. "Knock! Knock!", kedengaran bunyi ketukan di pintu apartment Rudy.
"Hak'eleh siapa pulak la yang ketuk pintu ni? Nak jual barang agaknya..".
Rudy yang sedang melayan rancangan di televisyen meletakkan gelas airnya di atas meja, lalu perlahan-lahan berjalan ke arah pintu itu.
Tombol diputar, maka telihatlah seorang lelaki berkopiah berdiri di depan pintu apartment Rudy.
"Sorry bro, tak mau beli barang", dengan selamba Rudy berkata sebaik saja membuka pintu.
"Eh, tak.
Saya bukan nak jual barang.
Saya jiran baru awak, tinggal rumah sebelah.
Baru masuk dengan isteri saya.
Maaflah mengganggu awak, saya cuma nak berkenalan dengan jiran sebelah", balas lelaki itu.
"Oh, jiran baru.
Selamat datanglah ya..", jawab Rudy endah tak endah.
Biasalah Rudy, bukannya rajin bersosial sangat lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dikenali.
Tapi kalau wanita, bukan main laju lagi.
Memang geleng kepala author tengok perangai Rudy.
Apalah nak jadi? Hmm.."Nama saya Abdul Halim.
Boleh panggil saya Abang Halim.
Kamu?", kata Halim sambil menghulur tangan kepada Rudy.
"Rudy.. boleh panggil Rudy je..", balas Rudy sambil bersalam dengan Halim.
"Oklah, Rudy.
Abang Halim cuma sekejap saja.
Nak keluar pergi cari barang.
Kalau ada kesempatan, datanglah rumah malam ni.
Abang Halim buat makan-makan sikit sempena masuk rumah baru.
", kata Halim kepad Rudy sambil tersenyum.
Rudy mengangguk dan kemudiannya masuk ke dalam selepas Halim beredar dari pintu apartmentnya.
Rudy menutup pintu lalu duduk semula di sofa.
Rudy terlihat ada kesan cecair yang sudah mengering pada sofanya.
Ah! Itu tanda 'pertarungan' Rudy bersama Aliya minggu lepas.
Patutlah agak berbau tapi hidung Rudy sudah lali.
Minggu lepas saja Aliya tinggal di apartment Rudy selama 4 hari sebelum pulang ke hostelnya.
Selama Aliya di apartmentnya, Rudy dan Aliya telah melakukan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Ah! Benda sedap, tipulah siapa yang tak bernafsu.
Hehe..**********************************************************************Malam itu, Rudy berpakaian dengan agak kemas.
Rudy mengunci pintu rumah dan gril, kemudian berjalan ke arah rumah abang Halim yang baru saja dihuni pasangan suami isteri itu.
"Aik, pintu rumah tutup.
Gril kunci.
Kata ada majlis makan-makan?", Rudy bermonolog seorang diri apabila tiba di hadapan pintu rumah Halim.
"Assalamualaikum..", Rudy memberi salam.
Pintu rumah abang Halim masih tak dibuka.
Rudy memberi salam kali kedua tapi masih tiada tanda-tanda pintu akan dibuka.
"Assalamu..", separuh salam ketiga Rudy dilafaz, akhirnya pintu rumah Halim dibuka oleh abang Halim sendiri.
"Waalaikumussalam, Rudy.. jemput masuk.
Jom..", begitu ceria sekali Halim malam itu menjemput Rudy masuk ke rumah barunya.
Walaupun begitu, Halim memperbetulkan kopiah dan bajunya.
Halim kelihatan seperti tergesa-gesa dan merah sedikit mukanya.
"Maaflah Rudy, ada hal sikit tadi.
Makanan baru nak siap.
Duduklah dulu.
Kejap ya.
", Halim mempelawa Rudy untuk duduk di sofanya yang berwarna merah.
Rudy senyum dan mengangguk-ngangguk kecil.
Matanya melilau memerhatikan susunan interior design rumah Halim.
Sofanya lebih baik daripada sofa yang dibekalkan tuan rumah Rudy.
Tangan Rudy menepuk-nepuk lembut sofa merah itu merasakan keempukan kusyen sofa Halim.
Rudy kemudiannya mengeluarkan Iphonenya dan mula membelek-belek whatsapp.
Ada beberapa mesej daripada Aliya, Dahlia, Aisyah dan ibunya.
Rudy sengaja tidak menekan mesej-mesej itu kerana tidak mahu 'blue tick' muncul.
Jika ada 'blue tick', kantoilah Rudy tidak membalas mesej wanita-wanita itu.
Halim keluar dari biliknya dengan helaan nafas yang panjang.
Dia kemudian mengusap-usap mukanya.
"Bang, kata ada makan-makan? Mana orang lain? Takkan saya seorang je?", tanya Rudy yang kebingungan.
"Oh, abang memang jemput Rudy je sebab Rudy seorang je melayu kat tingkat atas ni.
Lain semua kan cina.
Jangan risau makanan dah ada", jawab Abang Halim.
Rudy mengalihkan pandangannya ke arah meja makan.
Kosong.
Tiada satu pun tanda-tanda makanan di sekitar pandangannya.
Rudy mendiamkan diri.
"Hello, pizza delivery!", terdengar jeritan suara dari luar pintu.
Halim bergegas ke arah pintu dan membukanya.
"Laa, makan pizza rupanya.
Ingatkan masak sendiri..", Rudy menggeleng-geleng kepalanya dalam diam.
