. Semalaman Aiman tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan kelaku Azura kepadanya selepas kejadian dia terlupa mengambil anaknya di tadika tempohari.
Walaupun pernah saja mereka berselisih faham sebelum ini, tetapi sejak kebelakangan ini, punca yang sedikit sahaja sudah boleh menyebabkan mereka bertengkar besar.
Puas Aiman cuba berfikir dan mencari punca kenapa hubungan mereka semakin hari semakin dingin, sambil beliau melayan perasaannya yang kesunyian.
Pada malam itu, kedua anaknya bermalam di rumah Mak Su, sedangkan Azura pula bertugas syif malam.
Jarum jam tangan Aiman tidak lagi berkumpul, masing-masing telah terpisah menunjukkan kepada tuannya bahawa waktu tengah malam telah bertukar ke waktu pagi.
Aiman yang masih tidak dapat tidur, masih melepak sambil menggulung daun rokok di pangkin sebelah rumahnya.
Entah sudah berapa balutan rokok daun dihisapnya sambil menghirup secawan kopi yang dibancuhnya sendiri.
Dan di ketika itu juga, apa yang telah dirancang bersama Haikal terus bermain difikirannya.
Sambil menghembuskan asap hasil pembakaran tembakau jawa yang telah dibalut, Aiman berazam untuk menjernihkan terlebih dahulu hubungannya suami-isteri.
Aku mesti pujuk dulu bini aku tu.
Jangan sampai melarat.
* * * * *ʻʻZura, besok kita pi Aman Sentral nak dak?ʼʼ tanya Aiman sebaik sahaja Azura melabuhkan tubuhnya di atas katil bersebelahan dengan suaminya itu.
ʻʻAman Sentral? Nak buat apa? Abang tak pi dusun ka?ʼʼ balas Azura sambil menepuk-nepuk bantal sebelum bantal itu ditindih kepalanya.
ʻʻSaja jer... Lagipun kita dah lama tak jalan sama-sama.
ʼʼ perlahan nada suara Aiman memulakan proses pemujukannya.
ʻʻTengok la...ʼʼ balas Azura acuh tak acuh.
ʻʻKita pi dua ja... Abang dah bagitau kat Mak Su.
Dia yang suruh anak-anak tinggal kat dia.
ʼʼ balas Aiman.
ʻʻIsh! Abang ni... Kesian Mak Su, asyik dok jaga ja anak-anak kita tu.
Zura rasa bersalah la pula.
ʼʼ balas Azura sambil membelakangkan suaminya.
Aiman mencuba lagi, ʻʻAbang nak ajak Zura tengok wayang.
Dah lama kita tak masuk panggung.
Nanti Zura pilih ja nak tengok cerita apa.
ʼʼ pujuk Aiman tidak berputus asa dengan sikap dingin Azura.
Jika nak diikutkan perasaan kecewanya, mahu saja dia pergi ke dusunnya dan tidur seorang di sana.
Tetapi, atas dasar tanggung jawabnya sebagai seorang ketua keluarga, ada kalanya dia perlu mengalah dan mengetepikan egonya.
Isterinya wajib dipujuk demi keharmonian rumah tangga yang telah mereka bina.
Berbeza dengan Azura yang masih terasa dengan sikap Aiman yang lebih pentingkan tanah dusun berbanding dengan dirinya dan anak-anak.
Azura terus cuba melelapkan mata dan membiarkan Aiman bercakap seorang diri.
Menyedari kata-katanya tidak mendapat tindak balas yang positif daripada Azura, Aiman terus berbaring mengiring dan memeluk isterinya dari arah belakang.
Dicium belakang kepala Azura.
Azura membiarkan sahaja apa yang dilakukan Aiman.
Tahap marahnya bukanlah sampai dia boleh dianggap derhaka kepada suami.
Pada masa yang sama juga, Azura selesa jika dirinya dipujuk sedemikian rupa.
Suasana menjadi sunyi seketika sebelum Azura terlena dalam pelukan Aiman.
Apabila terdengar dengkuran halus yang keluar dari peti suara Azura, Aiman termenung keseorangan.
Tengkuk dan tubuh belakang isterinya itu dicium dan dihidu, sambil matanya dipejamkan perlahan-lahan.
Cadangan Haikal untuk bertukar isteri kembali terlintas dan terngiang-ngiang di fikirannya.
Wajah jelita Humaira Syafika turut terbayang-bayang, dan tanpa sedar Aiman juga turut serta meninggalkan alam jaga dan beralih ke alam mimpi seperti isterinya.
Sumber:Internet