Gelap

The Bull 5

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

The Bull 5

.        Semasa bahagian ini di tulis, saya sedang menunggu ketibaan Nadia.
Sedang saya menantinya, saya memilih untuk duduk di Starbuck, di tepi pantai.
Saya memilih untuk duduk di tingkat atas kerana pemandangan lebih cantik dari sini.
Juga kerana kurang orang lalu-lalang.
Selain saya, ada lagi dua, tiga pasangan lain.
Salah satu pasangan tersebut ialah orang asing.
Yang lain orang tempatan, berbangsa Melayu dan Cina.
     Barista kedai kopi ini adalah kenalan baik saya.
Menyimpan banyak cerita tentang saya.
Tapi saya pasti dia tetap tidak tahu cerita sebenar.
Kerja saya memerlukan saya berjumpa ramai orang, jadi tidaklah pelik kalau dia melihat saya minum-minum bersama orang-orang berlainan.
Lagipun kadang-kadang saya bersama pasangan suami isteri.
     Sebenarnya agak janggal untuk saya memulakan cerita.
Malah saya hampir-hampir tidak pasti mahu memulakan dari mana.
Pengalaman pertama saya dalam gaya hidup ini samar-samar.
Saya perlukan masa juga untuk menyusun semuanya.
     Namun saya tau, saya perlu mula menulis.
Kalau tidak, semuanya tidak akan terzahir.
Ada sebab juga kenapa saya mahu tuliskan semua ini, walaupun mungkin sebabnya tidak semulia yang anda       Terfikir tentang Nadia.
Hmm.
Mungkin satu permulaan yang seronok agaknya untuk memperkenalkan anda dengan Nadia.
Saya tahu anda biasa dengan wanita seperti Nadia.
Jenis-jenis yang peramah dan ceria.
Pada waktu gadisnya terlalu riang dan penuh gelak ketawa.
Kelakar dan ramai kawan disebabkan kecomelannya.
Pasti ada kawan-kawan anda seperti itu.
     Kemudian, fikir kembali tentang mereka apabila mereka sudah berkahwin.
Anda akan teringat, mereka tidak lagi seperti dulu.
Biasalah, sudah ada tanggungjawab.
Sudah menjadi isteri orang.
Tidak ada lagi gelak ketawa besar, malah yang kecil-kecil juga tiada.
Lalu kita berfikir, "hidup kena terus berubah, dan itu juga perubahan yang dia alami, yang akan membuatkan dia jadi lebih matang".
Dan kita lupakannya, serta bersedia juga untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.
      Namun ia tidak semudah itu.
Nadia berkahwin dengan pilihan keluarganya sesudah sahaja habis SPM.
Sebagai anak, Nadia mengikut sahaja, lagi pula, keputusannya tidak berapa baik, dan dia pun tiada minat untuk sambung belajar.
Jodohnya ketika itu seorang usahawan, kaya tapi berumur.
Berminat dengan Nadia apabila terserempak dengannya di McDonald pada suatu hari.
Lalu beliau berusaha bertanya dan merisik siapa Nadia dari kawan-kawannya.
Cukup masa, beliau menghantar rombongan.
Ibubapa mana yang tidak teruja apabila melihat deretan BMW datang meminang.
Malah Nadia sendiri merasa bertuah ketika itu, lebih lagi Nadia baru saja puas menangisi keputusan SPMnya yang tidak seberapa.
Tidak semena-mena Nadia rasa seperti puteri dalam cerita dongeng.
       Saya tidak mengenali Nadia waktu itu.
Semua ini diceritakan olehnya sepanjang perkenalan kami selama 3 tahun ini.
      Ketika majlis perkahwinannya, Nadia sekali lagi rasa beruntung.
Seolah-olah dari seorang puteri, menjadi pula permaisuri.
Lelaki-lelaki, ketika melihatnya dalam persalinan pengantin, mendambakannya.
Gadis-gadis, apabila melihat kemewahan bakal suaminya, mahu menjadi dirinya.
Lelaki-lelaki mencemburui bakal suaminya, gadis-gadis mencemburui dia.
Kemuncak euphoria bagi seorang gadis belasan tahun seperti Nadia.
Ketika itu, dia yakin itulah cinta.
Sudah pukul 6, Nadia selalu lambat, Saya terpandang ke bawah, ke pantai.
Ternampak seperti Abang Atan dan isteri, Kak Suzi yang cantik, serta anaknya.
Pasangan yang "sporting", tapi itu cerita untuk lain kali.
Mana Nadia ni....
Sumber:Internet