Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 12

. Aiman terus menuju ke keretanya yang di parkir di tingkat 5, sama level dengan panggung wayang itu.
Walaupun perasaannya bercampur baur, tetapi dia harus mempercayai dengan rancangan nekadnya bersama Haikal.
Namun, melihat kemesraan di antara Haikal dan isterinya sebentar tadi, Aiman berasa tidak selesa.
Mana ada lelaki yang bergelar suami sanggup melihat isteri sendiri bersama dengan lelaki lain.
Walaupun Haikal telah berjanji yang dia tidak akan melakukan apa-apa perkara yang melampaui batas bersama Azura, tetapi Aiman masih rasa tidak sedap hati.
Apapun, perancangan gila itu telahpun dirancang dan dilaksanakan, maka Aiman berserah sahajalah kepada takdir apa yang akan berlaku kepada mereka selepas ini.
Sebaik memasuki keretanya, Aiman memulas kunci yang telah dimasukkan ke tempatnya lalu menghidupkan enjin keretanya.
Sambil Aiman masih melayan perasaan, satu pesanan WhatsApp masuk ke dalam telefon bimbitnya.
Tuut! Tuut! Tuut!Aiman menyeluk telefonnya itu dari dalam poket seluar dan melihat skrinnya.
Pesanan WhatsApp itu dari Haikal.
Ianya menunjukkan peta dan satu pin tercucuk di atas peta itu.
Haikal baru berkongsi satu lokasi kepada Aiman.
Aiman telan air liur.
Telefon itu disisipkan pada pemegang yang telah dipasang pada dashboard kereta Proton Iswara itu.
Wayar caj dicucuk ke bahagian bawah telefon itu untuk memastikan baterinya tidak berkurang.
Sambil melihat skrin telefon itu dan lokasi yang dikongsikan kepadanya, tangan Aiman menggenggam tombol gear lalu terus ditolak ke angka 1 selepas menekan clutch.
Keretanya bergerak dengan perlahan keluar dari kawasan parkir.
Pada masa yang sama juga, Aiman menurunkan tingkapnya.
Dia lebih suka merasa angin luar daripada angin yang keluar dari saluran pendingin hawa tersebut.
Sambil memandu, Aiman tidak dapat membuang bayangan di dalam kepalanya yang masih melihat isterinya Azura dan rakannya Haikal bersama.
Aiman menggeleng-geleng sambil menepuk-nepuk kepalanya dengan tapak tangan untuk cuba membuang bayangan itu dari mindanya.
Aiman kembali merenung skrin telefonnya itu.
Sambil menarik nafas dalam, Aiman terasa debaran di dalam dadanya, kerana selepas ini, dia pula bakal memainkan peranannya.
Peranan yang telah dirancang rapi bersama Haikal.
Setelah hampir 20 minit mengharungi kesibukan jalan raya, Aiman tiba di lokasi yang dikongsikan oleh Haikal.
Dia terlihat sebuah Mercedes Benz tersadai di bahu jalan di tepi sawah.
Dari jarak sekitar 20 meter, Aiman dapat melihat dengan jelas seorang wanita yang mengenakan skirt separas lutut berwarna hitam dan baju kemeja nipis berwarna putih.
Bra maroon yang dipakainya tidak dapat disembunyikan daripada pandangan sesiapa.
Namun wanita itu tidak menghiraukan pandangan mata orang padanya, kerana dia sudah biasa dengan pemakaian seperti itu.
Sebaik menghampiri kereta tersebut, Aiman berhenti dan mematikan enjin keretanya.
Pintu dibuka, dan kaki melangkah keluar.
Aiman mula berjalan ke arah wanita yang masih membelakanginya itu.
ʻʻAssalamualaikum Cik... kenapa berhenti di tepi jalan ni?ʼʼ tegur Aiman kepada wanita itu.
Wanita itu menoleh ke arah suara yang menegurnya.
Hampir terhenti langkah Aiman tatkala melihat wajah wanita itu memandangnya.
Walaupun mukanya sedikit berpeluh akibat dimamah teriknya matahari, wanita itu tetap sangat jelita sekali.
Wajah yang jelita menusuk terus ke dalam hatinya.
ʻʻEh! Aiman kan? Macamana...ʼʼ balas Humaira Syafika.
Wanita yang terkandas di tepi jalan raya.
Wanita yang lokasinya telah dikongsikan oleh suaminya sendiri.

Sumber:Internet