. Syaza keluar dari bilik Mr Gomez, dilihatnya Pak Salim setia menunggunya di luar.
"Puan nak balik rumah ke? Saya hantarkan.
"Syaza tersenyum melihat Pak Salim yang sangat setia dengan tanggungjawab terhadap dirinya.
"Ntah la Pak, saya pun tak tahu nak balik ke atau nak ke mana.
Yang pasti, saya tak nak ke pejabat.
""Sekarang saya dah jadi pemandu Puan nampaknya.
Puan gi lah minum kopi kat bawah tu, saya temankan ok?""Takde mood la Pak, bawak saya pusing-pusing KL je.
Saya nak tenangkan fikiran.
Kalau dahaga nanti kita stop mana-mana minum.
""Baik jugak cadangan tu, jomm.
" Pak Salim menunggu Syaza berjalan dulu & dia mengekori dari belakang.
Timbul perasaan kesian pulak tengok Puan nya yang dalam kesedihan.
Pak Salim memandu perlahan keluar melalui jalan Sultan Ismail ke arah Pavilion.
Syaza bertegas hendak duduk di hadapan, dia memasang lagu kegemarannya di radio menggunakan aplikasi Spotify.
"Sedih je saya dengar lagu ni, Puan banyak-banyak bersabar ya.
Cuba fikirkan yang baik-baik.
Heboh dah kat grup WS ofis yang Puan sekarang dah menjadi pemegang saham syarikat.
""Aiiii... Mr Gomez tu peguam syarikat kan, kenapa la dia hebohkan???""Jangan salah faham Puan, itu memang tugas dia untuk memaklumkan pada kakitangan syarikat.
Semua staf teruja bila mendengar yang orang kepercayaan Boss Mario akan mengambil tempatnya.
""Pak Cik yakin saya boleh memikul tanggungjawab tu?""Ntah la... tapi saya tengok Puan sorang perempuan yang tabah & dominan.
Boss sendiri pernah luahkan dengan saya masa dia balik minum-minum, dia kata percaya pada Puan.
Puan pun pegawai bank kan? Saya tak bole terima hakikat yang dia eksiden sebab mabuk.
"" saya harap macam tu lah, lagipun Pak Salim sekarang kan orang kuat saya betul? Tu lah... saya pun macam sangsi, dia tu kalau minum payah nak mabuk.
""Haha iya la tu, saya drebar je Puan.
""Ye laa... driver tapi Boss percaya dengan Pak Cik.
""Kita kat mana ni Pak? Macam Kota Damansara je.
""Ye saya pun tak perasan kita dah di luar KL.
Ada satu tempat ni saya biasa minum kopi, kopi Vietnam.
Jom saya belanja Puan kopi telur, sedap tau.
""Ok lah, asalkan jangan Pak Cik gi rendam telur Pak Cik dalam kopi tu Syaza bergurau nakal.
"Haha Puan ni, memang ada la kopi Vietnamese Egg Coffee.
Nanti saya amik gambar.
" Pak Salim tersengih bila Syaza bergurau & berubah ceria sedikit.
Pak Salim kembali ke MPV dengan membawa dua cup kopi & sebungkus makanan.
"Nah ambik ni.
" Syaza menghulurkan dua keping not 50 kepada Pak Salim.
"E takyah Puan, saya belanja ni... ikhlas.
Ni ada sikit karipap saya beli kat kedai mamak sebelah tu.
""Ok lah... lain kali saya belanja.
Pak Cik suka karipap ke? Panas tak?" Tanya Syaza.
"Karipap daging memang pebret saya Puan, nak-nak lagi kalau panas.
Arwah isteri saya pun selalu hidangkan karipap daging panas untuk minum petang.
" Jawab Pak Salim sambil mengunyah.
"Best ya, lepak-lepak dalam kereta sambil minum kopi & makan.
Saya suka la tempat ni... tak ramai orang lalu lalang, pandai Pak Cik plan.
Aduhh!" Syaza menyentuh bibirnya yang tergigit inti panas karipap yang dimakannya.
Sumber:Internet