Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 59

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 59

. Tuan Mizan's POVBukan Tuan Mizan tidak perasan sikap Laila yang kekok bila bersama dengannya.
Nak bercakap pun tergagap-gagap.
Apatah lagi ingin duduk bertentang mata.
Hendak dipaksa, dia tahu Laila masih belum boleh menerima keadaan mereka begitu.
Sebab itu dia dengan rela hati menghantar Laila ke rumah Salem.
Tuan Mizan menghulurkan beberapa keping duit kepada Laila.
"Eh, tak perlu.
Saya tak pergi mana-mana pun.
Saya duduk rumah je.
" Terkejut dengan pemberian Tuan Mizan, cepat-cepat Laila menolak duit itu.
"Ambillah.
" Tuan Mizan berkeras lalu diletakkan duit itu atas tapak tangan Laila.
Tuan Mizan tersenyum di dalam hati.
Suka dengan sikap polos dan malu-malu Laila.
Nak bercakap pun tak berani memandang matanya.
Lagilah dia suka memandang wajah kemerahan itu.
Matanya bagaikan tidak mahu berganjak dari memandang wajah Laila membuatkan dia menarik tangan Laila agar merapat padanya.
Bibir yang sedang tersenyum itu dikucupnya.
Buat bekal untuk dua hari nanti.
Di dalam dada, hatinya mula berdendang nama Laila.
Kasihnya tumpah buat gadis itu.
*****************Semakin lama dia hidup dengan Laila, semakin dia cuba kenali isterinya itu.
Tapi bila dia rasa dia mula kenal, muncul cerita-cerita yang membuatkan dia tidak mampu hadam kehidupan yang macam manakah Laila lalui selama ini? Dia tahu keluarga Laila suka mengambil kesempatan atas kebaikan dan kelembutan Laila.
Tapi sebab itu urusan keluarga mereka, dia tidak mahu masuk campur.
Sehinggalah dia mendengar sendiri kata-kata yang keluar dari mulut Tiara kepada Laila.
Kalau ikutkan hatinya yang tengah panas, mahu saja dia megherdik Tiara.
Tapi dia tahu, Laila mesti tidak suka dia berbuat begitu.
Sebab itu dia mengambil keputusan untuk diam.
Biarlah sehingga Laila sendiri yang mahu bercerita padanya.
Buat masa ini, dia hanya mampu sediakan bahu untuk Laila.
*******************************Hati Tuan Mizan dijentik rasa cemburu bila topik bekas teman lelaki menjadi topik perbualan anak menantunya bersama isterinya.
Laila pernah ada boyfriend? Siapa? Kenapa Liala tidak berkahwin dengan lelaki itu saja? Kenapa setuju untuk berkahwin dengan Tuan Mizan?Perasaan ingin tahu membuatkan Tuan Mizan melabuhkan punggungnya di sebelah Laila.
Tapi perbualan tersebut terhenti.
Masing-masing cuba melarikan diri.
Tipulah kalau dia tidak rasa cemburu.
  Tapi jauh di sudut hatinya, ada benda lain yang mengganggu.
Adakah sebab dia, Laila tidak dapat bersama dengan lelaki pilihannya? Kalau dia dah mati nanti, bolehlah Laila berkahwin dengan lelaki tersebut, kan?'Aku tak boleh pentingkan diri sendiri.
Aku dah rampas kebahagian Laila.
Laila masih muda, dia berhak untuk bina hidup baru lepas kematian aku nanti.
' Dia bermonolog sendirian di dalam hati.
*****************************Kepala Tuan Mizan rungsing bila dia memikirkan kebarangkalian Laila mengandung.
Dia belum bersedia.
  Dan dia tidak pernah terfikir tentang ini.
Dia sangka Laila takkan mengandung sebab itulah dia tidak pernah menitik beratkan pasal perancangan keluarga.
Tuan Mizan mengutuk kealpaan sendiri.
Sepatutnya dia yang berpengalaman tidak seharusnya terlepas pandang perkara macam ni.
Bila gelombang pertama ura-ura Laila mengandung, dia sudah tidak senang duduk.
Dikiranya kitaran haid Laila yang entah tidak pasti tarikhnya.
Nak makan pun jadi tidak selera.
Tapi bila Laila datang haidnya, bagaikan terhapus beban yang dipukul beberapa hari itu.
Dadanya terasa lapang.
Muka mampu tersenyum lebar.
Selamat.
Tepaatlah seperti sangkaanya, Laila takkan mengandung.

Sumber:Internet