. Raisha memandang wajah Safa.
Segala perkara yang pernah dilakukannya terhadap wanita itu bermain di layar mindanya.
"Safa.." panggilnya perlahan membuatkan Safa menoleh dan seperti biasa, wajah manis itu di serikan lagi dengan senyumannya.
"I minta maaf sangat dengan you.. everything I had done to you, I know it's quite impossible untuk di maafkan... I menyesal buat macam tu.. to be honest, you adalah wanita pertama yang I hormat dan pandang you lain.
" terasa hangat kelopak matanya menuturkan kata-kata itu.
Safa menggosok bahu Raisha dengan perlahan.
"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan saya percaya setiap yang berlaku bersebab.
Saya dah maafkan semua orang dan jujur, tak berbekas langsung dekat hati saya.
Banyak yang saya belajar dari semua ni.." Safa berhenti seketika, tersenyum.
Dia menggelengkan kepalanya.
"Tak.. saya hanya wanita biasa.. seperti semua mereka di luar sana.
Saya bukan Wanita Lindungan Kaabah, saya juga bukan wanita sempurna mahupun luar biasa.
Saya hanya saya, Safa Safiyyah.
Tiada apa yang istimewanya tentang saya.." Raisha hanya tersenyum.
'Safa, awak terlalu merendahkan diri.
' katanya di dalam hati.
Seketika, wajah Safa di pandangnya semula.
"Thanks, Safa!" Safa mengerutkan dahinya.
Angin tak ada, ribut tak ada tetiba saja Raisha mengucapkan terima kasih.
"Er.. sebab?" soal Safa, hairan.
"Thanks sebab you maafkan I, terima I as kawan you.
" Raisha menggengam tangan Safa.
Safa tertawa kecil.
"It is my pleasure.. Eh! You said there's something you nak bagitau I?" Safa teringat mengenai panggilan telefon mereka hari itu.
"Oh! Safa, I nak pindah dekat New York.
" "Hah?! New York?! Untuk apa?" Raisha mengisyaratkan supaya Safa mengawal suaranya.
"Yes.. New York! I nak start my clothing line dekat sana.
" Safa memandang wajah Raisha kali ini, memberikan sepenuh tumpuan.
"Tapi kenapa? You can start it from here.. Ghina and Imran?" Kurang bersetuju Safa mengenai Raisha berpindah ke sana.
"Dia orang ikut I.. mana boleh jauh.. Ya, but it is better if I introduce dengan terus ada dekat sana kan? Alaa.. Safa.
Kita ni hidup zaman moden, Skype.. FaceTime kan ada?" Raisha memberikan senyuman kepada Safa.
"I'd miss you.
And baby Gee.." Safa dan Raisha berpelukan.
__________________________________________________________________ "Berborak panjang tadi?" tegur Arif yang muncul tiba-tiba, mengganggu konsentrasi Safa yang sedang membaca.
"Ya Allah.. terkejut lah! Beri lah salam dulu.
" tegur Safa, tidak suka diterjah.
Arif ketawa kecil, suka melihat wajah Safa tegang.
"Sorry lah, cupcake.
" Arif mencuit pipi Safa yang tembam itu.
Safa menjongket-jongketkan keningnya.
"Cupcake?" Arif bangkit dari duduknya.
"Yalah, yang.
Tak nak cupcake, panggil dodol je lah.
" katanya dan terus berlalu meninggalkan Safa.
___________________________________________________________________ Arif berbaring mengiring menghadap Sharif yang nyenyak tidur.
Anaknya itu memang kaki tidur.
"Sharif, one day, you're going to be a grown up.. just like papa.
You're going to marry a woman of your choice too.. In Sya Allah.
Jadikan mama as your dream girl.
Find a daughter of a respected man like mama, find an excellent student like mama, find a wonderful wife just like mama.. but never be a man like me.
I've done a lot of things that hurt her feelings.. tapi mama.. she's ju I can't describe this.. she is.. a WOW woman for me.
Pemaaf, Sabar, Lemah Lembut... she has all the package.. Jadi anak soleh, Sharif.
