Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 6

. Sudah setengah jam Laila memerap di dalam dalam bilik air.
Air matanya tidak berhenti turun.
Habis setiap inci tubuh badannya disental berkali-kali sehingga terasa perit.
Giginya sudah digosok tiga kali bersama juraian air mata yang tidak henti.
Setiap inci tubuh badannya yang disentuh Tuan Mizan terasa jijik.
Bagaikan tercalit lumpur degil yang susah ditanggalkan.
Setiap kali terbayangkan wajah Tuan Mizan yang hitam manis, dia terasa kembang tekaknya.
Loya.
Dia jijik dengan dirinya sendiri.
Laila memandang tapak tangannya yang sudah kecut kesejukan.
Sampai bila dia ingin berkurung di dalam bilik air?******************Pagi itu buat pertama kalinya Laila memendam perasaan dendam.
Keluarga yang selama ini dia sayang, bertukar perasaan benci.
Wajah mereka langsung tidak menunjukkan riak bersalah.
Masing-masing tersenyum gembira kerana rancangan mereka berjaya.
Berjaya menyelamatkan diri masing-masing.
Keluarga yang dia sepatutnya bergantung harap dan melindungi dirinya ternyata sanggup jadikan dia sebagai kambing hitam.
Memang ternyata selama ini Salem dan Hajar tidak menyayanginya.
Dia saja yang buta menilai.
Kerana mereka, dia terpaksa hidup bersama dengan orang tua itu.
Ah, dia benci semuanya.
Agaknya sudah lama mereka ingin menghalau dirinya keluar dari rumah itu.
Tapi menunggu masa yang sesuai saja.
Laila menjinjit bag pakaiannya yang bersaiz sederhana.
Wajah Salem, Hajar dan Tiara dipandang satu persatu.
Melihat mereka tersenyum lagi menambahkan rasa sakit dihatinya.
"Laila dah jadi isteri orang.
Duduk rumah orang tu, buat prangai elok sikit.
Dengar cakap suami.
" Pesan Hajar.
"Laila kalau nak balik sini, bila-bila masa pun boleh balik sini.
Bukannya jauh sangat pun rumah kita.
" Tambah Salem.
Laila diam tidak membalas.
Tiada senyuman yang mampu diukir.
"Yela.
Rumah kita tak jauh.
Aku tak kisah kalau Laila nak balik sini bila-bila.
Kamu pun dialu-alukan datang rumah aku nanti.
Janganlah nak segan pula.
" Ujar Tuan Mizan.
Dari tadi, Tiara hanya tersengih-sengih.
Wajahnya seperti ketawakan Laila.
Bukan Laila tidak perasan.
Tiara seperti tersenyum kemenangan.
"Zaman dah canggih.
Boleh call, boleh buat video call.
" Tambah Tuan Mizan.
Ah, tak ada maknanya mereka akan call.
Gerutu Laila di dalam hati.
Laila mengikut langkah Tuan Mizan perlahan menuju ke kereta pacuan empat rodanya.
Kepalanya ditunduk memandang tanah.
Berat hatinya.
Tetapi dia sudah hilang arah punca.
Keluarganya sendiri sudah membuang dirinya.
Pada siapa lagi yang dia boleh bergantung harap.
Walaupun perit, tapi dia terpaksa sandarkan harapannya kepada Tuan Mizan.
Diharapkan dia masih boleh menumpang berteduh di rumah orang tua itu.
Tiara menghampiri Laila lalu berbisik.
"Janganlah nak buat muka sedih sangat.
Semalam bukan main lagi kan? Sampai tinggal love bite bagai.
" Sinis ayat Tiara.
Laila mengertap bibirnya geram.
Rasa dendam di dalam hatinya semakin meluap-luap.
Hari ini dia terasa seperti kucing kurap yang dihalau dari rumah.
Dia nekad.
Dia akan lakukan sesuatu suatu hari nanti.
Dia takkan biarkan mereka pergunakannya sesuka hati seperti ini lagi.
**********************Kereta pacuan empat roda Tuan Mizan berhenti di perkarangan rumah yang dicat kelabu cerah.
Walaupun rumah itu hanya satu tingkat, tetapi kelihatan mewah dengan halaman yang dijaga rapi.
Perlahan-lahan Laila turun dari kereta.
Matanya memandang ke pintu rumah.
Di sinilah tempat tinggalnya mulai sekarang.
"Jomlah masuk.
" Ajar Tuan Mizan seraya membawa beg pakaian Laila.
Kakinya terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam rumah.

Sumber:Internet