. Perjalanan dari lokasi kejadian ke pekan Kangar mengambil masa selama setengah jam.
Dalam perjalanan itu, pelbagai topik dibualkan antara Aiman dan Humaira sehingga ada kalanya Humaira tergelak besar apabila Aiman membuat lawak menggunakan loghat utara yang sangat menghiburkan hatinya.
Terasa tenang di hati Humaira apabila bersama Aiman.
Ketenangan itu tidak dapat dirasakan semasa bersama dengan suaminya, Haikal.
Sejak kebelakangan ini, mereka sentiasa bertegang urat dan ada sahaja yang tidak kena sehingga boleh menyebabkan pergaduhan.
Dan sepanjang perjalanan itu juga, mata Humaira tidak lekang dari memerhati susuk tubuh Aiman.
Lengan yang berotot dan berurat terdedah daripada kemeja lengan pendek yang dipakai Aiman.
Aroma kejantanan Aiman juga masih memenuhi ruang berhawa dingin di dalam Mercedes CLS milik Humaira.
Setiba di Kangar, Aiman membawa Humaira ke beberapa butik yang sederhana untuk membeli baju yang lebih menyerlahkan kewanitaan gadis melayu kepada Humaira.
Humaira tanpa segan silu mencuba dan memperagakannya di hadapan Aiman seperti seorang model pakaian.
ʻʻAwak mesti cantik dengan baju ni.
ʼʼ kata Aiman yang memilih baju kurung kedah berwarna biru berbunga putih dan menghulurkan kepada Humaira.
ʻʻOrait, boss! I cuba baju pilihan you ye, tapi kalau I tak comel... jangan you tak suka kita pulak tauʼʼ balas Humaira dengan pipi yang blushing kemerahan.
Lantas Humaira mengambil baju kurung kedah itu dan terus memasuki ruang untuk mencuba pakaian tersebut.
Setelah Humaira mengunci pintu lantas dia melucutkan kemejanya yang berwarna putih serta skirt hitam jatuh ke lantai.
Tinggallah bra berwarna maroon membaluti buah dadanya yang gebu serta panties yang sedondon dengan warna branya.
Sebaik mengenakan pakaian itu Humaira berpusing-pusing melihat badannya yang langsing dibalut dengan baju kurung kedah tersebut di hadapan cermin dalam bilik persalinan sebelum dia keluar memperagakannya di hadapan Aiman.
Sambil melangkah keluar...ʻʻHarap-harap Aiman suka dengan penampilanku yang berbaju kurung kedah nieʼʼ gumam Humaira.
Sebaik Humaira keluar, dia dapati Aiman sedikit ternganga melihat tubuhnya yang berbaju kurung itu.
Bukan tidak pernah Aiman melihat wanita berbaju kurung.
Azura memakainya hampir setiap kali.
Tetapi apabila ianya diperagakan pada tubuh Humaira, keayuan kemelayuan city-girl itu terserlah sehingga ianya menusuk ke dalam hati Aiman.
Melihat Aiman dengan mukanya yang terpegun itu, Humaira tersenyum riang sambil berpusing-pusing dan mendekati Aiman.
ʻʻMacamana?ʼʼ bisikan Humaira di telinga Aiman telah mengejutkan Aiman dari ketakjuban kepada makhluk bagai bidadari di hadapannya.
ʻʻCantik!ʼʼ balas Aiman yang masih terbeliak dengan penampilan baru Humaira itu.
ʻʻBetul? Or you cuma nak ambil hati I je?ʼʼ balas Humaira sambil menggenggam tangannya sendiri ke belakang tubuh, sambil kepalanya yang digeleng-geleng manja dan disua dekat kepada Aiman yang masih sedang duduk.
ʻʻSerius, tak tipu!ʼʼ balas Aiman sambil mencuit hidung Humaira yang betul-betul ada di hadapannya dengan spontan.
Bertambah merahlah pipi Humaira apabila diperlakukan sebegitu oleh Aiman.
Dengan pantas Humaira bergegas memasuki kembali ke ruang persalinan.
Bukan sahaja untuk menukar kembali pakaiannya, tetapi lebih kepada melarikan diri daripada Aiman.
Mengapa aku tidak pernah merasai perasaan seperti ini bersama Haikal? bisik hatinya sambil jantung Humaira terasa berdebar-debar.
Dalam masa yang singkat itu, Humaira telah membeli sebanyak 4 pasang baju kurung biasa dan baju kurung kedah.
Dia juga membeli beberapa helai selendang dan tudung bawal.
Semuanya dipilih oleh Aiman.
Semuanya cantik.
Tidak sabar Humaira untuk memakainya.
Sumber:Internet