. Sesetengah orang...sembang macam-macam.
Suruh buat, tak pandai pun.
Sesetengah orang...cakap macam berani.
Padahal penakut nombor satu.
Sesetengah orang...belajar semua benda.
Satu pun tak pakar.
Sesetengah orang...cakap nak buat itu ini.
Semua pun tak jadi.
Kecuali Jimi.
Datang dari keluarga susah, Jimi belajar dari kecil lagi bagaimana orang mengambil kesempatan terhadap orang lain.
Ironi kerana lazimnya, keluarganyalah yang selalu diambil kesempatan.
Ditipu, terjerat, dibebani.
Peliknya semua itu tak mengajar Jimi menjadi lebih empati, simpati.
Malah sebaliknya.
Jimi tak nampak buruk baik, kasihan, simpati.
Yang dia nampak cuma menang, kalah, kaya, miskin.
Sebab dan akibat.
Buat begini, dapat ini, buat begitu, jadi itu.
Yang penting ialah cara yang paling cepat, semua orang nak seronok.
Kalau semua orang bijak, semua orang akan seronok.
Kalau orang itu tidak bijak, hiduplah dalam kesedihan, tiada orang dapat menolongmu kecuali diri sendiri.
Bertekad dari awal untuk tidak dipergunakan, Jimi sentiasa mencari jalan untuk mempergunakan.
Lama kelamaan, Jimi menjadi sangat cekap pula.
Beri sahaja apa-apa tugasan, percaya Jimi akan selesaikannya.
Bakat.
Semua orang terkejut bila Jimi menunjukkan keuntungan koperasi sekolah yang dijaganya ketika darjah 3.
Bila ditanya, bagaimana Jimi dapat untung berganda, jujur sahaja Jimi menjawab, " beli satu barang, jual balik tiga barang.
" Apabila cikgu mendapati pensel-pensel dan pemadam dipotong dua, dakwat pen dikeluarkan, dan buku kurang mukasurat, Jimi terpaksa meletak jawatan.
Tapi Jimi tak kisah.
Dapat lagi satu pengajaran.
Rahsia tak boleh dibocorkan.
Kepintaran Jimi berlipat kali ganda lebih maju sejak dari itu.
Bagaimanapun dia jadi lebih senyap, reserved.
Dia belajar apa-apa yang menarik minatnya dan jadi mahir dengan cepat.
Menjual di internet, trading, malah menipu dan scamming, dalam beberapa tempoh masa, dia sedar dia dah mengumpul banyak dui musuh juga.
Susah hidup bermusuh, nak lagi kalau umur baru 17.
Keluarganya dicari orang-orang yang mengaku ditipunya.
Malah report polis pun telah dibuat.
Dengan berat hati keluarganya memutuskan perhubungan dengannya.
Walaupun orang yang ditipu tetap tidak berpuas hati, sekurang-kurangnya keluarganya tidak terlalu dibebani.
Jimi yang berseorangan ketika itu dengan berani sahaja pergi ke pejabat polis untuk menangkis tuduhan-tuduhan tersebut.
Kejutan buat semua, Jimi berjaya meyakinkan polis bahawa kesemua duit diserahkan secara sukarela untuk perniagaan.
Apabila perniagaan rugi, apa dia boleh buat? "Kamu boleh pusing-pusing kenyataan, budak.
Tapi diorang kat luar tu takkan lepaskan kamu mudah-mudah," amaran polis tersebut.
Jimi tau, jadi keesokkannya dia dah pun pergi jauh.
Saya terjumpanya di sebuah hotel mewah di dalam hutan, melepak-lepak.
Saya dijemput oleh satu pasangan untuk satu sesi, dan bila berakhir sesi, letih sedikit, ditambah pemandangan cantik, saya buat keputusan untuk bersantai-santai dahulu.
Pasangan itu saya tinggalkan selepas sesi, seperti yang selalu saya buat (biasanya cucks tak dapat menahan untuk bersama isteri selepas sesi), dan terus keluar untuk pulang ke rumah.
Melalui lobi dan kafe, saya berhenti untuk meminum kopi.
Dalam kafe cuma ada saya dan Jimi.
"Hi," kata saya, "yo," kata Jimi.
Saling bertukar senyuman, masih budak lagi, pada fikiran saya.
" Dari mana? Dengan keluarga?" tanya saya.
" Dari Penang.
Sorang,"jawabnya.
"Apa budak muda cam u buat sorang-sorang kat sini?" Tanya saya lagi.
Dan dia ceritakan semua pada saya pada pertemuan pertama kami itu juga.
Melanggar sendiri prinsip kerahsiaannya.
(Beberapa tahun kemudian, dia mengaku bahawa dia agak emosi dan melulu bercerita kepada saya, tapi dia tak menyesal).
Saya terpegun dalam percaya dan tidak.
Dia tunjukkan baki akaun dalam bank.
Ya..ok...! "Apa pula yang u buat kat sini?" tanya Jimi pada saya.
"Emmm.." Saya teragak-agak, namun saya ceritakan juga aktiviti-aktiviti saya, atas dasar saling percaya.
Dia terdiam sejenak kemudian berkata, "bagi saya join.
Saya bagi u duit.
" Saya menjawab, "Saya ada idea yang lebih baik.
" *********************************************************** Kami, saya dan Lea, keluar hotel keesokannya untuk ke destinasi lain.
Untuk berjumpa Jimi.
Bila Lea tau destinasi kami, dia hanya berkata, "lama tak jumpa Jimi.
" Memang lama.
Setahun agaknya.
Dalam perjalanan dia bertanya pula, " bagaimana Jimi sekarang?" "Sesetengah orang tak boleh diharap.
" Saya tak maksudkan Izzu, tapi agaknya Lea fikir begitu.
"Sesetengah orang bukan macam Jimi," jawab Lea.
Sumber:Internet