. Malam itu, Rudy dan Aisyah hanya tidur bersama tanpa melakukan apa-apa.
Rudy memeluk Aisyah dalam keadaan mengiring ke kiri.
Samar cahaya dari luar memasuki bilik dari celahan langsir yang tidak dirapatkan.
Begitu erat sekali pelukan Rudy, seolah-olah tidak mahu melepaskan Aisyah buat selamanya.
"Errmmm..", Aisyah mendesah lembut dalam keadaan matanya masih terpejam rapat.
Rudy juga masih lena.
"Tak nak, jangan.. jangan..", wajah Aisyah mula berkerut.
Rudy yang sedang terlena masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
"Erghh! Jangan sentuh Aisyah!", tangan Aisyah mula menolak-nolak pelukan Rudy.
Rudy mengeratkan lagi pelukan dalam buaian mimpi.
"Tak nak, sakit.. abang! Sakit.. tak nak, Aisyah tak nakkkk! Lepaskan!!!!", Aisyah tiba-tiba menjerit dan serentak dengan itu terus menolak tangan Rudy sekuat hati dan tersentak membuka mata.
Aisyah melihat di dalam kegelapan.
Matanya melilau-lilau sedang dahinya berpeluh dingin.
"Sayang?", sapa Rudy yang baru tersedar.
Aisyah tidak menjawab, dan terus saja berdiam.
Tangisannya mula menitis dari alis mata turun ke pipi.
"Sayang, are you ok?", tanya Rudy dalam keadaan termangu.
Rudy cuba memeluk Aisyah, tetapi ditolak oleh Aisyah.
Igauan ngeri itu terlalu kuat menghentam emosi mindanya.
Rudy begitu hairan sekali dengan perubahan Aisyah dengan tiba-tiba.
Dia kemudian mencapai lampu meja di tepi katil dan memasangkannya.
Cahaya suram keluar daripada mentol lampu itu menerangi sedikit bilik tidur yang gelap itu.
"Aisyah, you mengigau ke?", tanya Rudy sambil menggosok-gosok matanya.
Aisyah hanya duduk memeluk lututnya sendiri dan menggeleng-gelengkan kepalanya dengan tempo yang agak cepat.
"Hmm..", Rudy merapati Aisyah.
"Jangan dekat!", Aisyah mengarahkan Rudy untuk menjauhinya.
"Excuse me?", tanya Rudy.
Aisyah kelihatan serba salah.
Dia terperangkap dalam keinginannya bersama Rudy, tapi masih berada dalam emosi igauan ngeri peristiwa 13 tahun lalu.
"Hmm, kenapa you macam ni, sayang?", tanya Rudy yang terlalu keliru dengan situasi itu.
Rudy duduk di sisi katil lalu membongkokkan badannya dan memegang dahinya sendiri.
Tiada sedikit suara pun yang keluar daripada mulut mereka berdua.
"Sorry, sayang..", tiba-tiba Aisyah bersuara.
Rudy tidak menoleh.
Pandangannya hanya pada lantai bilik.
Baginya, ia satu kelukaan apabila Aisyah menolaknya ke tepi.
Aisyah tiba-tiba merangkak di atas katil dan mendapatkan Rudy dan memeluknya dari belakang.
Rudy masih tidak berganjak mahupun menepis pelukan Aisyah yang dicintainya itu.
Rudy hanya membiarkan kehangatan tubuh Aisyah melekap pada belakang badannya.
"I know I marah you, tapi I tak sengaja.
Please, maafkan I..", rayu Aisyah.
"Hmm..", Rudy hanya mendesis lembut sambil memaut belakang rambut Aisyah dengan tangan kirinya.
Rambut Aisyah diusap-usap lembut, lalu Rudy menoleh dan memalingkan tubuhnya menghadap Aisyah.
Dalam keadaan bersila, Rudy menepuk-nepuk ribanya sebagai isyarat memberitahu Aisyah supaya baring di atas ribanya itu.
Aisyah perlahan-lahan membaringkan dirinya.
Rudy terus mengusap-usap manja ubun-ubun Aisyah dan mencium dahinya.
"You know I love you, kan?", tanya Rudy dengan lembut.
Sumber:Internet