Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 57

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 57

. Pembawakan budak membuatkan Laila hanya melepek di meja makan.
Matanya memandang Hajar yang sedang memasak.
Bukan dia tidak mahu tolong, tapi keadaan badannya lemah membuatkan dia hanya terduduk di situ.
Kepalanya diletakkan di atas meja makan berlapikkan lengannya.
"Laila, kau tak tolong mak masak ke? Takkan kau nak biarkan mak yang dah tua tu buat kerja rumah seorang.
" Tiara yang baru pulang rumah entah dari mana, menegur Laila.
Dahinya berkerut tanda tidak puas hati.
Laila mengangkat kepalanya lalu bersandar pada kerusi.
"Biarlah Laila tu rehat.
Dia tak sihat tu," bela Hajar.
"Demam ke?"Laila menggelengkan kepalanya.
"Laila tak demam.
Dia mengandung," terang Hajar bersama senyuman.
Seronoklah Hajar bila tahu Laila hamil.
Semakin besarlah peluang anak perempuannya itu merebut harta Tuan Mizan nanti.
Tak sia-sia dia gantikan pinangan tu dengan Laila.
Kalau tak, melepaslah lombong emasnya nanti.
"Mengandung? Seriuslah Laila mengandung?" Bulat mata Tiara memandang Laila dan Hajar bersilih ganti.
Kerusi di sebelah Laila ditariknya lalu duduk.
Laila tersenyum tawar.
Dia bagaikan boleh agak apa yang aka menyusul dari mulut Tiara nanti.
Pastinya bukan perkara yang menyenangkan hati.
"Dah berapa bulan?" Tiara memandang Laila atas bawah.
Mencari perubahan pada batang tubuh Laila.
"Baru dua bulan," jawab Laila.
Tiara terjeda seketika.
"Aku tak sangka pula kau boleh mengandung.
"Berkerut dahi Laila.
"Tak.
Maksud aku, laki kau tu.
Dia dah sentuh kau? Dah berapa lama? Yelah, ikan depan mata, takkan nak tengok je kan?""Ish, apa Tiara cakap macam tu? Dah diorang laki bini, memanglah mengandung," marah Hajar yang mendengar dari tadi.
Laila buat muka tidak selesa.
Ya, dia tidak suka orang lain masuk campur urusan dalam kelambunya.
"Kakak dari mana ni?" soal Laila untuk mengubah topik.
"Aku keluar dengan kawan.
Teman dia pergi beli baju baru," jawab Tiara malas.
Halnya tidak menarik untuk dibualkan.
Apa yang lebih menarik adalah tentang Laila yang sudah berbadan dua.
"Kau nampak bahagia sekarang, kan?""Alhamdulillah.
Laila bersyukur dengan apa yang Laila ada.
  Laila doakan kakak pun dapat suami yang baik nanti.
" Laila tidak pasti sama ada dia ikhlas berkata begitu atau pun sekadar berbahasa.
"Itulah Tiara.
Siapa suruh Tiara tolak Tuan Mizan tu.
Kan dah terlepas durian runtuh," bebel Hajar.
"Eh, apa Tiara pula? Bukan mak ke yang nak tolak pinangan Tuan Mizan tu sebab Tiara tengah belajar?" marah Tiara.
"Amboi.
Nak salahkan mak pula.
Tiara yang beria-ria tak nak Tuan Mizan tu sebab dia dah tua kan? Beria suruh mak gantikan tempat Tiara dengan Laila.
Mak ni belum nyanyuk lagi tau.
" Hajar mula bertekak dengan Tiara.
Laila menayangkan muka tidak puas hati.
Lupakah mereka, lelaki yang diorang bahaskan itu adalah suami Laila? Sudah lupakah mereka berdua yang dia masih berada di situ?Mata Tiara beralih pada wajah Laila.
"Tuan Mizan tu layan kau okey ke?""Alhamdulillah, okey sangat," jawab Laila.
"Apa reaksi laki kau bila tau kau mengandung? Dia okey ke? Dah tua macam tu, dia nak anak lagi ke?" Bertubi-tubi Tiara menyoal Laila.
"Selalunya duda yang dah ada anak ni, bila kahwin lain, dia nak pasangan je.
Tak nak anak baru.
"Laila menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong.
Senyuman cuba diukirkan.
Baru dia ingin membuka mulut, Hajar terlebih dahulu memotong.
"Anak tu kan rezeki Allah.
Apa pula tak sukanya.
Berani Tuan Mizan tu nk tolak anak dari benih sendiri? Dah mengandungkan anak mak, dah lepas sedap, pastu nak lepas tangan? Memang sampai lubang cacing mak ganyang dia nanti.
"
Sumber:Internet