. Walaupun hari ini merupakan hari bekerja iaitu hari Selasa, keadaan di Midvalley Mall itu kelihatan begitu sesak sekali.
Lebih-lebih lagi apabila sebilangan pekerja pejabat pulang di waktu yang sama.
Amira berjalan pantas menuju ke pusat urut kepunyaan Hafiza yang terletak di tingkat 4.
Sebaik sahaja dia membuka pintu gelas dan melangkah kaki ke dalam, dia melihat seorang jejaka tinggi lampai berdiri di belakang kaunter.
Amira terdiam sebentar di situ, terpempan dengan penampilan jejaka itu yang bertubuh tegap, segak bergaya, tampan berkulit sawo matang.
Manis senyumannya berlesung pipit, membuatkan Amira juga tersenyum kepadanya.
Baru sahaja dia ingin menyuarakan hajatnya kepada jejaka itu, Hafiza muncul dari entah dari mana.
"Eh Mira bila kau sampai?" soal Hafiza.
"Baru jugak, ingat kau kat sini nak sambut aku.
Hampa aku tau" balas Amira dengan cebikan manja dibuat-buat.
"Pegi lah nak sambut-sambut konon, dah tu jom masuk cepat" ujar Hafiza sebelum mara kehadapan dan menarik tangan Amira.
Sempat Amira mengerling kearah jejaka itu dan berbalas senyuman dengannya.
"Terima kasih Idris" kata Hafiza lagi sambil mengangkat tangan ke arah jejaka itu.
Terjongket kening Amira serta-merta apabila terdengar nama itu.
"Eh Fiza.
Itu Idris, adik...".
"Shh Kita pergi bilik last kat sana tu.
Borak kat sana".
Apabila mereka berdua masuk ke dalam bilik itu, Hafiza mengunci pintu dengan segera.
Kemudian dia pergi ke pintu lagi satu dan juga menguncinya.
"Amboi.... Special lah bilik ni sampai ada front door and back door" kata Amira sebelum melabuhkan punggungnya ke atas katil urut yang terletak di tengah-tengah bilik itu.
Matanya memerhatikan sekeliling.
"Special room for special customers with special needs je".
Amira tergelak dengan kata-kata Hafiza itu.
"Lain macam aje special needs.
Kiranya kau nak cakap aku ni kurang upaya lah?".
Kali ni Hafiza pula tergelak kecil.
Amira juga turut ketawa dengan selorohnya sendiri.
"Otak kau lah Mira.
Special needs as in ada special request lah, kau ni pun..""Lain macam aje special request.
Tempat urut apa sebenarnya ni? Sleazy eh?" Amira memandang wajah Hafiza dengan hujung matanya.
"Ish! Banyak soal lah kau ni, faham-faham aje lah kalau nak dapat tip lebih" jawab Hafiza sambil mengenyit mata.
Serentak kedua-dua wanita itu tertawa.
"Dah, dah.
Apa kau nak tanya tadi?" soal Hafiza apabila tawaan mereka surut.
Amira merapatkan dirinya dengan Hafiza dan berbisik.
"Tu Idris, adik bongsu Irfan kan? Bekas suami kau?".
"Ye dia lah tu" Hafiza mengangguk sekali.
"Patutlah familiar.
Kerja dia kan berlayar, macam mana boleh ada kat sini pulak?".
"Dia dah berhenti berlayar.
Dia call, tanya aku boleh kerja kat sini tak? Nak buat part time sementara dia cari kerja tetap".
Amira membuat bentuk "O" dengan mulutnya dan mengangguk-angguk tanda faham.
"Kau tak awkward ke kerja dengan bekas adik ipar kau tu?" soal Amira lagi.
Sumber:Internet