. Bullkuantan? . Yup Siapa ye ni? Sherry . Datin Sherry I ada kerja utk u.
Nice dan selamat berkenalan Datin.
Punah.
Rosak.
Hancur.
Punah, rosak dan hancur.
Perkataan itu bukan untuk barang sahaja, untuk orang juga.
Sue selalu anggap dirinya seorang wanita besi.
Gadis besi pun sesuai sebab Sue baru berumur 23 tahun.
Sue asal dari kampung, walaupun mana-mana kampung pun sekarang bukan macam kampung dulu-dulu.
Adik-beradiknya 5 orang, Sue anak sulung.
Dua adik perempuan, dua adik lelaki.
Keluarga mereka boleh dikatakan susah.
Semua disebabkan ayahnya penghisap dadah.
Sejak dari kecil Sue terpaksa menjadi penonton ayahnya memukul emaknya.
Satu cerita yang kita selalu baca di suratkhabar dan majalah-majalah.
Kenapa emaknya setia bersama ayahnya menjadi sesuatu kepelikan buat Sue.
Tapi yang pasti, Sue benci lelaki itu.
Semua yang Sue belajar di sekolah hanya penipuan.
Keluarga bahagia, rumahku syurgaku.
Sembang! Dari kecil Sue tengok emak dan ayahnya bergaduh! Hampir sangat Sue sekali jadi mangsa, kalau tak kerana emaknya yang selalu melindunginya.
Sampailah masa Sue sendiri faham bila masa dia perlu sorok diri dalam bilik, dan kemudian, dari selamatkan diri sendiri, Sue belajar pula selamatkan adik-adiknya yang lain.
Berulang-ulang semuanya terjadi hinggalah Sue berumur 12 tahun.
Setiap kali bergaduh, semuanya pasal duit.
Ayah minta duit dari emak.
Kisah-kisah biasa kita dengar.
Dan setiap kali juga, ayahnya dapat apa yang diperlukan.
Barang kemas, dah lama kena gadai.
Lima tahun sebelum berakhir kisah gaduh-maki-ugut ini, duit gaji emak sebagai pembantu kedai makan itulah yang diperah ayahnya.
Sudah dapat duit, hilang dua tiga hari.
Bila balik rumah, ayahnya akan meminta maaf, menangis-nangis.
Bagaimana emak boleh tahan selama itu, Sue tak tau.
Sue dah hilang hormat sejak sekian lama, sampai dia tak pasti adakah hormat itu pernah ada.
Yang pasti, Sue benci lelaki itu.
Kemuncak penderitaan selama 12 tahun, ayahnya cuba merogol Sue.
Dalam gila ketagihan, ayahnya menarik tangan Sue kebelakang, tarik baju seragam sekolahnya ke atas, melondehkan kain birunya.
Sue menjerit, tapi tiba-tiba berhenti serentak dengan bunyi ketukan kuat.
Sue pandang belakang, emaknya sambil menangis memegang anak lesung batu yang berdarah.
Sumber:Internet