tasya ni.
""Mama yang masuk hospital.
Angah balik la sekarang.
Kalau Angah tak balik, nanti Tasya call polis.
Biar kecoh satu kampung.
"
Sumber:Internet