. "Toot toot", alarm kereta Rudy berbunyi apabila Rudy menguncikan pintu keretanya secara automatik.
Rudy terus melangkah meninggalkan keretanya dan berjalan ke arah pintu lobby lif yang perlu dibuka menggunakan kad resident.
Pintu itu seharusnya tertutup rapat, tapi kadangkala ada manusia bodoh yang selalu tidak menutupnya dan dibiarkan terbuka.
Oleh kerana itu, dapatlah Aliya, Jasmin dan Aisyah naik ke rumah Rudy tanpa halangan.
4 hari lepas, Rudy berjumpa dengan Aisyah di bilik pensyarahnya dan memakaikan rantai yang dibeli tempoh hari.
Atas permintaan Aisyah sendiri, Rudy mengalungkan rantai tersebut ke lehernya.
Sempat saja, Rudy mengucup-ngucup leher Aisyah sewaktu mengalungkan rantai tersebut.
Biasalah, Rudy.. Aisyah pula menggeliat kegelian sambil tertawa.. ah, tak perlu cerita, para pembaca The Apartment pastinya tahu akan kenakalan Rudy.
Cuma author nak beritahu bahawa tiada apa-apa yang 'merangsang' berlaku pada waktu itu.
Jadi, korang boleh terus membaca tanpa mengangankan apa-apa.
Rudy keluar daripada lif apabila lif berhenti di tingkat 16.
Perlahan-lahan Rudy berjalan menyusuri koridor pintu-pintu apartment lain.
Sempat juga Rudy menjeling ke arah pintu apartment yang didiami Eyka dan suaminya, Abang Halim.
Jelingannya penuh benci pada pintu itu.
Bukanlah kerana pintu itu, tapi kerana manusia di sebalik pintu itu.
Sesampai saja Rudy di apartmentnya, Rudy membuka pintu gril dan membuka pintu utama lalu menutupnya semula.
Oleh kerana kepenatan yang melampau, Rudy hanya mencampakkan beg galasnya di atas sofa dan terus duduk tersandar.
Rudy memejamkan matanya lalu terlelap sebentar.. "Tingg!", sebuah mesej whatsapp masuk ke dalam Iphone Rudy.
Rudy yang sedang terlelap segera mencapai Iphonenya di tempat duduk sebelah.. "Sayang, malam ni cancel ya dinner kita, I have lots of notes to read untuk kelas esok.
Nanti kalau I tak faham, susah nak bagi you faham dalam kelas..", taip Aisyah.
"It's ok, you kan lecturer I, you are responsible untuk buat I faham.. :)", balas Rudy.
"Yeah, lecturer pun need to do some studies and preparation before masuk kelas, bukan student je tau", taip Aisyah lagi.
"Xpe, sweetheart.
Just do your work ok? I faham..", balas Rudy.
"Rasa bersalah pulak, but never mind, I'll make it up to you soon ya, sayang?", Aisyah cuba memujuk Rudy.
"No worries, I pun boleh study sikit then..", balas Rudy.
"Ok then, love you! XOXOXO", taip Aisyah.
"Love you too, my angel..
Sumber:Internet