. Cerita Izzu setakat ini cuma mengingatkan saya tentang waktu mula-mula belajar bercinta.
Pertama kali bercinta adalah dengan Lily dan cepat sahaja saya terasa kebodohan-kebodohan yang dilakukan demi memenuhi keperluan bercinta, jadi saya putuskan untuk tidak meneruskan perhubungan itu.
Mungkin dengan Lily sahaja yang begini agaknya, jadi saya cuba dengan Linda.
Sama juga.
Putuskan dengan Linda dan cuba semula dengan Nuri hanya untuk terus mengulangi benda-benda yang sama.
Memang inikah namanya bercinta? Gadis-gadis mengharapkan lelaki ada semua masa dalam dunia untuk mereka;tapi bila lelaki dalam kesusahan mereka tak pernah ada.
Mereka mahu dilayan seperti puteri, belanja makan minum setiap kali keluar; walaupun bersungguh mengaku cinta sejati dan tidak materialistik.
Apa yang saya cari bukan gadis yang mahu menanggung hidup saya.
Saya cuma benci hipokrasi gadis-gadis bujang, bila seronok, seronok sama-sama, bila susah, dengan mudah mereka melepaskan tangan.
Bujang dan gila.
Tak mungkin saya akan dipergunakan oleh mereka.
Agaknya, itulah permulaan seorang Bull.
Tak perlu lama sebelum gadis-gadis bujang dan gila itu mula melabel saya; playboy, kasanova, kaki perempuan.
Perkataan-perkataan bertebaran mengikut angin, hingga tiada siapa yang tak tau.
Saya abaikan sahaja, kerana sudah tiada minat dengan mereka pun.
Bagaimanapun sesuatu yang menarik telah terjadi.
Walaupun semua gadis-gadis tahu yang saya playboy, kasanova, kaki perempuan, dalam senyap-senyap ramai juga gadis yang menghubungi saya.
"Saya tak kisah awak playboy," kata seorang, " saya suka lelaki nakal," kata seorang lagi, "biar saya ajar awak tentang cinta sejati," kata yang lain.
Dan semua ini membuat saya ingin tahu.
"Bujang dan gila.
Berkahwin dan rasional.
Agaknya bila dah berkahwin barulah mereka akan tahu realiti kehidupan sebenar, susah senang seharusnya ditanggung bersama.
Tanggungjawab adalah mengatasi romantis.
Kesetiaan adalah cinta.
Masalahnya kedua-dua pihak perlu setia.
" Saya biarkan saja ingatan saya itu dan bertanya kepada Izzu, "teruskan.
" "Tak sedar teruslah, bro.. sedar-sedar je dah pagi.
Bangun, sakit kepala.
Cari phone, cari wallet, semua dah dikeluarkan dari poket seluar.
" "Phone apa?" tanya saya, "iPhone 5," jawab Izzu, "bukak dengan cap jari?" tanya saya lagi, "yup," balas Izzu.
"Teruskan lagi.
" "So, aku siap-siap, check out.
Terus ke Universiti tempat Suraya stay.
Aku call, tapi macam dah kena block.
" Riak muka Izzu berubah pada masa ini.
"Dalam perjalanan ke sana, ada tiga kereta himpit aku.
Depan, belakang dan tepi.
Kereta sebelah tepi buka cermin gelap.
Agaknya ada tiga orang kat dalam kereta tu.
" Pucat, tak pernah saya lihat Izzu setakut itu.
" Lelaki di passenger seat sebelah driver, botak dan berbadan sasa.
Dia cuma pandang aku, tapi aku tau dia boleh bunuh aku bila-bila masa saja.
Dia kecilkan mata, geleng kepala.
Mata kami bertentang dan aku tau apa yang dia maksudkan.
" JANGAN DEKAT DENGAN SURAYA LAGI.
"dia tutup cermin kereta, dan terus pergi," Izzu menutup cerita.
Ketakutannya tetap tinggal.
Siapa Suraya ni? Bujang dan gila jenis apa dia ni?
Sumber:Internet