Halim mengambil pizza yang telah diorder lalu membayarnya.
Dia kemudian masuk dan menutup pintu rumahnya.
"Sayang, keluarlah.
Makanan dah sampai ni..", Halim memanggil isterinya dari luar bilik.
"Ok bang.. kejap ya", sahut isteri Halim dari dalam bilik.
Rudy bagai tersentak.
Suara itu macam agak familiar baginya.
Rudy mengerutkan dahinya.
Dia pasti suara itu memang agak dikenalinya, cuma dia tidak ingat siapa.
Ah, pedulilah.
Halim menjemput Rudy untuk duduk bersamanya di meja makan.
Mereka berbual-bual kecil tentang pekerjaan dan sebagainya.
"Dumm..", pintu bilik Halim ditutup.
Rudy tidak menoleh tapi masih fokus kepada perbualannya dengan Halim.
Rudy tidak sekali-kali menjangkakan apa-apa walaupun otaknya masih ligat mengingati semula suara itu.
Halim yang berada di depannya terus saja berbual.
"Ha, sayang.. jom duduk.
Abang nak kenalkan jiran kita, Rudy..", Halim berdiri dan mempersilakan isterinya duduk di sebelahnya.
"Rudy, ini isteri abang Halim, nama dia Thahirah", Halim memperkenalkan isterinya kepada Rudy.
Seorang wanita berjubah pink dan bertudung shawl labuh duduk di hadapannya.
Wanita itu tidak senyum, dan tidak pula ia melepaskan pandang pada wajah Rudy.
Rudy juga begitu.
Sia-sia sajalah Halim ingin memperkenalkan isterinya kepada Rudy, kerana Rudy memang amat sekali mengenali wajah itu.
"EYKA!!", jerit hati Rudy.
Mengapa Eyka? Nama sebenarnya adalah Thahirah, tapi Rudy suka menggelarkan namanya Eyka kerana wajah si wanita itu seiras dengan pelakon Eyka Farhana.
Eyka adalah teman wanita Rudy yang telah meninggalkannya 3 tahun lepas.
Eyka jugalah wanita yang difantasikan Rudy pada bab pertama siri The Apartment ini.
Rudy bagaikan tidak percaya wanita yang amat dibencinya kini berada benar-benar di depannya, malah bersama suaminya pula.
Rudy seolah-olah mahu saja mengangkat punggungnya dan berambus balik ke rumah apartmentnya.
Rudy tergamam melihat perubahan Eyka yang dulunya seksi, kini seorang muslimah.
Apa yang harus Rudy lakukan? Perlukah dia duduk atau harus saja berambus dari rumah Halim itu?"Rudy.. Rudy..", Halim melambai-lambai tangannya di depan muka Rudy.
Rudy yang baru saja tersedar dari seribu kenangan bersama Eyka menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Amboi, tengok isteri abang Halim sampai tak kelip mata.
Tak baik, Rudy.
Isteri abang tu.. haha.
", ujar Halim berseloka.
"Eh, tak bang.
Sorry.
Saya pening kepala kejap tadi", Rudy menipu sambil berpura-pura menggosok dahinya.
Halim mengajak mereka semua membaca doa makan dan seterusnya menjamu selera bersama.
Malam itu hanya Halim saja yang banyak berbicara.
Rudy tidak begitu responsif, cuma berpura-pura faham akan setiap butir kata yang keluar dari mulut Halim.
"Alhamdulillah, dapat abang beli rumah ni lepas bekerja keras.
Isteri abang Halim yang pilih rumah ni.
Asalkan isteri abang bahagia, abang pun bahagia..", ujar Halim sambil mencuit hidung Eyka.
Eyka hanya tersenyum sinis melihat gelagat suaminya.
"Apahal betina ni pilih kat kawasan tempat aku tinggal??", meronta-ronta hati Rudy mencari jawapan daripada kenyataan abang Halim tadi.
Eyka juga tidak berkata apa-apa, tetapi sengaja menyuapkan pizza ke dalam mulut Halim sambil memandang tajam ke arah Rudy..Setelah selesai makan malam, Rudy meminta diri untuk pulang ke apartmentnya.
Rudy masih dalam keadaan tidak percaya.
Digeleng-geleng kepalanya bagaikan ingin membuang saja kenangan bersama Eyka.
Eyka adalah cinta pertama Rudy.
Rudy terlalu mencintai Eyka, tetapi Eyka membuang Rudy bagai sampah yang tiada nilai selepas segala yang Rudy lakukan untuknya.
Jika tidak kerana Rudy, Eyka tidak akan habis belajar di universiti.
Rudy tidak sambung belajar dan menyara yuran pelajaran Eyka dengan duit gajinya sebagai despatch di syarikat ayahnya.
Cita-cita Rudy dikorbankan demi Eyka tercinta, pada usia yang lebih lanjut baru Rudy merasa menjadi pelajar universiti sedangkan Eyka sudah lama menamatkan pelajaran dan berumahtangga dengan Halim.
Rudy memadamkan lampu biliknya lalu ditenung ke luar tingkapnya.
Rudy mengetap bibir dan rahangnya.
Penumbuknya digenggam begitu erat sekali.
Geramnya pada Eyka tidak pernah padam, kini wanita itu sudah muncul semula dalam hidupnya.
Paling tak disangka, Eyka dan Rudy hanya dipisahkan oleh dua buah apartment dan menjadi jiran "baru" nya.
Sumber:Internet