Make Mama, who fought for her life just for you and me proud.
" Satu ciuman di hadiahkan pada pipi itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Ummm... awak..." Safa menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal, ragu-ragu untuk menegur Arif.
Arif memberikan satu pandangan tajam kepada wanita itu.
Wanita yang baru dikahwininya dan amat tidak disukainya.
"Awak.. ummm.. saya tahu.. ummm.. s.. saya isteri awak perkataan seterusnya bagaikan terlekat dan tidak diluahkan apabila Arif sudah berdiri di hadapannya.
Membuatkan Safa menunduk, kecut perutnya.
"Kau ulang sekali lagi.. apa kau cakap?" Arif mendekatkan tubuhnya ke arah Safa.
"Saya isteri awak tapi nak buat tu saya belum ready dan I know its a tanggungjawab tapi beri saya masa.
" kata Safa, sepantas kilat.
Malu dan takut berhadapan dengan lelaki itu.
Arif ketawa, sinis.
"Isteri? Kau yakin ke aku terima kau ikhlas? Hey! Perempuan jalang.. kau dengar sini, aku tak suka kau dan kau tak layak jadi isteri aku! Oh.. aku ingatkan kau dah biasa gadai badan dengan orang.... Hey! Aku tak ingin lah dengan perempuan macam kau.
Tak ada selera.
" katanya, penuh lagak dan angkuh bunyinya.
Safa pantas mengesat air matanya.
Terkilan dan kecil hati dengan kata-kata yang dituturkan oleh Arif.
Sungguh jijikkah dirinya pada mata lelaki itu? Satu senyuman diukir kepada Arif.
"Okay.. tak apa.
Saya faham.
Awak nak coffee?" Safa cuba berbaik, kerana dia bersangka bahawa Arif hanya terlebih emosi.
Arif membaling pasu bunga kecil di atas meja dengan kuat, sehingga pecah berkecai pasu itu.
"Kau ni, aku tak tahu kau ni pekak ke, bodoh ke, tak faham baha aku benci kau dan aku tak nak apa-apa dari kau! Dah... kau kutip kaca-kaca tak pasal-pasal nanti aku yang luka!" kata Arif dan terus pergi ke katil.
Safa perlahan-lahan mengutip sisa kaca yang besar.
"Ouch!" Safa memegang jari manisnya yang luka terkena serpihan kaca.
Arif pantas bangun dan menghampiri Safa.
"Kau ni pandai buat kerja ke tak?! Menyusahkan lah! Kutip semua ni.. Setakat luka kecil dah over!" marah Arif dan terus berlalu meninggalkan Safa membersih serpihan kaca itu.
_________________________________________________________________________________ Air mata Arif merembes keluar apabila teringatkan kisah itu.
Betapa zalimnya dirinya sebagai seorang suami melayan seorang wanita yang bergelar isteri sedemikian rupa.
Masih dapat dia dengari esakan kecil Safa, masih dapat dia bayangi perit yang di lalui Safa.
'Bodohnya aku sebagai seorang suami.
Is wani yang sepatutnya aku lindungi, kasi Arif mengesat air matanya.
Wajah Sharif yang tidur membuatkannya sayu.
Safa Safiyyah.. wanita itu dulu lah yang sering di hina, di cerca, di maki tetapi wanita itu jugalah yang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya.
Dia sendiri menjadi saksi betapa sukarnya dan sakitnya yang di alami Safa sewaktu melahirkan Sharif.
Sekali lagi, anak itu diciumnya penuh kasih.
Anak inilah yang juga turut di hinanya.
Sungguh.. dia berasa berdosa yang teramat.
________________________________________________________________________________ VERY LATE UPDATE, AND SHORT TOO.
I'M SORRY GUYS, GETTING BUSY AND BUSIER EACH DAY.
SAYA HARAP SEMUA SUKA AND ENJOY READING IT :) ** WEDNESDAY IS MY BIRTHDAY YAYYY!!!!!!!!!!!!!! :}} ASSALAMUALAIKUM ^o^v.
Sumber:Internet