Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 60

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 60

. Laila bercekak pinggang memandang kotak baby cot yang tersandar di dinding.
Otaknya nakal untuk memasangnya sendiri.
Sengaja dia tunggu Tuan Mizan pergi kerja, barulah dia boleh mulakan projek yang tak diikhtiraf oleh lakinya itu.
Matanya sempat menjeling cctv yang berada di siling ruang tamu.
Sejak kes dari dia keluar rumah tanpa beritahu Tuan Mizan, selang beberapa hari selepas itu Tuan Mizan upah orang pasang cctv di rumahnya.
Ada empat semuanya, satu di hadapan pintu masuk, ruang tamu, dapur dan juga di pintu dapur.
Senang lakinya itu ingin memantau Laila jika Laila tidak menjawab call.
Nasih baik Tuan Mizan tak pasang di dalam bilik tidur.
Haru.
Dagu yang terasa gatal, digaru perlahan.
Baby cot ni baru sampai petang semalam tapi Tuan Mizan masih belum sempat pasang lagi.
Tapi Laila sudah tidak tahan melihat baby cot yang masih berada dalam kotak.
Laila masuk ke dalam bilik tidur.
Dia melihat susun atur perabot yang sedia ada.
Otaknya berfikir di mana dia mahu letakkan baby cot tersebut.
Sudah semestinya di sebelah tempat dia tidur.
Tapi macam mana? Kalau dia letak di situ, ruang bilik akan jadi kecil.
Dan ruang untuk solat pun tidak ada.
Tak sesuai.
Dia perlu ubah susun atur perabot.
Mungkin dia boleh mulakan dengan almari baju.
Tapi almari baju tu berat nak mati kerana penuh dengan baju.
Tak ada pilihan, dia terpaksa memunggah semua baju lalu diletakkan di atas katil.
Menimbun.
Bila almari baju sudah kosong, Laila cuba menolak almari itu menggunakan bahunya perlahan.
Berhati-hati dia menolak dan almari tersebut perlahan-lahan berganjak dari tempatnya.
Lebar senyuman Laila bila dia berjaya menolak almari tersebut.
Bila penat menggunakan bahu, dia menolak menggunakan belakang badannya dengan cara jalan mengundur.
Puas hati dengan kedudukan almari tersebut, Laila mula menyimpan kembali pakaian yang dilonggokkan di atas katil.
Kemudian dia mengubah pula kedudukan katil.
Nasib baiklah katil itu katil divan, senanglah dia menggerakkan satu persatu bahagian katil tersebut.
Cuma tilam sahaja yang berat.
Semput dadanya mencari nafas.
Laila merebahkan badannya di atas katil.
Cuba merehatkan badan yang terasa penat.
Pinggang juga mula terasa sengal.
Tapi senyuman kepuasan jelas terukir di wajah.
Puas hatinya.
Sepuluh minit Laila merehatkan diri kemudian dia bangun menghampiri meja solek.
Kini meja itu pula yang ditariknya.
Puas hati dengan susun atur perabot, dia melangkah keluar dari bilik.
Kotak baby cot yang berat, dia cuba untuk angkat tapi tidak berjaya.
Akhirnya dia mengheret kotak tersebut masuk ke dalam bilik.
Dia perlu cepat.
Risau jika Tuan Mizan perasan di cctv nanti.
Musnahlah projeknya kali ini.
Laila duduk bersila di atas karpet.
Tangannya membelek manual pemasangan baby coat tersebut.
Dahinya sedikit berkerut cuba memahami step yang ditulis.
Macam mana ni?****************************Jarum jam sudah menunjukkan pukul lima petang.
Kalut Laila masuk ke dapur.
Dia terlalu fokus mengemas bilik sehingga tidak sedar hari sudah berganjak petang.
Ikan yang masih beku, diletakkan di bawah aliran air agar cepat lembut.
"Laila!"Laungan suara Tuan Mizan dari dalam bilik tidur membuatkan Laila tersengih nakal.
Api dapur dimatikan lalu dia melangkah ke bilik tidur.
Tapi belum sempat dia sampai bilik, Tuan Mizan terlebih dahulu muncul di hadapannya.
"Laila, sini.
" Tuan Mizan menarik tangan Laila masuk ke dalam bilik.
Dengan senyuman yang cuba disembunyikan, Laila mengikut langkah Tuan Mizan.
"Siapa yang ubah almari baju dengan katil ni?""Abang tak suka ke?" Laila cuba menduga dari riak wajah Tuan Mizan.
Risau juga kalau suaminya itu tidak berkenan dengan susun atur yang baru.
Tapi itu saja cara untuk meletakkan baby cot di tepi katil.

Sumber:Internet